Apa Persediaan Kita..?

|

Hari ni hari Ahad 25 Julai 2010M bersamaan dengan 13 Sya'ban 1431H..tolak campur kali bahagi ada lagi 16 hari untuk kita menyambut bulan kebanggaan umat Islam yakni Ramadhan..apakah kita telah bersedia menyambut kehadirannya? ataupun kita rasa macam tak best sebab tak dapat makan tengahari..? tak dapat isap tembakau..? dheyy...

Entry ni bukan pasal nak cerita hal fadhilat @ kelebihan Ramadhan.. just nak mengingatkan kepada diri aku sendiri terutamanya dan sahabat semua tentang beberapa perkara..

a) dah ganti lum puasa tahun lepas.. or maybe tahun-tahun sebelum itu..? :P

b) puasa kali ni macam tahun lepas gak ke..? sekadar lapar dan dahaga..? sampai opis terus tidur.. hehehe.. petang shopping juadah berbuka.. hahaha

c) azam untuk solat terawih jangan la 10 malam pertama je..tak dapat gi masjid @ surau bukan alasan.. sesekali buat la kat rumah tu bersama keluarga.. pastu, 10 malam terakhir bersakan di bazar.. kahkahkah.. sahur baru balik... hahaha

d) simpan skit duit untuk bayar zakat.. nanti sakan shopping sampai tak dapat nak bayar.. kalau boleh bayar awal je.. bukannya mahal pun, tak sampai harga sekotak rokok pun.. mahal lagi butang baju Melayu tu..

e) agaknya dapat tak khatam al Quran tahun ni..? cuba-cuba laa kan..

f) masa ni la nak panjangkan pahala amalan untuk arwah ibubapa kita...

Tapi aku cuma nak bagitau je, tahun ni aku sambut raya kat Perak sebab tahun lepas kat Somban.. hahaha.. Ramadhan Karim..

3 comments:

gbone said...

jgn lupa nyinggah umah org tua aku raya nanti..hehhee

echah_syed said...

kome pun balik raye kat peghok ke.. :)

salam ramadhan al mubarak bro.

JiMi said...

balik perak kak...tempat jatuh lagikan dikenang..