Lemang Yang Lemau

|


Lemau..

Itu yang aku rasa di hari pertama bekerja selepas raya..banyak betul lemak tepu yang terkumpul dalam badan ni lepas raya..lemang,nasi impit dan segala jenis rendang disapu pada raya lepas masih tak terbakar dek bekerja dalam suasana dingin aircond..huhuhuhu..

Aku juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli keluarga Fatimah yang telah menjayakan hari keluarga as Samadiah di Kampung Air Papan, Tanjung Tualang pada hari raya kedua yang lalu..maaf,aku tak dapat turut serta kerana ada komitmen yang lain..

Juga tahniah kepada sepupu sepapat aku yang berjaya mewujudkan Facebook dan blog As-Samadiah..moga usaha kalian mendapat ganjaran dari Allah jua...amin.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..

0 comments: