Dengan mudahnya setel...??

|


SEREMBAN, 26 Ogos (Bernama) -- Ibu bapa kepada empat remaja yang dikaitkan dengan perbuatan menyimbah cat dan membaling botol arak pada surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, pada Isnin lepas, pada Khamis memohon maaf kepada jawatankuasa surau dan masyarakat Islam akibat perbuatan anak mereka itu.

Cheng Kok Foo, 38, Wong Seow Wai, 43, Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu pagi Khamis.

Yang turut hadir Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Dr Yeow Chai Thiam dan Ketua UMNO Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.

Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.

Mereka melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar. Mohd Hasbi pula berkata beliau dengan rasa hati terbuka menerima permohonan maaf itu.
"Saya harap selepas ini mereka dapat membentuk dan mengubah sikap anak mereka agar perkara ini tidak berulang. Nasihatkan mereka jalan yang benar terutama sekali dalam soal agama kerana ia cukup sensitif," katanya. Katanya beliau menghormati usaha yang dilakukan oleh MCA kerana ia telah dapat meredakan ketegangan kaum.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat. Isu ini adalah isu sensitif yang telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini," katanya. Yeow berkata beliau merasa bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan.

"Demi perpaduan kaum, saya telah mengatur pertemuan ini agar mereka yang terlibat memohon maaf. Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. Ini adalah satu pengajaran agar kita sentiasa meningkatkan perpaduan di antara kaum," katanya.
Yeow berkata MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir. Selasa lepas, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari.

~ Senang je kan..!!! simbah cat, lempar botol Tiger tu..bila kecoh je,mintak maap terus..pastu ajak wakil rakyat campur tangan..maka kita yang Melayu Islam ni tak bleh buat apa,khuatir nanti dikatakan perkauman..Dheyy!!! siapa yg mulakan dulu ni...

Tak de langsung ke tindakan undang-undang atas salahlaku jenayah bahalol 4 ekor setan ni..??sebagai perbandingan : apa yang berlaku pada Mohd Tarmizi Yaakob.???turun naik mahkamah dia ni.. lu orang semua bikin panas laaa..wa dah tegang ni...!!!

0 comments: