Curahan..

|



16 Nov - Hari ini sepanjang waktu hujan turun membasahi bandar Seremban. Aku yang masih lagi dilanda selsema terpaksa menempuh suasana ini dengan redha walaupun hati aku sedikit berkata-kata mempertikaikan kuasa Ilahi. Bukan apa, nak duduk rumah tak dapat..dah dua hari aku MC..takkan nak cuti lagi.. kang tak pasal kena memo ngan Pengarah..

Mau tak mau terpaksa la jugak aku menggagahi diri ini untuk hadir ke ibupejabat bagi sessi pembentangan taklimat kepada Pengarah baru aku ni.. punya la azab aku menanti giliran.. azab bukan sebab kerana lama menunggu tapi dek kerana saluran ekzos aku yang kembali tersumbat.. selsema makin teruk walaupun pagi tadinya nampak mcm ada surutnya.. rasa nak tercabut otak dalam tempurung kepala aku ni.. ditambah pulak dengan rasa badan yang umpama demam tak demam..

Ingatkan bila 5.30 nak berhenti n sambung hari lain..rupa-rupanya bersemangat pulak orang tua ni.. Akhirnya, dikala hampir maghrib selesai semua pembentangan.. terus balik, alhamdulillah sayang menyiapkan hidangan kopi panas.. lega rasanya.. tq sayang..

..... ..... ..... .....

0 comments: