Mendung

|

Hari ni aku kurang mood untuk menulis sesuatu..malas pun ada..sebenarnya aku sedih skit apabila mendapat 2 khabar yang duka..

1. Sepupu aku Gbone masuk ICU kat Hospital Seri Manjung - adik dia sms tatkala aku tengah solat maghrib..keadaan dia sekarang dah stabil..aduhai, aku harap kau beransur pulih bro..gbone ni antara sepupu yang rapat ngan aku..sama-sama membesar dalam suasana yang mementingkan ikatan kekeluargaan..lepas ni kau rehat la dulu setahun dua sebelum ambil apa-apa projek kawin..jantung problem tu bro..bawak rehat banyak-banyak..

2. Senior aku/abang ipar member aku/menantu kawan baik ayah aku Muhammad Radzi b Salleh, Pegawai Tadbir Agama Daerah Seri Iskandar, Perak telah kembali ke rahmatullah pada jam 5 ptg di Hospital Pantai Putri, Ipoh.. al fatihah..arwah banyak menolong aku masa di Mesir dulu terutamanya menguruskan pendaftaran aku tatkala berpindah dari Jordan..jd hari ni aku asyik terkenang zaman aku kenal dia ni dulu..syahdu hati ni..moga rohnya mendapat rahmat Ilahi..


~ ...

Edisi Sepintas Lalu

|

1. Berita Harian Online 23/12/2009
KUALA LUMPUR: Kabinet mengarahkan semua kenyataan berhubung kehilangan dua enjin pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), F-5E hanya boleh dikeluarkan Pejabat Peguam Negara berkuat kuasa serta-merta. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Putrajaya semalam selepas meneliti cadangan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu itu.

~ hehehehe.. ada sesuatu yg aku terlepas pandang agaknya..sekali lagi, keh keh keh keh...

2. Utusan Malaysia Online 23/12/2009
KUALA TERENGGANU 23 Dis. – Sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi menjayakan program Mat Rempit Sifar di negeri mulai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Said berkata, pelbagai program akan dijalankan termasuk kempen kesedaran dengan penumpuan khas terhadap perubahan sikap Mat Rempit.

~ kah kah kah.. sekali lagi tergelak.. sampai RM5 juta nak menangani masalah budak2 ni..dah tu siap target sifar lagi.. entah lah.. terlalu idealistik agaknya..

3. Sama tapi tak serupa...





~ masing-masing kembali semula ke gelanggang.. satu dah berjaya dalam kem yang sama walaupun kurang disenangi...











~ manakala seorang lagi baru ingin bermula semula di kem yg berbeza pula..apa agaknya nasib dia..?


4. Berita Harian Online 23/12/2009

IPOH: Kerajaan Pusat disaran mengkaji semula pemberian dadah jenis methadone kepada penagih dadah bagi merawat ketagihan kerana inisiatif Kementerian Kesihatan itu gagal mengurangkan bilangan penagih.

Exco Kanan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata selain itu, program berkenaan turut disalahguna penagih yang mengambil kesempatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Supt Md Tahir Kasim, berkata polis terpaksa melepaskan semula penagih yang telah ditangkap jika ujian air kencing mereka positif methadone disebabkan Kementerian Kesihatan telah meluluskan penggunaan dadah berkenaan.

~ Yang ni sesuai sangat kalau dilaksanakan..tu belum masuk ketagih gam..ketagih syabu, ecstasy, ice dan whatsoever la nama haram jadah dia tu.. dan aku rasa Kementerian Kesihatan pun patut semak semula dan perketatkan proses pemberian dadah jenis ni.. jgn la asyik semakkan pejabat dan ruang meja je sampai tak nampak masalah akar umbi..
The bottom line yang aku nampak kat sini ialah - GAGAL, SALAH GUNA dan mungkin 'TIRIS'..

........... dan utk kesekian kalinya..kah kah kah!!!!




Humang Aiiihh..!!

|

Itu reaksi spontan.. biasa tak macam tu punya terkejut tapi semalam aku terbaca pasal mainan kat atas ni.. enjin saja berharga RM50 juta.. berapa agaknya harga sebuah mainan ni yek? itu harga semasa ataupun ketika dibuat penilaian pada tahun 2007 dulu.. ingatkan henjin vtec je yang mahal, rupa-rupanya enjin ni lagi bapak mahal.. macam mana agaknya besar ketelusan enjin ni dari pandangan mata kasar hingga 'ter'jual di Amerika Selatan..?? muskil hamba..



Hati-hatilah wahai kamu di sana..u better watch out..!!!





Selama ni juga aku ingatkan bahawa ATM merupakan pasukan yang terlatih dengan disiplin yang tinggi.. ada moral.. ada motivasi.. ada segala-galanya hingga mengatasi jabatan-jabatan yang lain.. rupa-rupanya mereka juga insan yang bernama manusia.. sebahagiannya ada yang tewas dengan habuan dunia.. tewas dengan nikmat sementara.. membiarkan kepentingan diri mengatasi segalanya.. bagaimana agaknya jabatan lain yang kurang motivasi seperti mereka ini?? hmm..




Hati-hati lah wahai Sang Kelembai..!!




Hingga semalam nampaknya kerajaan dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak begitu serius menangani isu ini.. ye lah, semenjak beliau menjadi Menteri Pertahanan dulu lagi kes ni dah ada.. report polis dah buat.. tindakan je tak ada lagi.. sampai bila agaknya ek nak tunggu?? mau sejuk beku dulu kes ni agaknya.. atau sehingga jumpa lembu seekor dua?? atau nanti perlu disembelih dua-tiga ekor kambing bagi mententeramkan keadaan?? takkan la seladang tu lepas macam tu ajer.. memang bahaya.. sungguh lah merbahaya...



Hati-hatilah wahai Sang Kambing Hitam..!!!




~˙˙˙ɐıp ןoןɐɥɐq ɐʎund ɐdɐ~ ...

Black Pearl..

|


Dilaporkan dalam Utusan Online pada hari ini 21 Disember 2009 -

"Jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang perlu diserahkan segera kepada UMNO jika pucuk pimpinan berhasrat menawan semula negeri tersebut yang kini diperintah oleh DAP. Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Badruddin Amiruldin berkata, langkah itu penting memandangkan parti Gerakan yang memegang jawatan tersebut sekarang gagal memainkan peranan berkesan dalam meyakinkan rakyat negeri berkenaan."

Sudah tiba masanya UMNO diberikan peluang untuk membuktikan kemampuan mereka.. cuma nanti, bila dah dapat tanggungjawab tersebut gagal pula menunaikan amanah yang telah diberikan.. kembalikan semula hak-hak orang Melayu dan kedaulatannya.. jangan hanya pandai bermain kompang tanpa tahu rentak tariannya..

Setakat bercakap anak aku pun pandai... yeeehhaaaa..

Lawatan dan Bertahlil

|

Pagi ni aku bercadang untuk melawat semula ke lokasi kemalangan.. kebetulan pulak Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jelebu ada maklumkan untuk membuat program tahlil di rumah kakak mangsa anjuran UMNO Bahagian..haa!!Chanteekkk..

Jadi dalam pukul 10.30 aku pun follow Ustaz Habibullah b Mohd Ali bersama-sama dengan Setiausaha Bahagian En. Ab Hamid bin Othman menuju ke Kg Ulu Klawang.. dalam perjalanan aku dimaklumkan bahawa Timbalan Ketua Bahagian YBhg. Dato’ Hj Jalaludin Bin Hj. Alias juga akan turut serta walaupun baru saja tiba dari Jeddah..

Sampai saja di lokasi aku nampak kerja-kerja pembersihan giat dijalankan.. ramai jugak pihak yang berkepentingan dalam kes ini yang hadir seperti Sykt Insurans, JKR, Kualiti Alam dan ntah mana lagi agensi lah.. bertungkus lumus nampaknya menjalankan tugas..

Tapak rumah..

Bau minyak petrol bercampur diesel memang kuat sampai naik pening aku.. hidung dah kembang kempis menapis bau..aku tengok ada la dua tiga orang yang ambil buah kelapa dan umbut kelapa..tak kesah la kan, cuma yang aku khuatirkan adalah tahap pencemaran yang ada dalam bahan mentah itu.. yang merokok kat situ pun BAHALOL bagi aku kerana tak terfikirkah diaorang ni yang udara disitu masih tercemar..??

Terdetik di hati seketika pasal kontraktor-kontraktor ni membuat kerja.. kesian;bukan apa, ye lah..kadang-kadang tu rezeki sesetengah manusia ni atas kemalangan/kesusahan manusia yang lain.. moga-moga mereka ni ikhlas dan tidak menuntut ganjaran yang melampau, sesekali fikirlah tentang kebajikan..

Yang ni merupakan pondok berhampiran rumah yang hampir hangus.. aku nampak ada lebih kurang 3-4 buah tong gas memasak ada dalam timbunan sisa sampah.. camano la agak eh time meletup tu kan..


Yang ni sessi membaham nasi ayam selepas selosai bertahlil yang dipimpin oleh Ust Habibullah.. sepanjang jalan ke Kuala Klawang dari tempat kejadian tu aku dapat rasakan ada lagi beberapa selekoh yang perlu di luruskan sedikit.. nanti ada pulak kejadian sama berulang.. JKKK dan penduduk kampung perlu memikirkan sesuatu dan berkorban sedikit agar keselamatan orang ramai dapat kita pelihara dengan lebih baik..

Termonung kojap den... Allahu akbar...

Capek deh...!!

|

Pagi semalam aku mashuarat..(sebutan seseorang..hehehe) petang pulak pergi program kendalian anak buah aku.. cadang nak terus balik rumah je tapi memikirkan Asar dah hampir maka aku naik opis dulu.. tepat jam 5 ptg terus ketuk n balik.. fuh.. selesai satu bab hari ni...

Dengan perasaan berkobar-kobar aku memandu untuk cepat sampai ke rumah sambil dihati terdetik utk snap jugak gambar di tempat kejadian.. pakai camera hp pun jadi lah..tapi , jeng jeng jeng.... sampai je kat Kg Rambai Baris ( mcm Kg Paku Laris je plak ) bersusun kereta..


Mulanya aku ingat ada kontraktor turap jalan.. setelah hampir 15 minit menunggu aku dah fade up.. org depan semua dah turun, aku pun turut sambil bertanyakan apa cerita depan sana.. rupa-rupanya ada kren menaikkan tanker minyak yang meletup hari tu..
dekat 40 minit menunggu akhirnya dapat bergerak.. baru jumpa jalan altenatif agaknya..

Berpusing-pusing kat jalan dalam kampung tu sementara dapat balik ke Seremban.. punya la sempit jalan tu, betul-betul muat untuk laluan sebuah kereta..nak selisih dgn motor pun payah..alhamdulillah dekat pukul 6.15 ptg tiba juga aku di laman rumah..



Aku ada cuba call Balai Polis Kuala Klawang..jawapan yang diterima diaorang tak tahu apa punca kesesakan ini..hmm, takkan PDRM tidak dimaklumkan untuk menutup jalan utama ke Seremban.. setidak-tidaknya laluan alternatif ni dapat digunakan awal-awal lagi..dan aku dapat melunjur kaki lebih cepat..hehehehe..

Aduyaiii...

Apo cerito tu dik..??

|

Pagi ini aku ke opis macam biasa dengan sedikit malas.. bukan apa, sebab hari ni ada meeting.. aku part yang paling malas time keje ialah meeting a.k.a 'meet eating'.. biar berpeluh kat padang daripada duduk dalam bilik berhawa dingin mendengar celoteh orang-orang yang kadang-kadang perasan bagus macam dia sorang je yang buat keje dalam dunia ni.. tapi dah itu amanah dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul maka kena la aku attend jugak untuk makan.. keh keh keh..

Setibanya aku di Kg Ulu Klawang, teringat tentang kemalangan ngeri Sabtu lepas.. terus bukak glovebox.. aisehh!!kamera teringgal pulak kat rumah.. nak pakai e71 ni mcm tak best pulak.. setibanya aku di kawasan kemalangan terasa begitu sebak.. apa yang dapat aku gambarkan ialah seolah-olah kawasan rumah tersebut terkena bom.. tiada apa yang tinggal kecuali tapak rumah jua.. pucuk kelapa pun terbakar sama.. tak dapat aku bayangkan bagaimana impak letupan lori tersebut.. pinjam sat gambar dari blog En Hassim..


Apa yang aku dengar cerita orang di situ ialah lori ni terus menghentam rumah mangsa dan meletup serta merta.. sebuah kereta BMW yang diletakkan di bahu jalan tersebut juga telah di heret oleh lori tersebut.. aku yang berulang alik ke Kuala Klawang setiap hari merasakan bahawa selekoh di kawasan ini amat merbahaya kerana begitu runcing dan berbentuk 'S'.. paling laju pun aku lalu situ dalam 60km/j (aku agak-agak aje).. lebih kurang 4 bulan lepas rumah ni dah kena rempuh sekali.. hancur la sebahagian daripadanya tanpa melibatkan kemalangan jiwa.. tapi kali ini, sungguh mengerikan dengan melibatkan 3 nyawa iaitu pemandu lori serta dua beradik yang mendiami rumah tersebut..

Bayangkan berapa kelajuan lori ni setelah menuruni Bukit Tangga dengan membawa muatan cecair petrol dan diesel seberat lebih 30,000 liter.. kereta aku yang tak tekan pedal minyak pun boleh cecah 130km/j masa kat simpang ke Jeram Toi tu.. (hehehehe, tipu je) camana agaknya brek nak berfungsi dengan baik kalau dah memang laju.. aku rasa elok kalau mana-mana lori ni pasang je speed cutter.. sepanjang aku keje kat K.Klawang ni kemain banyak lori yang lajunya mengalahkan kereta.. elok lagi masa zaman jalan bengkakng bengkok dulu.. slow je semua kenderaan.. bila dah lurus, lebar, cantik kemain la laju masing-masing.. setakat Merce ke BMW ke Accord ke nak lipat aku yakin la jugak dengan sistem kereta yang ada.. ni tak.. lori pasir yang kosong pun tumpang sekaki.. fuhh..!! dia punya lipat time koner tu macam nak drift je.. hampeh betul..!!!

Ya Allah.. selamatkanlah perjalanan hamba Mu ini pergi dan balik.. Amin..

Tuntutan Syara' dan Pentadbiran

|

Kebelakangan ini, sering aku terdengar suara-suara yang sering mempersoalkan hak mereka berkaitan dengan hukum syara'..mereka mempersoalkan kuasa pentadbiran Jabatan/Majlis Agama di dalam satu-satu isu yang tiada tersebut di dalam hukum Syara';kononnya..seperti dalam Syara' tidak disyaratkan perlu mendapatkan tauliah untuk mengajar agama..dalam Syara' tak perlu dapatkan kebenaran untuk berkahwin..dalam Syara' tak perlu mohon poligami untuk berkahwin lebih dari satu..dalam Syara' tak ada itu, tak ada ini.. macam-macam lagilah persoalan yang berbangkit andainya berlaku sesuatu isu..

Bukannya orang yang jahil bercakap malah kekadang yang mempertikaikan perkara ini terdiri dari golongan ilmuan Islam juga..sedih jugak aku membaca,mendengar dan melihat perkara seperti ini berlaku semakin berleluasa sekarang..sememangnya Malaysia sebuah negara demokrasi tetapi kebebasan yang diberi adalah di dalam batasan serta ruang lingkup yang terkawal..

Para ulama' bersepakat bahawa sumber Perundangan Islam merujuk kepada 4 perkara iaitu al Quran, al Hadis/Sunnah, Ijma' dan Qias..melalui sumber- sumber ini lahirlah pelbagai kaedah @ maxim yang digunapakai bagi menyesuaikan hukum Syara' dengan peredaran zaman dan perkembangan persekitaran masyarakat dunia..maka yang berubah bukanlah hukum kerana apa yang haram tetap kekal haram hingga qiamat begitu juga dengan halal..ini asas. yang perlu dipatuhi..tetapi kekadang timbul permaslahan yang baru, isu-isu yang berbangkit dek pertembungan budaya, ekonomi, suasana persekitaran memerlukan kita mencari jalan penyelesaian tanpa mengabaikan hukum asas itu tadi..( Gambar pinjam dari http://puisijiwarasa.files.wordpress.com )

Sebagai contoh..apa yang akan berlaku andainya masyarakat Islam tidak mengendahkan fungsi Jabatan Agama untuk menyelaraskan hal ehwal perkawinan orang Islam..sedangkan sekarang ini pun masih berlaku lelaki yang berkahwin dengan isteri orang, bapa saudara berkahwin dengan anak buah..apa yang telah diputuskan didalam enakmen/akta ini bukanlah rekaan akal manusia semata-mata..telah wujud semenjak zaman kerajaan Uthmaniah malah kerajaan Johor lama pun ada undang-undang berkaitan dengan perkahwinan ini..wujudnya peraturan ini pun demi kemaslahatan dan bagi membendung perkara yang lebih buruk daripada terjadi..asas maslahah umat Islam dan pencegahan merupakan kaedah utama yang sering dilihat oleh para ulama dalam menentukan sesuatu hukum yang tiada nas secara jelas..

Dalam pada itu, wujud segelintir manusia yang suka mengambil kesempatan atas seseorang yang terdesak..ramai juga yang menawarkan khidmat perkahwinan poligami tanpa kebenaran ini..dengan sedikit pengetahuan tentang selok belok proses perkahwinan, sendiket ini menawarkan khidmat kepada lelaki yang terdesak untuk berpoligami dengan caj yang tertentu tanpa memikirkan implikasinya terhadap pasangan yang bernikah ini..tetapi dah menjadi lumrah manusia suka kepada sesuatu yang mudah, jalan pintas dan tidak suka bersusah payah.. apa lagi yang dapat kita lakukan?? entah lahhh..

Journey to Batu Kikir

|




Hari ni aku gi majlis walimah sahabat di Batu Kikir..kemain lak terasa jauh nya setelah bertahun aku tak ulang alik ke Bandar Baru Serting.. 5 tahun yang lalu aku sering ke sana atas urusan kerja..paling tidak seminggu sekali..jalan Bukit Putus terasa dah lurus dek kerap sangat melaluinya dan catatan terbaik aku hanya 40 minit dari Seremban ke Bandar Baru Serting..mungkin ada yang lebih pantas tapi aku ada anak bini mak ayah, jadi itulah yang mampu aku lakukan.. hehehehe

Perjalanan di awal tengahari nampak lancar sahaja..apa taknya,jalan baru telah dibuka semasa pertabalan DYMM YDP Besar Negeri Sembilan yang lalu..pemandangan sekitar jalan tersebut juga begitu aman damai..difahamkan bahawa pada raya tahun ini jalan di Seremban-Rembau-Tampin menjadi sesak teruk manakala lalu lintas di Bukit Putus begitu lancar..

Selesai makan kenduri tadi, dalam perjalanan pulang ingat nak singgah Ulu Bendul untuk sejukkan badan anak-anak..sampai je sana terlalu ramai pulak manusia yang berkunjung di hujung minggu ni.. kensel.. lain kali je lah anak-anakku.. lain kali je lah kita pergi, lagi pun bukan tak pernah pergi sebelum ni..

Adios..

Mendidik Jiwa

|

Baru-baru ini aku ada menghadiri satu majlis ilmu anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan..kali ini tenaga pengajarnya ialah Syeikh Shamsul Bahari bin Zainal..agak lama aku tak menadah kitab ni semenjak bekerja serta berumahtangga ni..payah woo nak mula balik baca buku..kompem tak sampai 5 minit dah menguap..

Dalam banyak-banyak perbahasan dalam pengajian itu aku tertarik dengan satu isu yang dibahaskan oleh beliau iaitu berkaitan dengan wudhu' atau kelazimannya orang Melayu cakap amik air sembahyang..kelaziman serta kebiasaan orang Melayu ini menyebabkan kita jarang nak berwudhu' melainkan semata-mata untuk bersolat dan juga membaca al Quran.. menurut beliau kita perlu melatih diri dan jiwa kita untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhu' dan sentiasa memperbaharuinya..

Untuk apa? yaa.. untuk apa?aku jugak tertanya-tanya...

Hujah beliau mudah sahaja.. apa dia yang dimaksudkan dengan berwudhu'? jawapannya ialah mengangkat / menghilangkan hadas kecil.. bermakna orang yang tiada wudhu' pada dirinya adalah orang yang tak bersih atau secara kasarnya pengotor.. maka dengan berwudhu' seseorang itu akan sentiasa berada dalam keadaan bersih disamping senang untuk memegang serta membaca al Quran pada bila-bila masa sahaja..

Pada aspek yang lain,menurut beliau, orang yang tidak memperbaharui wudhu'nya adalah orang pemalas kerana untuk kepentingan sendiri yakni membersihkan diri sendiri pun sudah tidak berdaya.. maka jangan haraplah dia akan melaksanakan perkara yang lebih berat.. dengan sentiasa berwudhu' dapat melatih diri menjadi seorang yang rajin dan bersih..

Dari sudut dakwahnya, kalau seseorang pendakwah itu malas berwudhu' maka jangan haraplah dia akan berjuang atau berkorban untuk perkara yang lebih besar..

Termenung jugaklah aku seketika kerana tak terlintas langsung aku nak memikirkan isu yang sekecil ini.. nampak remeh sangat tapi impaknya kepada diri serta keluarga dan masyarakat amatlah besar..

Aduhaiii...

Selamat Tahun Baru

|

Salam semua..

Tengok gambar je semua dah tau apa tajuk tempelan ni.. kok ada yang tak kenal ntah la,aku tak tahu dia ni hidup zaman apa dan kat mana diamnya dia selama ini..

InsyaAllah pada maghrib tanggal 17 Disember 2009 (Khamis) nanti kita akan menyambut tahun baru dalam kalendar Islam setelah berlabuhnya 30 Zulhijjah 1430H dan tibanya 1 Muharram 1431H.. tentu ada yang dah mula memasang niat atau azam bersempena dengan tahun baru ni.. my bro, gbone sudah pun memulakan langkah perjuangan hijrahnya .. aku harap dia dapat ambil spirit ini untuk mencapai kejayaannya.. jgn toleh belakang bro..!! ( tapi kalau nak usha ekzos virago tu tak pe.. :p )

Sejajar dengan itu, diharapkan semoga tahun baru ini membawa keberkatan pada diri kita semua dan umat Islam sedunia.. sedikit terkilan kerana untuk majlis ini amat sedikit masyarakat kita yang benar-benar ingin menyambut kedatangannya berbanding dengan upacara sambutan tahun baru Masehi.. berbagai-bagai acara diatur bermula dari awal pagi hingga larut malam..dari pameran sampai ke konsert membawa kepada membakar duit beratus ribu demi pertunjukan 15-20 minit..dari cucu sampai ke datuk berkumpul beramai-ramai demi meraikannya setahun sekali..sarkas betul lah..!! aku bukan anti perayaan atau anti sosial tapi sikap berlebih-lebihan sering membuatkan aku terloya seketika..

Saban tahun juga kedengaran azam dan niat baru sempena dengan tahun baru hijrah ini.. berhijrah kearah kebaikan.. namun kadang-kadang tersungkur di awal perjalanan lagi.. bukan kerana 100 % kelemahan empunya diri tapi dek kerana sokongan yang TIADA dari masyarakat kelilingnya.. apa salahnya kita menyokong niat baik seseorang walaupun kita tahu dia memang dari dulu memasang niat yang sama tapi gagal.. kita yang hanya pandai kondem orang lain kadang-kadang tu langsung tak mempunyai apa-apa azam untuk berhijrah samada rohani maupun jasmani..

Roh Ma’al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berusaha, berazam dan berkorban untuk berpindah dari segala bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.. ya..cakap memang senang.. tapi bagi aku kita perlu sokong menyokong dan bantu membantu sesama kita untuk mencapai kejayaan bersama dunia dan akhirat... ( err...apa azam aku ek?? hehehehe... )

Amiinnn...