Dengan mudahnya setel...??

|


SEREMBAN, 26 Ogos (Bernama) -- Ibu bapa kepada empat remaja yang dikaitkan dengan perbuatan menyimbah cat dan membaling botol arak pada surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, pada Isnin lepas, pada Khamis memohon maaf kepada jawatankuasa surau dan masyarakat Islam akibat perbuatan anak mereka itu.

Cheng Kok Foo, 38, Wong Seow Wai, 43, Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu pagi Khamis.

Yang turut hadir Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Dr Yeow Chai Thiam dan Ketua UMNO Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.

Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.

Mereka melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar. Mohd Hasbi pula berkata beliau dengan rasa hati terbuka menerima permohonan maaf itu.
"Saya harap selepas ini mereka dapat membentuk dan mengubah sikap anak mereka agar perkara ini tidak berulang. Nasihatkan mereka jalan yang benar terutama sekali dalam soal agama kerana ia cukup sensitif," katanya. Katanya beliau menghormati usaha yang dilakukan oleh MCA kerana ia telah dapat meredakan ketegangan kaum.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat. Isu ini adalah isu sensitif yang telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini," katanya. Yeow berkata beliau merasa bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan.

"Demi perpaduan kaum, saya telah mengatur pertemuan ini agar mereka yang terlibat memohon maaf. Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. Ini adalah satu pengajaran agar kita sentiasa meningkatkan perpaduan di antara kaum," katanya.
Yeow berkata MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir. Selasa lepas, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari.

~ Senang je kan..!!! simbah cat, lempar botol Tiger tu..bila kecoh je,mintak maap terus..pastu ajak wakil rakyat campur tangan..maka kita yang Melayu Islam ni tak bleh buat apa,khuatir nanti dikatakan perkauman..Dheyy!!! siapa yg mulakan dulu ni...

Tak de langsung ke tindakan undang-undang atas salahlaku jenayah bahalol 4 ekor setan ni..??sebagai perbandingan : apa yang berlaku pada Mohd Tarmizi Yaakob.???turun naik mahkamah dia ni.. lu orang semua bikin panas laaa..wa dah tegang ni...!!!

Walauweh...!!!

|




Humang aiihh.. untuk kali ini hanya satu.perpuluhan.lapan dan dua.perpuluhan.kosong sahaja..


Duit Raya..!!

|

(gambar pinjam dari collectorbox.blogspot.com)

Hari ni semua orang gomen gi opis dengan senyum lebar..ini adalah kerana mereka bakal mendapat duit raya..hahahaha...lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan menerima khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan akan memberi bantuan khas kewangan RM500 seorang sebelum 1 Syawal ini...fuhh,kompem dalam kepala hotak masing-masing tengah fikir macam mana nak ngabihkan duit ni..paling senang beli je lauk untuk raya nanti..daging,ayam dan rakan-rakan seangkatan dengannya..

Pemberian ini juga melibatkan orang pencen..huh..untung betul duduk negara Malaysia ni..dengan pengumuman ini akan melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta untuk kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara..hampir 1 billion..nampak gayanya macam tak de bonus la tahun ni..aduihh...

Apa pun terima kasih daun keladi kepada kerajaan Malaysia sebab perihatin pada kakitangan awam kesemuanya..hahaha..nanti hujung tahun jangan lupa bonus lagi...

~best wo dapat pegang not RM500 ni..hehehe..

HUIYOOO

|

IPOH 24 Ogos - Seekor ikan kerapu gergasi sepanjang 2.5 meter dan berat 148 kilogram berjaya ditangkap oleh seorang nelayan di Pantai Remis.

Ikan kerapu gergasi yang cukup untuk dijadikan hidangan kepada lebih 400 orang itu kemudian dibeli oleh seorang pengusaha restoran di sini.

Pengusaha restoran tersebut, Teoh Kar Hooi berkata, ikan kerapu yang dianggarkan berusia lebih 30 tahun itu dibeli dengan harga RM8,000.

"Saya terkejut apabila nelayan itu yang juga rakan saya menyerahkan kerapu gergasi ini.

"Dia tangkap ikan kerapu gergasi ini dekat Pantai Remis malam semalam menggunakan pukat tarik," katanya kepada pemberita di restorannya di Pasir Putih di sini hari ini.

"Ini adalah kali kedua rakan saya mendapat kerapu gergasi. Kali pertama beberapa tahun lalu dan beratnya 170 kilogram," katanya.

Bagi dirinya pula sebagai pengusaha restoran kata Kah Hooi, ini adalah kali kelapan dia menghidangkan ikan gergasi seumpama itu.

(gambar dan berita dari Utusan Online)


~ huiyo..bapak besar ikan ni..silap gaya mau telan orang ni..agaknya manis ke isi ikan yang mcm gajah besar ni..?ntah laa

Khatam An-Nubuwwah

|

Nukilan dari : al Ikhwan

Ini adalah contoh - Khataman an-Nubuwwah yang terdapat pada belikat Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam.

Maksud hadith dari riwayat al-Tirmidzhi radhiAllahu 'anhu:
"Barang siapa yang berwudhuk dan melihat kepadanya akan mendapat keberkatan seperti berikut:

  1. Pada waktu Subuh, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga waktu Maghrib.
  2. Pada waktu Maghrib, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga waktu Subuh.
  3. Pada awal bulan, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga akhir bulan.
  4. Pada awal tahun, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga akhir tahun.
  5. Pada awal perjalanan, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga akhir perjalanan.
  6. Jika ia meninggal dunia pada tahun itu, ia akan disuratkan - Mati dalam iman,
  7. Sesiapa yang melihat kepadanya dengan penuh rasa kasih dan Iman, dalam usianya sekali sahaja, Allah s.w.t. akan memelihara ia dari semua perkara yang ia benci (mungkar) sehingga ia meninggal dunia.

Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad serta ahli keluarganya dan sahabatnya.

______________________________________________________

Rujukan : Asy-Syamail Al-Muhammadiyyah karangan Imam At-Tirmidzhi

Santapan Jasmani

|

( Gambar hiasan - diambil dalam carian pakcik Google )

( Gambar hiasan - diambil dalam carian pakcik Google )

Hari ni masuk hari keenam berpuasa..sepanjang hampir seminggu ni aku ada la sekali dua terjejak kaki ke bazar ramadhan..atau boleh saja dikatakan pasar ramadhan..hiruk pikuk dah macam kek pasar yo..nasib baik lum terlintas kat mata ni kengkawan yang berniaga..bkn apa,kalau tak beli nanti terasa plak..kok nak beli ntah apa plak rasanya..

Dari pengamatan aku, bulan Ramadhan cukup bermakna pada yang pandai mencari rezeki..dalam sebulan ni boleh kaut untung yang kadang-kadang tak terfikir lak dek akal kita ni..cuma ada jugak manusia yang cuba-cuba nasib..tu kira ok gak..yang aku tak best kalau ada insan yang cuba-cuba nasib..tu yang jual tak tentu arah je lauk pauk kueh mueh..ntah apa punya resepi nasi tomato..mana punya menu nasi dagang..hampeh..

Kebiasaannya tahun-tahun lepas memang aku suka beli je juadah berbuka dan sahur sekali..kecuali la kalau dah planning nak berbuka di luar..tahun ni pun nampak gayanya sama je seperti yang lepas..main tunjuk je lauk berbuka..tapi tahun ni banyaknya wife aku la beli..hehehe..

Cuma dalam seminggu ni aku tengok suasana di bazar Ramadhan ni agak tak best..bukan apa,boleh dikatakan setiap hari pasti hujan..siap ribut sekali..tu pasal aku tengok lauk pauk,kueh mueh dan segala mak bapak juadah kat bazar ni seperti jual barang semalam je..adoii..tolonglah makcik-makcik sekelian..bukan la lauk tu basi tapi dah tak seperti baru dimasak la..kalau ikan goreng tu tentu keras macam batu je..karipap pun dah tak de ummpphh..ntahapahapa la korang ni meniaga...

Tu pasal aku akan pastikan untuk membeli dengan peniaga yang memang saban hari menjual makanan dan bukannya usahawan segera di bulan puasa..ayat power,bunting tak ingat,poster maut,memokak bergogar sekampung tapi....terkial-kial nak tebar roti canai..terketar-ketar nak letak daging murtabak..kahkahkah..hampeh boto...memang lawak...

Hari pertama puasa aku dah dapat ujian dari Allah..tak pasal-pasal kereta aku kena sondol dari belakang..kereta ok cuma bumper aku dah tak cun macam dulu..memang hampeh la budak tu..dah la langgar kereta aku,pastu siap buat dunno je dalam kereta dia..lepas aku mencarut (batal ke puasa?) baru nak turun..dah tu tak plak mintak maap..iskk,betul-betul aku mengenangkan Ramadhan..kok tak mau jugak bergaduh ari tu..

Apapun, Ramadhan tetap memberi seribu rahmat kepada umat Islam dan moga-moga tahun ini aku dapat menunaikan ibadah puasa yang lebih baik dari tahun lepas..Amin...