Masih dan Kekal..

|

Jawatankuasa PAS Pusat masih mengekalkan YAB To' Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul 'Am PAS buat tempoh masa lima tahun akan datang.

Apapun wa caya lu Datuk Seri...memang power..!! :P


LEKAS LAAHH..!!

|

Semalam aku dapat call dari Masrun, adik sepupu aku ni..dia ngajak datang rumah di Semenyih..wah, dah beli rumah budak ni..senyap-senyap je kan..dia ngajak untuk kenduri naik rumah tu la..memandangkan weekend ni aku memang free, maka aku pun bawak la famili ke sana..kebetulan pulak nak try naik hiway baru ni..ni la route map hiway LEKAS ni..

Member aku cakap sekarang dia gi keje kat KL ikut hiway ni je..jimat tol dan mileage katanya..sebelum ni ikut hiway PLUS exit Sungai Besi dari Senawang kena dlm RM8 tp ikut hiway ni dari Ampangan exit Kajang Selatan dalam RM5 je..pastu mileage potong dlm lebih krg 20km..fuhh! memang la jimat..maka hari ni aku pun berkobar-ikut jalan ni..

Memang best sebab kosong..kekeke..nak berembat syok ni..kira trek baru ni..jalan pun best je, ye laa baru tar kan..hahaha..view pun ok la jugak..cuma entrance dari Paroi masih belum siap apatah lagi nak dibuka..hahaha..kena la ikut entrance Ampangan..

Kemudahan yang disediakan pun ok jugak..hiway ni bakal menjadi jalan alternatif bagi pengguna yang nak ke Kuala Pilah, Jempol atau Jelebu tanpa perlu memasuki bandar Seremban yang jem macam hampeh tu..kira bakal menjadi jalan persisir bg Seremban..

Dari Senawang ke Semenyih lebih kurang 45km dengan catatan masa aku 30 minit je..padahal kalau ikut jalan lama jangan citer la kan sebab nak masuk town Seremban dulu..jem dalam pekan sudah pasti..tu belum kira kat Temiang lagi..memang makan masa..setakat ni tol dari Ampangan ke Mantin masih percuma..aku bayar RM2.80 dari Mantin ke Semenyih kerana masih ada diskaun..kira macam wellcome drink dr hotel la ni..detail pasal hiway ni kat SINI

Ni dah sampai..huhuhu..besar giler taman ni..yang area ni dah masuk fasa ketujuh..aku terpusing-pusing gak la mencari sbb malas nak tanya Masrun ni takut tengah sibuk basuh pinggan..hehe..tp aku kira nasib baik sebab tak de la tersesat..main redah je tapi terus jumpa..nak pakai Garmin pun tak guna sbb aku tak update map..

Apapun makan memang sodap..aku balik Seremban dengan penuh kekenyangan..

APA DIA GST..?

|


Apa itu CBP(GST)?

CBP adalah cukai kepenggunaan berperingkat yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat rantaian bekalan. CBP akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (CJP). Ianya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif, efisien, telus dan mesra pelanggan.

Kita perlu membayar cukai supaya kerajaan dapat membiayai pembangunan sosio-ekonomi; yang meliputi penyediaan infrastruktur, pendidikan, kebajikan, kesihatan, keselamatan negara dsb.

"Konsep CBP diperkenalkan oleh pegawai cukai dari Peranchis pada tahun 1950an. Kini, hampir 90% penduduk dunia adalah di negara-negara yang melaksanakan CBP termasuk China, Indonesia, Thailand, Singapura dan India

Bagaimana CBP dilaksanakan?

CBP dikenakan ke atas nilai tambah di sepanjang rantaian pembekalan bermula dari pengilang sehingga peruncit. Pengeluaran dan penjualan akan melalui beberapa peringkat pungutan dan pembayaran CBP:

Mengapa perlu CBP?

CBP merupakan suatu sistem cukai yang lebih baik dan lebih adil berbanding dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (CJP). CBP akan:

a. Mengurangkan kos perniagaan

Di bawah CJP, setengah perniagaan membayar cukai berganda dan cukai di tahap yang lebih tinggi kerana berlakunya cukai atas cukai (cukai bertindih). Dengan CBP, perniagaan bermafaat kerana boleh mendapatkan balik cukai input atas bahan mentah dan perbelanjaan yang ditanggung. Kos perniagaan dikurangkan.

b. Mempertingkatkan daya saing global

Harga eksport Malaysia akan lebih berdaya saing di persada global kerana eksport tidak dikenakan CBP dan CBP yang ditanggung ke atas input boleh didapatkan semula di sepanjang rantaian pembekalan. Ini akan memperkukuhkan industri eksport negara, dan membantu negara untuk lebih maju.

c. Meningkatan pematuhan

CJP mempunyai banyak kelemahan tersendiri yang menyukarkan pentadbiran. CBP mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri dan dengan ini akan mempertingkatkan pematuhan.

d. Mengurangkan karenah birokrasi

CJP berkehendakkan peniaga memohon kelulusan bahan bebas cukai dan pengecualian khas untuk harta alih. Kehendak ini tidak perlu di bawah CBP.

e. Kesaksamaan

CBP dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada diperingkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.

f. Harga berpatutan kepada pengguna

CBP menghapuskan cukai bertindih di bawah CJP. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barang /perkhidmatan berbanding CJP .

g. Lebih Telus

CBP adalah lebih telus dari CJP kerana pengguna akan tahu sama ada barang atau perkhidmatan diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.

Tidak dikenakan CBP

Kita tidak membayar CBP ke atas setengah barang dan perkhidmatan :

i. Berkadar sifar

Pembekalan bercukai yang tertakluk kepada kadar sifar. Peniaga layak menuntut kredit cukai input di dalam menghasilkan pembekalan ini.

ii. Dikecualikan

Bukan merupakan pembekalan bercukai. Peniaga tidak layak menuntut kredit cukai input di dalam menghasilkan pembekalan ini, dan tidak boleh mengenakan cukai output kepada pembeli.

Sumber : KDRM

~ korang paham? yang aku paham satu perkara je..sapa byk beli barang dia yg banyak kena cukai GST/CBP ni..abis tu?tak payah la beli barang/berbelanja/shopping??duduk je kat rumah diam2 tak payah beli makanan dan keperluan harian..ke aku yang salah paham?
aku harap sangat agar dengan kenaan cukai ini harga barangan di pasaran akan kekal untuk tempoh masa yg lama sekalipun mustahil nak turun..ye la,selama ini pengguna yang menyerap harga cukai maka tiba masanya semua rantaian merasakannya sekali..aku dah tak dapat nak serap lagi dah..letih kena cukai ni..kekeke..incometax aku bayar woi...berlebih lagi aku bayar..zakat??of course la bro...

ntah lah...


Jom Mandi...

|

Bukan gi mandi..tapi kai mandi sama itu nasi..hahaha

Sebelum ni aku pernah bercerita pasal Nasi Arab Damsyik ni atau pun setengah orang cakap Nasi Mandi/Mandhi..mana la ejaannya tapi bunyinya sama..kali ni bersempena dengan kunjungan ayahanda bersama makcik dan Along sekeluarga, aku cuba ubah selera dia dengan mengunjungi selera Timur Tengah..nak bawak gi kat Ampang tu jauh sangat plak..

Ayahanda aku ni kalau bab makan susah skit nak terbuka selera dia..almaklumlah, dah dapat sahabat 3 serangkai ni selera menurun mungkin dek penangan ubat-ubatan hospital..kali ni sengaja aku cuba bagi dia rasa kelainan pada tekaknya..alhamdulillah, berselera nampaknya dia makan..

ni trade mark bisnes..

hidangan sudah tiba..yg bestnya makan bersila

tu dia hangpa tengok..lauk ayam ngan kambing..kecoq ayaq lioq..sabar ipan..!!

budak yg mimpi dia ni rooney..tp kdg2 febregas..selalunya c.ronaldo..tapi tak de gigi

1 : tunggu ape lagi yop..bedal la..!!
2 : sabar la..aku kan Along..bagi aku rasa dulu..


haaa...licin..shalat dibuatnya..heheheh

look whos coming..!!!iskk..budak mentong ni..

last sekali..pernah masyuk tv daaa..glamer gak kedai ni ek..

Huhuhu..memang best sampai lena dek penangan kambing petang tu..

Yang Mana Patut..?

|



Aku dah cakap dah..tak jauh mana kau boleh lari..akhirnya datang jugak kau menyembah aku..

Dulu kau samseng sangat kan..?? (baca SINI) sudahnya kali ni aku dalam dilemma..bukan apa, dah bersungguh-sungguh datang dengan penuh hormat siap cium tangan aku lagi tu..ntah-ntah tangan ayah dia sendiri pun tak pernah cium...cuma aku ni cepat tewas bila orang mohon maaf walaupun dia sebelum ini buat kat aku macam-macam..itu la kelemahan aku..

Di pihak pengurusan tertinggi jabatan secara tidak rasminya meminta aku supaya tidak menarik semula aduan polis sedangkan dalam masa yang sama pihak suspek begitu merayu agar aduan ditarik semula demi kepentingan kerjaya dan keluarganya.. tersepit aku antara arahan dan kemanusiaan..namun aku tahu bahawa kes ini bergantung kepada pihak pendakwaraya untuk menentukannya..cuma apabila aku tarik semula aduan, dia ada justifikasi untuk tidak memanjangkan kes ke mahkamah..

Siapa yang patut aku dahulukan..??

al Fatihah..

|


Berita Harian Online

KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi.

Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal.

Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga.

Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia.

Sejurus selepas Sheikh Mohammed disahkan meninggal dunia, televisyen di Mesir mula menunjukkan rakaman video masjid Al-Azhar sambil diiringi muzik suram.

Anaknya, Amr Tantawi, berkata berita bapanya meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, iaitu tanah suci kedua Islam Madinah," katanya. - AFP

~ Biarpun beliau dilanda dengan pelbagai kontroversi, tapi bagi aku beliau merupakan tokoh yang ulung dan berada dalam kelasnya yang tersendiri..kelembutan dan budi bahasa beliau yang amat tinggi memang tiada tandingan..dunia kehilangan permata yang amat berharga..Semoga Allah mengampuni, merahmati, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para nabi, siddiqin, syuhada’ dan solihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Amin.

Sepintas Lalu..

|

Utusan Malaysia Online

PETALING JAYA 9 Mac - Pembungkusan produk minuman ini memang menarik, ditambah pula ia mempunyai pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Justeru, tidak hairanlah jika minuman jus buah-buahan keluaran syarikat tempatan ini mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

Namun, selama ini pembeli ruparupanya ditipu apabila hasil pemeriksaan Jakim ke atas produk terbabit mendapati 'sijil halal' itu sebenarnya dokumen palsu yang sudah diubah suai menyerupai sijil asli.

....

"Mereka mendakwa sebelum ini pernah membayar sejumlah wang kepada syarikat perunding khas untuk mendaftarkan perniagaan dan memperolehi sijil halal Jakim bagi produk jus buah-buahan yang dipasarkan di seluruh negara.

"Bagi membuktikan dakwaan itu, mereka menunjukkan salinan sijil halal Jakim yang didakwa dikeluarkan oleh syarikat perunding terbabit," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

....

"Apa yang pasti, sijil halal ditunjukkan itu sudah diubah suai maklumatnya tanpa kebenaran dan ia jelas satu penipuan terancang yang sukar dikenal pasti oleh agensi penguat kuasa lain jika tidak dilihat secara teliti," ujarnya.

Beliau berkata, pemilik syarikat terbabit mendakwa tidak tahu menahu berhubung sijil halal Jakim palsu itu dan meletakkan kesalahan kepada syarikat perunding.

Malah, katanya, seorang daripada pemilik syarikat terbabit mendakwa sedang membuat permohonan berasingan sijil halal Jakim melalui laman web e-halal yang disediakan jabatan itu bagi memudahkan urusan permohonan melalui laman web.


~ ada dua kemungkinan..samada ditipu atau menipu..cuma yang pasti kompem sah dan benar ialah pelanggan di Malaysia ini tertipu..dalam apa-apa perkara pun sebolehnya janganlah pakai orang tengah dalam menyelesaikan apa jua urusan dengan agensi kerajaan..akibatnya duit abis beriban tapi kerja tak jalan..


alahai...

Gotong Royong

|









Penat tak terkira..apa taknya, aku bukan pernah kerja sebagai buruh kontrak..baru tahu betapa susahnya sebahagian manusia yang kerjaya utama mereka sebagai buruh binaan..begitu jerihnya mencari sesuap nasi untuk diri sendiri apatah lagi untuk keluarga..

Selama dua hari hujung minggu ni, penduduk taman aku sepakat untuk sama-sama berpeluh menyiapkan tapak asas bagi surau..alhamdulillah, dengan adanya arkitek, kontraktor, tenaga mahir 2-3 orang telah berjaya melatih penduduk taman ini berkaitan dengan teknik asas pembinaan struktur bangunan..baru la aku tau macamana nak bancuh simen dalam mesin mixer tu, nak potong gelung besi, nak bengkok2kan besi pengikat, nak vibrate simen konkrit ( supaya tak ada gelembung buih ) dan macam2 lagi pengalaman yang terbaik pernah aku alami..bersyukur aku dengan kerja aku sekarang ni yang tak perlu nak berpeluh di bawah terik matahari..

~adios~

Apa punya Turrrrr!!!

|


Siapa boleh lupa gambar ni..kah kah kah..cukup fofuler (popular) beberapa tahun dulu.. ye lah dah tahap gian mana leh tahan nak membeli..kena pulak time tu ilham setan sudah turun kat kepala hotak dia..kang ilang nombor laknat tu dalam kepala susah pulak nak chai..
Yang sebenarnya aku bukan nak ulas pasal gambar ni tapi pasal hari ni aku pun sama masuk kat francais kedai atas ni..hehe, silap mata memandang ku sangkakan pejabat pos rupa-rupanya kedai belajar matematik orang dewasa daaa...oppsss!! nanti dulu..aku gi buat kerja laa.. yee..hari ni aku pergi melaksanakan operasi judi..
Dan aku jugak bukan nak bercerita pasal judi tapi pasal obsessi orang Melayu (yang marah kalau tak dikatakan Islam ni) terhadap kedai KTM ni..seminggu race 3 kali, tu belum kira spesial draw, mbox lagi...ada juga jenis malaon yang sanggup berziarah sampai abis ketiga-tiga rumah..rumah merah,rumah biru dan rumah kuning..hahaha..macam sukan kat sekolah pulak..satu kedai amik singgit, kalu tiga kedai dah tiga hengget..itu sehari!! seminggu kali tiga bermakna abis sembilan hengget..tapi mana ada malaon yang main singgit..koman-koman lima hengget..bayangkanlah berapa banyak abis beli tiket saham ni dalam sebulan..
Tu satu hal..aku tak kesah sangat..soal dosa atau tidak itu antara dia dengan Allah Taala.. tapi berjudi itu najis serta merupakan amalan setan..yang paling aku hangin jenis yang tak reti nak hormat kakitangan awam bekerja.. siap boleh marah-marah, maki hamun lagi orang yang nak mencegah kemungkaran..yang paling tragis, hari ni kali pertama aku berhadapan dengan malaon yang mengamuk siap bawak keluar pump gun dari bonet kereta..tak pe, aku beralah tapi bukan aku mengalah sebab selepas itu aku pergi jumpa dengan Tuan Mahagari Cap Dua Harimau.. thanks to Tn OCPD sebab turun ke kaunter untuk entertain aku..siap la kau esok pagi kena angkut..jangan ingat aku tak hafal no kereta kau..!! dah tu memang aku kenal kau, kerja kat mana, rumah kau mana..hahahaha... lahanat betul...!!!
Kurang ajar betul bangsa aku sekarang ni..macam aku cakap awal-awal tadi - kalau aku kata dia tak Islam for sure aku kena lempang tapi bila aku buat kerja amar ma'ruf nahi mungkar ni siap nak membunuh lagi sesama bangsa dan seagama ni..apa ke nama Islam kau ni..!!! aku penat sepenat-penatnya bergelut dengan 2-3 manusia yang saiznya dua kali ganda besarnya dari aku hari ni.. tapi otak aku lagi penat memikirkan ragam manusia biadab ni sampai nak tidur pun tak dapat..langsung tertulislah entry emo aku kali ni..
Kau nak nikah nanti pergi mana baii?? anak kau nak kawin mana kau nak arahkan baiii?? paling aku kesian, nanti kau mati sapa yang kau mintak uruskan jenazah kau setan..?? apa punya turrr daaaa...
~ adios ~

Sambil Lalu

|

1. Utusan Malaysia Online 2 Mac 2010

PUTRAJAYA 1 Mac – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menganggarkan kekosongan jawatan yang begitu besar akan berlaku dalam sektor kerajaan menjelang Julai ini.

Setiausahanya, Datuk Lamien Sawiyo berkata, keadaan itu berlaku ekoran ramai pegawai dan kakitangan yang sebelum ini dilanjutkan perkhidmatan mereka sehingga umur 58 tahun akan bersara pada tahun ini.

“Ini membabitkan pelbagai peringkat jawatan yang dianggarkan mengalami kekosongan yang signifikan dan ia memberikan kesan besar.

........

Dijangka lebih 4,800 pegawai dan kakitangan awam yang sepatutnya bersara wajib pada 2008 akan menamatkan perkhidmatan antara Julai hingga Disember ini.

~ fuiyoo.. ni ramai la yang dah mula pasang badan ni..copek bai amik PPK tu..hahahaha


2. Utusan Malaysia Online 2 Mac 2010

KUALA PILAH 1 Mac – Anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya mengaku tidak bersalah ketika didakwa dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan mengajar tanpa tauliah di negeri ini.

Tiga pengikut kanannya, Abdullah Sanusi Othman, 40; Nik Amirul Faiz Nik Md. Yusof, 25; dan Khairudin Daud, 55, masing-masing turut membuat pengakuan yang sama atas kesalahan bersubahat dengan pendakwah bebas itu.

~ orang tua dah pesan..masuk rumah orang bagi salam..kan dah kena parang..tapi, macam biasa tangan-tangan keramat beserta dengan wahyu dari langit bakal turun.. huhuhuhu