Apa Persediaan Kita..?

|

Hari ni hari Ahad 25 Julai 2010M bersamaan dengan 13 Sya'ban 1431H..tolak campur kali bahagi ada lagi 16 hari untuk kita menyambut bulan kebanggaan umat Islam yakni Ramadhan..apakah kita telah bersedia menyambut kehadirannya? ataupun kita rasa macam tak best sebab tak dapat makan tengahari..? tak dapat isap tembakau..? dheyy...

Entry ni bukan pasal nak cerita hal fadhilat @ kelebihan Ramadhan.. just nak mengingatkan kepada diri aku sendiri terutamanya dan sahabat semua tentang beberapa perkara..

a) dah ganti lum puasa tahun lepas.. or maybe tahun-tahun sebelum itu..? :P

b) puasa kali ni macam tahun lepas gak ke..? sekadar lapar dan dahaga..? sampai opis terus tidur.. hehehe.. petang shopping juadah berbuka.. hahaha

c) azam untuk solat terawih jangan la 10 malam pertama je..tak dapat gi masjid @ surau bukan alasan.. sesekali buat la kat rumah tu bersama keluarga.. pastu, 10 malam terakhir bersakan di bazar.. kahkahkah.. sahur baru balik... hahaha

d) simpan skit duit untuk bayar zakat.. nanti sakan shopping sampai tak dapat nak bayar.. kalau boleh bayar awal je.. bukannya mahal pun, tak sampai harga sekotak rokok pun.. mahal lagi butang baju Melayu tu..

e) agaknya dapat tak khatam al Quran tahun ni..? cuba-cuba laa kan..

f) masa ni la nak panjangkan pahala amalan untuk arwah ibubapa kita...

Tapi aku cuma nak bagitau je, tahun ni aku sambut raya kat Perak sebab tahun lepas kat Somban.. hahaha.. Ramadhan Karim..

No Komen...

|

PUTRAJAYA 15 Julai – Kerajaan hari ini mengumumkan subsidi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan 10 sen sekilogram berkuat kuasa esok.

Ini bermakna petrol RON 95 dijual pada harga RM1.85 seliter, diesel RM1.75 seliter manakala LPG, RM1.85 sekilogram.

Petrol RON97 pula tidak lagi diberikan subsidi dan harga akan tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

“Ini sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

aku- seliter 5 sen..tangki keta aku 45 liter..selalu isi dalam 40 liter/seminggu untuk ulang alik kerja..bermakna, seminggu tambahan wang RM2 diperlukan..sebulan RM8..setahun RM96 woo..nasib baik aku tak makan gula..kok tak naya gak aku...

Fuhh.. Skit lagi jer..

|


Hampir tepat prediction aku..hehehe.. jangan marah beb.. 2 daripada 4 pasukan pilihan aku dah masuk ke separuh akhir.. nasib baik la Argentina bertemu Jerman di suku akhir..kut tak mau gak dapat markah cemerlang aku tahun ni.. silap gaya tahun depan leh jual ramalan..hahaha.. ni ramalan aku dulu (BACA)

Macam biasa....!! bila dah kalah macam-macam la alasan di keluarkan.. pengadil buta la, linesman kayu la.. paling best, Jabulani yang tak bernyawa turut dikambinghitamkan.. kah kah kah.. memang power manusia ni.. adat la dalam permainan..

Masa aku menaip ni game antara Sepanyol dengan Paraguay belum lagi bermula.. ntah daya tak mata ni bertahan.. esok kan Ahad..

Tinggal Kenangan..

|

Aku dalam seminggu dua ni memang lemau.. semua yang aku buat serba tak kena.. serabut kepala otak aku ni.. ntah apa yang aku pikirkan pun aku tak tau.. kosong segala-galanya..

24 Jun lalu ayahanda aku yang dikasihi telah kembali ke rahmatullah..selang beberapa selepas itu, pada 26 Jun, pakcik aku pulak iaitu adik kandung ayah aku juga kembali ke hadrat ilahi..terduduk aku dibuatnya..begitu berat rasanya ujian dari Allah taala buat keluarga aku..

Sebagai anak aku sentiasa mendoakan agar roh almarhum ayahanda dan pakcik mendapat rahmat dari Ilahi..

Ya Allah.. Kau limpahkanlah rahmatMu kepada roh kedua ibubapaku dan juga saudara mara aku yang lainnya.. taburilah kubur mereka dengan titisan embun dari syurgaMu.. tempatkanlah mereka bersama para solihin.. Amin..