Senyum Sumbing

|

PUTRAJAYA 21 Jan. - Bukan 700 atau 500 lori tetapi hanya 10 lori pasir sahaja dari Johor memasuki Singapura setiap hari.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Mohamed Khalid Yusuf hari ini bagi menjawab kontroversi mengenai jumlah berbeza lori pasir memasuki republik itu.

Menurutnya, kemasukan lori pasir ke Singapura tidak menyalahi undang-undang selagi pihak terbabit memiliki dokumen sah mengikrarkan jenis dan berat pasir yang dibawa.

"Itupun 10 buah lori tersebut kita (Kastam) kira dari segi purata sehari bermula awal Januari lalu, misalnya dari 1 hingga 20 haribulan, tentu ada dalam beberapa hari, lori tidak masuk. Jika ini berlaku, angkanya tentu lebih kecil lagi.

~ aku :
Maknanya, Tun Dr M salah maklumat..
Maknanya, Dato' Shaziman silap lapor..
Maknanya, pemberi maklumat kepada menteri dan bekas PM dungu..
Maknanya, data Kastam lebih tepat..
Maknanya, Menteri Kewangan pun tak tahu..

Apa kejadahnya lagi nak bagi permit jual pasir ke Singapura ni?

0 comments: