Menjunjung Kasih Tuanku...

|

Titah watikah ...

Dato'-dato Yang Teramat Mulia

Baris!! kehadapan gerak..

Ayo la haiii...

Aku pun tak ingat apa dialog yang lawak kat sini.. :P

SALAM EID ADHA

|

Aku rasa masih belum terlewat untuk mengucapkannya buat semua.. tahun demi tahun kita lalui upacara ini dan saban tahun jumlah ternakan yang dikorbankan juga semakin bertambah.. alhamdulillah, nampak bahawa masyarakat kita semakin berminat untuk mengorbankan sedikit harta untuk dikongsi bersama dengan orang lain terutamanya fakir miskin.. syukur kita dilahirkan di bumi Malaysia ini yang majoriti rakyatnya sakit dek terlebih makan.. heehehe..



hehehe..no komen..

berposing sebelum kena sembur..

sidang hadirin..

huhuhu..jangan main-main aaaa..

Permulaan Detik Gemilang..

|

Gambar hiasan


Hari ini hampir 50 ribu ibu bapa yang tersenyum gembira kerana dapat mengecapi dan melihat kejayaan anak mereka meraih keputusan 5A di dalam peperiksaan UPSR yang telahpun diumumkan semalam..tidak kurang juga ada yang mengeluh kerana dilaporkan bahawa lebih daripada 3 ribu pelajar pula yang mendapat 5E.. antara 5A dan 5E ini pastinya ramai juga yg mendapat keputusan yang pelbagai dan bercampur baur hurufnya..

Pagi ini juga tatkala memandu ke tempat kerja seperti biasa aku gemar 'on' channel Sinar..dan topik yg dibincang pun sekitar emosi dikala keputusan UPSR ini diumumkan..memang ceria dgn gelagat dan celoteh SY,KE dan Kyrill walaupun ada jgk dikalangan sahabat aku yang menyampah dgn mereka tp bg aku sahabat aku ni pun bukanlah akademik sgt kalau bercakap pun..

Sebagai bapa yang mempunyai anak, aku juga mengharapkan anak aku akan mencapai keputusan yang cemerlang seperti anak orang lain..sama-sama berkongsi kegembiraan atas penat lelah dan usaha demi mendapatkan lima keping huruf A..dulu aku tak de la cemerlang sangat tp kira ok aje dgn keputusan 4A1B..pun aku jugak tak dapat masuk mana-mana asrama penuh kerana kuota di bandar amat terhad..begitu rupanya sistem pendidikan di malaysia ini..bagus jugak untuk menggalakkan dan meramaikan anak-anak luar bandar mengecapi nikmat belajar di sekolah asrama penuh..

Tapi akhirnya berjaya juga aku melangkah ke menara gading dan perjalanan pembelajaran aku juga tidak pernah tersekat-sekat..tak pernah la aku repeat paper untuk mendapatkan segulung ijazah..alhamdulillah berjaya juga..mungkin berkat usaha guru-guru aku di sekolah menengah yang berjaya mendidik dan menyedarkan aku dan paling utama doa restu ayahbonda..terima kasih semua..

Cuma dikala aku melihat dan meninjau sekolah anak aku,didapati murid-murid dikelas bawah agak ketinggalan dalam beberapa aspek..ketinggalan dr segi pelajaran, ketinggalan dr segi perhatian guru, ketinggalan dr segi belaian ibubapa dan mcm2 lagi..seumpama tidak adil bagi mereka yg agak kurang cerdik ini dianaktirikan oleh sekolah..pastinya ibubapa mereka mengharapkan 100% didikan dan perhatian guru..maka aku amat-amat risau jika anak aku tercicir dek kerana sistem pendidikan kita memang sebegitu..Kelas A hanyalah utk yg terbaik dan kelas J dikalangan pelajar yg terendah markah peperiksaan mereka..dah la pemikiran kanak-kanak ni belum matang,ditambah pula dengan layanan guru yang juga bagi aku kurang memberi perhatian dek kenakalan murid tersebut..

Point aku untuk entry ini hanya lah satu : keputusan UPSR hanyalah permulaan detik kejayaan..andai tidak disusuli dengan bimbingan yang berterusan maka tidak mustahil disaat keputusan SPM nanti pelajar 5A UPSR ini akan mendapat 9E pula..UPSR bukan penentu kejayaan akademik seseorang dimasa hadapan..maka kepada yang kurang berjaya mendapat keputusan cemerlang semalam,masih ada ruang untuk memperbaiki rekod dan masih ada kesempatan untuk memilih jalan yang terbaik untuk masa hadapan..moga berjaya..

boboi...!!!

Peminat Sportcar Yang Cembeng..

|







Gaya memang ganas..maut.. hebat.. tak hengat.. TAPIIIII.............



kekekekeke....

Curahan..

|



16 Nov - Hari ini sepanjang waktu hujan turun membasahi bandar Seremban. Aku yang masih lagi dilanda selsema terpaksa menempuh suasana ini dengan redha walaupun hati aku sedikit berkata-kata mempertikaikan kuasa Ilahi. Bukan apa, nak duduk rumah tak dapat..dah dua hari aku MC..takkan nak cuti lagi.. kang tak pasal kena memo ngan Pengarah..

Mau tak mau terpaksa la jugak aku menggagahi diri ini untuk hadir ke ibupejabat bagi sessi pembentangan taklimat kepada Pengarah baru aku ni.. punya la azab aku menanti giliran.. azab bukan sebab kerana lama menunggu tapi dek kerana saluran ekzos aku yang kembali tersumbat.. selsema makin teruk walaupun pagi tadinya nampak mcm ada surutnya.. rasa nak tercabut otak dalam tempurung kepala aku ni.. ditambah pulak dengan rasa badan yang umpama demam tak demam..

Ingatkan bila 5.30 nak berhenti n sambung hari lain..rupa-rupanya bersemangat pulak orang tua ni.. Akhirnya, dikala hampir maghrib selesai semua pembentangan.. terus balik, alhamdulillah sayang menyiapkan hidangan kopi panas.. lega rasanya.. tq sayang..

..... ..... ..... .....

SELSEMA..

|

Dalam seminggu ini, kesihatan aku tak berapa baik.. musim pun tak menetu sekarang..tiap-tiap hari pasti akan turun hujan samada pagi, tengahari, petang maupun malam.. kadangkala sepanjang hari hujan berterusan tanpa henti hinggakan di beberapa negeri seperti Kelantan dan Kedah banjir mula menyerang dan menggugat kehidupan seharian mereka..

Aku masih bersyukur kerana hanya demam selsema dan batuk sahaja.. nasib baik tak banjir kat Seremban ni.. tapi dalam pada itu, cuak jugak ku nak gi keje kalau hari hujan.. almaklumlah, harus menempuhi bukit bukau dan cerun yang agak dalam.. kejadian tanah runtuh akibat hakisan tanah pernah berlaku.. alhamdulillah, anak-anak aku semuanya sihat dan tak berjangkit selsema ini kepada mereka.. cuma wife aku je terjangkit.. hehehe

Aku masih lagi menunggu hasil siasatan SPRM terhadap aku ni.. tu pun antara penyumbang kepada sakit kepala dan demam aku.. ikutkan hati mahu saja aku terajang 'malaun' tu.. tapi kali ini aku ingin sekali mencuba pendekatan terbalik.. dia garang aku lembut.. dia kasar aku halus.. dan aku nampak 'malaun' ni semakin tension dengan karenah aku yang tak pedulikan dia langsung kat opis tu.. ye lah, kalau dah staff aku patutnya ikut la cakap aku.. ni tak, dia saja yang betul.. memang la kaduk naik junjung..

Apapun aku berharap masalah ini akan selesai secepat mungkin.. dah tak mampu aku nak tengok muka 'malaun' ni lagi kat dalam opis..

Aduhai...


SAKAI...!!!

|



Itu yang pertama sekali terkeluar dari mulut aku bila melihat senario ragam penyokong bolasepak di Malaysia ni.. ntah kenapa nafsu menguasai diri apabila pasukan yang disokong tidak dapat memenuhi kehendak mereka untuk memenangi perlawanan.. Sebentar tadi, perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 berlangsung dengan kemenangan memihak kepada pasukan Negeri Sembilan mengatasi Kelantan 3-1..
Dikhabarkan seorang wartawan yang bertugas menerima jahitan dikepala akibat terkena lontaran batu.. siapa yang baling? ntah la.. takkan kumpulan penyokong yang menang nak lempar batu plak kan.. lepas tu pembantu pengadil perlawanan pun berdarah kat tengkuk.. tak sampai tamat perlawanan stadium dah separuh kosong apabila penyokong setia (yang kalah laa..) perlawanan akhir keluar..apa nama penyokong setia kalau nak menang je..kalau kalah pun sokong laa jugak,susah senang bersama.. tak pernah aku jumpa penyokong yang sama macam penyokong EPL..team yang kalah pun tak de penyokong yang keluar.. taik laa penyokong setia kalau setakat nak gi stadium masa final je... hahahaha..
Tengah sedap tengok game tiba-tiba nampak kain rentang dibakar..lepas tu kerusi penonton pulak dibakar.. sah laa SAKAI sebahagian penyokong Kelantan ni.. aku tak nafikan tak semua yang begitu tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. tu belum kira mercun ngan bunga api lagi.. nak bakar gi bakar stadium Kelantan sana.. menyusahkan pengurusan Stadium Nasional je.. aku ingat nak cadangkan kalau Kelantan masuk final main kat sana je.. biar kerajaan dia dan Persatuan Bolasepak Kelantan (PBK) yang tanggung kerugian.. aku harap pengurusan Stadium Nasional ataupun FAM menuntut kerugian mahupun menyaman PBK..
Apapun yang berlaku,malam ni agak keterlaluan berbanding tahun-tahun sebelum ini..diharap penyokong mana-mana pasukan dapat menunjuk sikap yang profesional walaupun pasukan yang kita sokong itu kalah.. sebelum ni Negeri Sembilan pernah kalah dengan Perak tak de pun gaduh,bakar,baling batu dan sebagainya.. negeri-negeri lain yang pernah kalah pun tak buat perangai macam diaorang ni.. maka selayaknya lah orang yang buat hal ni aku panggil SAKAI...

Aduhai...

Goyang beb..!!

|



Tengok pada lambang je dah ramai yang berpoluh,menggigil,cemas,risau,tak senang duduk,tak lolap tapi berdengkur jugak dan mcm2 lg karenah luar biasa akan berlaku termasuk la aku ni..apa taknya,selama ini aku rasa apa yg aku buat utk kebaikan bersama,keuntungan bersama,kebajikan bersama serta segala2nya bersama (makan seramai laa kata setengah orang) telah disalah anggap oleh sesetengah pihak...

Tapi dalam kes aku ni bukan masalah salah anggap tapi lebih kepada sakit hati,dengki,busuk hati dan pelbagai lagi sifat negatif datang untuk mengenakan aku..aku tak berdendam tapi setidak-tidaknya aku harap 'malaun' ni sedar yg niat dia tu tak elok..aku jgk sering berdoa agar perbuatan itu hanya Allah jua yg akan membalasnya dan aku akan tuntut bila tiba di 'mahkamah agung' nanti..

Selain dari busuk hati,'malaun' ni berbangga kerana telah berjaya menyusahkan aku serta beberapa orang yang berkaitan..tak pe..aku redha..mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini dan mana tahu ianya juga mungkin satu kaffarah atas dosa-dosa yang pernah aku buat ataupun kelalaian aku terhadap perintahNya..

Selain itu,benarlah kata orang tua-tua 'kawan ketawa ramai tapi amat sedikit kawan menangis'..disaat aku menghadapi kesukaran dan musibah ini, ramai yg menjauhi diri aku dengan harapan mereka tidak terlibat sama serta tidak dikaitkan dgn sebarang salah laku..sekali lagi,TAK PE..setidak-tidaknya mulai saat ini aku kenal hati budi masing-masing serta dapat menilai siapa teman siapa musuh..yang duduk atas pagar pun ada..pun TAK PE jugak..

Aku serik dah nak berlembut,bertimbangrasa,terlampau berlembut dan berbaik-baik sampai dipijak kepala..bukan aku mengharapkan simpati dan balasan..namun,sekurang-kurangnya kenanglah apa yang telah aku buat utk mereka..ye lah,dah nama pun manusia mana pernah nak hidup susah kerana orang lain..masing-masing nak lepaskan tengkuk sendiri..

Tunggulah nanti..suatu hari..suatu ketika..akan tiba masanya....

LOBAI..LOBAI.. Ntah laaa

|

Sekali lagi dia buat hal...

Apa yg berlaku sehari dua ni agak meriuhkan komuniti agama (JAIN,MAIN,Jbtn Mufti & Kehakiman Syariah) serta masyarakat Islam. Apa taknya..seorang mantan mufti ditangkap kerana tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama..sekilas pandang kita sering berfikir bahawa perlukah orang yg berstatus agamawan (betul ke? peduli apa aku..!!) mendapatkan tauliah bagi pengajaran mereka..

Maka episod tegur menegur pun berlaku..semua orang nak ulas,komen n beri pandangan..termasuk lah pihak JAIS dan juga lobai sorang ni hatta PM sendiri pun bg komen (sah la handal lobai ni)..
2hb Nov 2009
-Lobai ni mempersoalkan isu beliau dibawa ke Mahkamah untuk perlanjutan bon..dah tak paham tatacara jenayah duduk diam2 la lobai..
3hb Nov 2009
-Pengarah JAIS mengulas bahawa penahanan lobai ini bukan dibuat secara semberono.. beliau telah beberapa kali diberi surat ttg perunya mendapatkan tauliah untuk mengajar agama..

Semua negeri begitulah peraturannya..mustahil bagi seorang bekas mufti tak maklum..atau beliau rasa dah terlampau besar kepala berikutan adanya YB-YB yang akan mempertahankan haknya maka tak perlu lagi mendapatkan tauliah..??

Bagi aku banyak isu yang perlu kita pandang dlm kes sebegini..

1. Peraturan/undang2 mensyaratkan pentauliahan perlu diambil sebelum mengajar agama adalah standard bg semua negeri2 di Malaysia..ianya digubal dan dibentangkan dalam DUN bagi mendapat kelulusan pengwartaan..apakah pada masa itu YB-YB ni berfikir bhw peraturan ini hanya untuk golongan hijau semata2 hingga tak fikir panjang meluluskan draf tersebut?

Peraturan ini meliputi semua orang termasuk mereka2 yg berkhidmat di institusi agama sekali pun.. peg jbtn mufti,peg jbtn agama,tuan kadi,tuan imam,tuan guru tiada pengecualian ataupun hak istimewa diberikan..apa lagi mau kecoh lobai??

2. Seringkali kita mengeluh ttg hak keistimewaan orang2 Melayu..Melayu tidak dpt lari dari kita memperkatakan ttg Islamnya mereka..istimewanya orang Melayu ialah secara otomatik mereka ini beragama Islam walaupun kdg2 tak melambangkan sebagai seorang Muslim..seringkali juga kita mengeluh bahawa institusi agama Islam ini tidak dihormati..aku nampak bahawa selagi orang Islam sendiri tak hormat maka selamanyalah hingga kiamat tak kemana Islamnya di Malaysia..

Yang ini bekas mufti pun mempertikaikan serta tidak mengendahkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri..apa lagi yang kita harapkan dari orang awam???sapa lagi nak hormat institusi agama Islam ni..??bagi aku sesiapa mempertikaikan kuasa agama yg ditadbir dan diuruskan oleh institusi agama ini maka otomatiknya mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu..mempersoalkan kuasa Majlis Agama..menghina Mufti Kerajaan Negeri serta tidak mengendahkan undang2 yg dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri itu sendiri..takkan itu pun tak nampak..bahalol lah..!!!

3. Sikap individu itu kadang2 dapat disembunyikan..tapi dr tingkahlaku,gerak gaya badan,tuturkata kita dapat menilai sedikit sebanyak sifat sebenar mereka..jelas pada aku yg mantan mufti ni tak boleh ditegur..dia sorang je pandai,alim,bijak dan segala2nya yg 'world' (pinjam ayat Mawi) ada padanya.. bekas pelajar Jordan pertengahan tahun 90an kenal siapa dia lobai ni.. mmg tak boleh ditegur.. budak2 Arab pun pernah dilempangnya dek kerana melempar kepalan salji..cakap dia sorang je yang betul,valid,sah dan mempunyai hujah dalam kitab yg muktabar..nasihat aku, ubah la perangai supaya dpt menjadi 'qudwah' kepada masyarakat..

Aduuuhaaiii....