Kembara Ilmu Pt.6

|

Satu lagi sessi lawatan yang di atur oleh pihak Muslim College adalah ke Lambeth Palace..ia adalah merupakan gereja rasmi bagi negara England maka secara tidak langsung ketua paderi juga beroperasi di gereja ini..


Pemandangan yang boleh dilihat melalui bilik mesyuarat di dalam gereja ini..di sana terdapat jeti yang menempatkan bot bagi kegunaan ketua paderi untuk menghadiri mesyuarat ke sidang parlimen..


Sessi soal jawab bersama penolong paderi..berketurunan Pakistan..


Sambil tanya sambil makan..


Senibina bangunan yang masih lagi utuh walaupun telah lama..


Jalan masuk..


Menara..


Gambarajah..



Asalnya sebuah istana..


Bilik VIP bermesyuarat..


Antara chapel yang ada..


Kebanyakan delegasi dunia akan bersidang di sini..


Chapel bawah tanah..


Aku hanya kagum dengan senibina British yang hingga kini amat menekankan soal kualiti pembinaan..bangunan-bangunan baru yang dibina masih lagi mengekalkan gaya pembinaan lama..dan yang paling utama berkualiti..baru la tahan beratus tahun..

Bila agaknya Malaysia nak ke arah itu..????

Kembara Ilmu Pt.5

|

Ramai yang mengetahui bahawa United Kingdom of Great Britain merupakan tempat kedua terbesar bagi Yahudi di Eropah, dan merupakan komuniti kelima terbesar Yahudi di dunia. Di UK sahaja mempunyai lebih dari 400 buah synagogue dengan perpecahan fahaman mereka telah membentuk beberapa buah komuniti yang tersendiri. Yahudi pun ada mazhab fahaman yang tersendiri.

Yang ni merupakan golongan Reform Judaism yang mewakili hampir 20% golongan Yahudi yang majoritinya adalah dari keturunan Jerman. Antara ciri utama yang membezakan Reform dengan Ortodok adalah mazhab Reform berpandangan bahawa kaum wanita boleh menjadi paderi mereka sedangkan Ortodok tidak membenarkannya.

Jom kita tengok apa yang ada kat sini..



Papan tanda masuk..


Punya la payah nak masuk..tunggu dekat 10 minit..


Sorang-sorang kena repot dekat pengawal...


Yang ni bukanlah Taurat..tapi sebahagian dari Taurat..


Naskhah ini digunakan bagi memudahkan mereka melaksanakan ibadat..


Taurat hanya disimpan dalam peti ini..


Aku pun tak tau macam mana nak baca..


Puas menerangkan setiap persoalan..


Penyampaian cenderahati oleh Pn Zaiton..


Synagogue di dalam kawasan ini tapi berlainan mazhab dan pentadbiran..


Aku pun tak tau kenapa amik gambar ni..tapi rasanya ada kelainan..

Kembara Ilmu Pt.4

|

Satu lagi tajuk yang didedahkan adalah berkaitan dengan fahaman Buddha..untuk itu pihak Muslim College telah menjemput Dh. Srivati..Dh ni bermaksud Dharma Charini yang memberi makna pengikut setia anutan fahaman Buddha..beliau asalkan merupakan penganut Kristian dengan nama Joanna..


Buddha = the awaken..namun amalan dan fahaman mereka ini berbeza mengikut budaya dan persekitaran masing-masing..maka tak seperti penganut Buddha di Malaysia mahupun Tibet..


Bersungguh-sungguh menyampaikan maklumat yang terkini..


Lawatan ke St. John Eye Hospital..mereka banyak memberikan misi kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang ternyata tidak mampu untuk mendapatkan rawatan mata apatah lagi nak membuat pembedahan katarak..


Halal Food In UK oleh Dr. Yusoof Abu Bakar..


Label yang boleh diyakini kerana SoP yang dilaksanakan adalah berpandukan kepada kriteria yang ditetapkan oleh pihak JAKIM..


Melalui Regent's Park..


Syok betul melalui kawasan ini..


Damai dan tenang..namun cuaca tak mengizinkan untuk lepak lebih lama..


Jinak betul merpati di sini..


Bersebelahan Regent's Park ini terdapat sebuah masjid yang besar dan terletak betul-betul di tengah kota London..tanah ini adalah merupakan hasil usaha dan jasa yang amat besar oleh Raja Farouk yang memerintah kerajaan Mesir..sebagai gantinya kerajaan Mesir mengurniakan sebidang tanah di Kaherah bagi pembinaan sebuah gereja Kristian.. 


Namun kini pentadbiran masjid ini di bawah seliaan kerajaan Arab Saudi sebagai penyumbang utama dana pengurusan masjid manakala imam-imam pula adalah graduan al Azhar Mesir..masjid ini juga dikenali sebagai Pusat Kebudayaan Islam (ICC)..


Dr Ahmad al Dubayan selaku Ketua Pengarah ICC sekarang bersama Ketua Seksyen Pendidikan dan Pegawai Perhubungan Awam.. 


Kebetulan kehadiran kami ini pada ketika ICC sedang mengadakan pameran..


Galeri pameran..


Sungguh kreatif dan interaktif untuk menimbulkan minat orang awam..


Teknologi digunakan semaksimum mungkin..

Yahudi British

|

Antara tujuan kursus yang diadakan di sini adalah untuk mempelajari dan memahami agama lain..untuk itu satu lawatan ke rumah ibadat Yahudi @ Synagogue telah diatur..dianggarkan UK mempunyai lebih 400 buah synagogue..kitaorang melawat satu je, iaitu kumpulan Central Ortodok..kat UK ni ada banyak kumpulan Yahudi tapi Central Ortodok adalah yang paling ramai..


Papan Tanda..


Bahagian depan..telah wujud sejak 1879..


Sessi dialog bersama Rabbi Nathan dan Henry..


Ruang dimana Yahudi akan membaca Taurat..


Penerangan dengan panjang lebar..


Ruang berkhutbah oleh pendeta Yahudi..di belakang tabir merah tersimpannya Taurat..


Ruang atas..


Kitab Taurat..


Rabbi Nathan ada menunjukkan satu tempat di bahagian ini yang kalimahnya tidak diketahui cara sebutannya..tapi bermaksud Tuhan..pastinya Allah tapi mereka enggan membenarkannya..


Khazanah Yahudi yang tersimpan dipamerkan..


Sesungguhnya mereka sama sekali tidak akan redha dengan Islam..


Himpunan kitab-kitab Taurat..


Tempat berkhutbah..


Kitab Taurat versi Jerman..


Ruang duduk wanita..


Senarai Rabbi..