Sempurnakah Kita..?

|

Alhamdulillah..aku amat bersyukur kepada Allah kerana Malaysia masih lagi dapat mengekalkan keamanan dan perpaduan di kalangan rakyatnya.. walaupun ada sebahagian rakyatnya yang cuba melakukan tindakan yang tak berapa nak matang tapi kejadian yang lebih buruk tidak berlaku..semoga mereka-mereka yang belum baligh ni diberikan hidayah oleh Allah jua..


Dah hampir sebulan lebih aku di paparkan dengan berita yang ntahapahapa..sampai tahap nak baca / dengar berita pun boleh termuntah.. tiap-tiap hari asyik cerita yang boleh aku ibaratkan seumpama begini - 'aku sorang je yang betul, orang lain semua salah'.. malah kadang-kadang boleh aku ibaratkan juga seumpama - 'aku sorang je masuk syurga, korang semua sesat masuk neraka'.. dheyy!!!

Kenapa suka sangat buat kerja Allah Taala..kita pulak yang menentukan seseorang itu layak atau tidak masuk syurga..apakah kita dilantik sebagai ahli jawatankuasa untuk menapis borang kemasukan ke syurga..?? ada begitu..?? dah tentu jawapannya tidak, tapi realitinya tindakan kita yang macam tu.. contohnya, kita hanya boleh menyatakan bahawa sesiapa yang tak sempurna rukun solatnya maka solatnya tidak sah..namun sampai tahap nak menunjukkan si polan bin si polan solatnya tidak sah bukanlah tanggungjawab kita.. ada perbezaan yang perlu kita lihat dan nilaikan..

Apabila terlalu beremosi maka segala pengucapan dan tindakan kita juga tidak melambangkan kematangan pemikiran yang cuba kita bawa dalam masyarakat..macam orang bangang bercakap, otak letak kat lutut..segala dalil dan hujah kita kemukakan tetapi tidak konkrit..membawa hujah itu ini dan segala mak nenek punya pandangan untuk menyokong kenyataannya itu tapi realitinya sampah aje..sebab kita tidak cuba memahami dan menghormati pandangan orang lain..

Senang sangat nak labelkan seseorang itu macam-macam..kita hanya ambil satu dua pendapat yang bersesuaian dengan kita.. mana-mana yang tak mengikut selera dan citarasa, senang-senang je bakul sampahkan..memang bodoh sombong..

Mempunyai perbezaan pendapat dengan orang lain adalah fitrah dan normal bagi manusia..kalau orang tak sependapat dengan kita jangan di hina pandangannya apatah lagi memaki hamun..kalau kita ada hujah dan dalil maka mereka juga sedemikian..

Cuba belajar menghormati pandangan orang lain..