Dah berlaku..

|


Ketika aku di Mesir dulu tak terfikir pun bahawa apa yang berlaku seminggu dua ni akan terjadi..kawalan dan sekatan sepanjang masa disamping sikap curiga kerajaan Mesir terhadap rakyatnya dan orang luar amat menebal hingga agak payah untuk gerakan reformis bergerak walaupun dalam keadaan sulit..namun ianya tetap terjadi..tak dapat aku nak bayangkan situasi ini andai berlaku 20 tahun yang lalu..kompem aku dah pengsan kat sana..mak ayah aku jugak pastinya tak lena nak tidur dan serba tak kena..

Dataran Tahrir..satu kawasan yang bagi aku agak eksklusif kerana kawasan tersebut merupakan kawasan warga elit disamping Giza..nak tengok awek Arab high class kat sini la..bersidai dari awal pagi sampai petang..macam tak de agenda je padahal semua tu student..hahaha..kompem ponteng punya..warga Malaysia payah nak jumpa, kalau ada pun pasti berjalan dengan laju sambil cemas memandang kiri kanan..apa taknya, baru cashkan cek dari Malaysia...ribu riban USD tuu..pencuri dan pemukau cukup sinonim dengan Mesir ni..

Aku harap situasi ini tidak berpanjangan..banyak impaknya..pelajar tak dapat nak belajar, makan minum susah..mak ayah kat Malaysia risau..kerajaan pun runsing memikirkan keselamatan pelajar kat sana..kos yang ditanggung untuk bawak balik warga Malaysia..dan yang letih kita kat sini yang jauh beribu batu pun terkena tempiasnya..harga petrol tak pasal-pasal naik...adoiihhh...