Sepintas Lalu..

|

Utusan Malaysia Online

PETALING JAYA 9 Mac - Pembungkusan produk minuman ini memang menarik, ditambah pula ia mempunyai pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Justeru, tidak hairanlah jika minuman jus buah-buahan keluaran syarikat tempatan ini mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

Namun, selama ini pembeli ruparupanya ditipu apabila hasil pemeriksaan Jakim ke atas produk terbabit mendapati 'sijil halal' itu sebenarnya dokumen palsu yang sudah diubah suai menyerupai sijil asli.

....

"Mereka mendakwa sebelum ini pernah membayar sejumlah wang kepada syarikat perunding khas untuk mendaftarkan perniagaan dan memperolehi sijil halal Jakim bagi produk jus buah-buahan yang dipasarkan di seluruh negara.

"Bagi membuktikan dakwaan itu, mereka menunjukkan salinan sijil halal Jakim yang didakwa dikeluarkan oleh syarikat perunding terbabit," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

....

"Apa yang pasti, sijil halal ditunjukkan itu sudah diubah suai maklumatnya tanpa kebenaran dan ia jelas satu penipuan terancang yang sukar dikenal pasti oleh agensi penguat kuasa lain jika tidak dilihat secara teliti," ujarnya.

Beliau berkata, pemilik syarikat terbabit mendakwa tidak tahu menahu berhubung sijil halal Jakim palsu itu dan meletakkan kesalahan kepada syarikat perunding.

Malah, katanya, seorang daripada pemilik syarikat terbabit mendakwa sedang membuat permohonan berasingan sijil halal Jakim melalui laman web e-halal yang disediakan jabatan itu bagi memudahkan urusan permohonan melalui laman web.


~ ada dua kemungkinan..samada ditipu atau menipu..cuma yang pasti kompem sah dan benar ialah pelanggan di Malaysia ini tertipu..dalam apa-apa perkara pun sebolehnya janganlah pakai orang tengah dalam menyelesaikan apa jua urusan dengan agensi kerajaan..akibatnya duit abis beriban tapi kerja tak jalan..


alahai...

0 comments: