Pisang Panas

|

Apa lagi yang berlaku selepas ini..??
Sepanjang tiga bulan ini, suasana politik dan pentadbiran di Perak amatlah tidak memberansangkan.. pelbagai pandangan, komen, ulasan yang diberikan bagi merungkai kemelut yang melanda.. ramai betul bijak pandai sekarang walaupun sebenarnya yang aku nampak hanya menaqalkan sahaja apa yang orang cakap.. main ikut je apa yang dilaporkan tanpa merujuk sendiri kepada peruntukan yang ada.. tu sebab nampak kecoh sebab semua orang nak bercakap..
Sebagai anak negeri Perak aku juga merasakan situasi sebegini amat merugikan rakyat.. masing-masing hendak menonjolkan diri sebagi jaguh digelanggang dunia sementara ini.. apa yang hendak diperjuangkan aku pun tak tau.. namun, bagi aku asalkan yang memerintah negeri Perak ini tidak mengabaikan kebajikan rakyat khususnya orang-orang Melayu sudah lebih dari cukup.. aku tak mau negeri yang aku sayang ini menjadi seperti Pulau Pinang.. nasib orang-orang Melayu umpama anak tiri.. dapat seribu dah nak bermegah tanpa melihat bangsa lain mendapat sepuluh ribu.. racist kah aku kalau memperjuangkan hak bangsa aku sendiri??
Cuma yang aku harap walaupun keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memihak kepada BA namun BN tetap akan memfailkan rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi.. jgn nanti keputusan Hakim Bicara mengakas keputusan yang ada hari ni.. kalau tak sampai bila rakyat nak menunggu pemimpin meluluskan kuasa-kuasa khas yang hanya ada pada Exco dan MB.. utamakanlah kepentingan rakyat melebihi kepentingan politik sendiri mahupun parti.. sesekali simpatilah kepada mereka dan aku serta rakyat jelata sekeliannya..

Aduhai....
|

Apo lah sekarang ni..??
Hari ni aku tertekan pulak bookmarks untuk blog aku sendiri ni..ntah kenapa pula tetiba rasa macam nak menulis sesuatu..
kadang-kadang aku terpikir juga untuk meluahkan sesuatu itu apakah perlu menepati kehendak semua orang dan menelusuri arus tanpa boleh di kelok kemana jua?? atau terpulang kepada setiap orang boleh meluahkan apa saja menurut kehendak naluri ( atau nafsu diri sendiri ) tanpa memikirkan implikasinya..
Adakalanya aku terhimpit dengan situasi yang aku sendiri tidak selesa.. namun terpaksa jua dilaksanakan demi memenuhi kehendak "wahyu" yang diturunkan melalui tangan-tangan ajaib.. akhirnya aku sendiri yang hampir lemas dek ketidakselesaan itu..
Ya Allah.. berikanlah kekuatan kepada hambaMu yang kerdil ini.. Amin..