Peringatan Buat Diri Sendiri..

|

Diam tak diam hari ni dah 17 Syawal 1432H..ramai yang dah bekerja dan kenduri rumah terbuka masih berleluasa di sana sini..setiap hari pasti ada yang bermurah hati menjemput sanak saudara dan rakan taulan untuk datang ke rumah dengan menyediakan 'sedikit' jamuan untuk dinikmati bersama..tak lupa sebelum balik pasti akan ada sampul berwarna warni untuk anak-anak..suasana begini telah menjadi budaya yang sebati bagi masyarakat kita di Malaysia ini tatkala menyambut lebaran Aidil Fitri..

Namun, apakah Ramadhan yang ditinggalkan telah benar-benar mendidik jiwa kita? sejauh mana madrasah Ramadhan berjaya mentarbiah jiwa kita untuk menambahkan lagi amalan di bulan-bulan yang berikutnya..

Ramadhan dilihat seolah-olah sebagai satu bulan untuk kita beribadat, bersedekah dan melakukan apa jua amal kebajikan tanpa ragu-ragu..tetapi setelah tibanya Syawal segala amalan-amalan tersebut tinggal sejarah dan kenangan yang akan disimpan dan hanya akan dibuka semula apabila munculnya kembali Ramadhan pada tahun hadapan..

Anak-anak yatim terbela dan terjaga..begitu juga fakir miskin..melimpah ruah makanan, wang ringgit dan bantuan yang diterima sepanjang Ramadhan..ada saja insan atau organisasi yang menghulurkan bantuan secara terang-terangan mahupun tersembunyi..waktu sahur pun ada insan yang menghulurkan sumbangan..

Masjid-masjid dipenuhi hampir setiap waktu terutama pada waktu Isya' dan Tarawih..tak cukup dengan solat ditambah pula dengan tadarus al Quran serta Qiamullail..ramai yang khatam alQuran bulan Ramadhan..bersesak-sesak memenuhi ruang solat..nak ruang kosong parking kereta pun susah..huhuhu..

Masuk je Syawal, kemana perginya amalan-amalan tadi..?

Letih siot makan lemang... :P

Macam-macam hal..

|


Sehari dua ni kecoh pasal pengenalan cukai perkhidmatan kepada pengguna prabayar telefon bimbit..ntah berapa banyak cukai nak kena serap dalam perkiraan perbelanjaan kewangan aku setiap bulan..nasib baik aku tak guna prepaid..tapi tak bermakna cukai-cukai yang lain aku tak kena bayar..sekarang semua benda kena cukai..sikit-sikit cukai..

Dilaporkan sebelum cukai ini dilaksanakan, syarikat-syarikat telekomunikasi yang ada ni sentiasa mencatat keuntungan yang berlipat ganda.. apa lagi caj yang mereka mahukan untung keuntungan syarikat..apakah pengguna talian sudah tepu sampai dah tak ada pelanggan baru?pengguna sedia ada hampir 20 juta orang termasuk warganegara asing yang menggunakan perkhidmatan tersebut..nampak macam sikit je 6 % tu tapi imapk dia pada aku maha besar..letih..

Sekarang dah tak de yang free..semua kena bayar..

Lemang Yang Lemau

|


Lemau..

Itu yang aku rasa di hari pertama bekerja selepas raya..banyak betul lemak tepu yang terkumpul dalam badan ni lepas raya..lemang,nasi impit dan segala jenis rendang disapu pada raya lepas masih tak terbakar dek bekerja dalam suasana dingin aircond..huhuhuhu..

Aku juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli keluarga Fatimah yang telah menjayakan hari keluarga as Samadiah di Kampung Air Papan, Tanjung Tualang pada hari raya kedua yang lalu..maaf,aku tak dapat turut serta kerana ada komitmen yang lain..

Juga tahniah kepada sepupu sepapat aku yang berjaya mewujudkan Facebook dan blog As-Samadiah..moga usaha kalian mendapat ganjaran dari Allah jua...amin.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..