Apa punya Turrrrr!!!

|


Siapa boleh lupa gambar ni..kah kah kah..cukup fofuler (popular) beberapa tahun dulu.. ye lah dah tahap gian mana leh tahan nak membeli..kena pulak time tu ilham setan sudah turun kat kepala hotak dia..kang ilang nombor laknat tu dalam kepala susah pulak nak chai..
Yang sebenarnya aku bukan nak ulas pasal gambar ni tapi pasal hari ni aku pun sama masuk kat francais kedai atas ni..hehe, silap mata memandang ku sangkakan pejabat pos rupa-rupanya kedai belajar matematik orang dewasa daaa...oppsss!! nanti dulu..aku gi buat kerja laa.. yee..hari ni aku pergi melaksanakan operasi judi..
Dan aku jugak bukan nak bercerita pasal judi tapi pasal obsessi orang Melayu (yang marah kalau tak dikatakan Islam ni) terhadap kedai KTM ni..seminggu race 3 kali, tu belum kira spesial draw, mbox lagi...ada juga jenis malaon yang sanggup berziarah sampai abis ketiga-tiga rumah..rumah merah,rumah biru dan rumah kuning..hahaha..macam sukan kat sekolah pulak..satu kedai amik singgit, kalu tiga kedai dah tiga hengget..itu sehari!! seminggu kali tiga bermakna abis sembilan hengget..tapi mana ada malaon yang main singgit..koman-koman lima hengget..bayangkanlah berapa banyak abis beli tiket saham ni dalam sebulan..
Tu satu hal..aku tak kesah sangat..soal dosa atau tidak itu antara dia dengan Allah Taala.. tapi berjudi itu najis serta merupakan amalan setan..yang paling aku hangin jenis yang tak reti nak hormat kakitangan awam bekerja.. siap boleh marah-marah, maki hamun lagi orang yang nak mencegah kemungkaran..yang paling tragis, hari ni kali pertama aku berhadapan dengan malaon yang mengamuk siap bawak keluar pump gun dari bonet kereta..tak pe, aku beralah tapi bukan aku mengalah sebab selepas itu aku pergi jumpa dengan Tuan Mahagari Cap Dua Harimau.. thanks to Tn OCPD sebab turun ke kaunter untuk entertain aku..siap la kau esok pagi kena angkut..jangan ingat aku tak hafal no kereta kau..!! dah tu memang aku kenal kau, kerja kat mana, rumah kau mana..hahahaha... lahanat betul...!!!
Kurang ajar betul bangsa aku sekarang ni..macam aku cakap awal-awal tadi - kalau aku kata dia tak Islam for sure aku kena lempang tapi bila aku buat kerja amar ma'ruf nahi mungkar ni siap nak membunuh lagi sesama bangsa dan seagama ni..apa ke nama Islam kau ni..!!! aku penat sepenat-penatnya bergelut dengan 2-3 manusia yang saiznya dua kali ganda besarnya dari aku hari ni.. tapi otak aku lagi penat memikirkan ragam manusia biadab ni sampai nak tidur pun tak dapat..langsung tertulislah entry emo aku kali ni..
Kau nak nikah nanti pergi mana baii?? anak kau nak kawin mana kau nak arahkan baiii?? paling aku kesian, nanti kau mati sapa yang kau mintak uruskan jenazah kau setan..?? apa punya turrr daaaa...
~ adios ~

4 comments:

echah_syed said...

kat sini pokcik pakai songkok Q selamba badak jer beli saham...hiks :p

ehh pic tu super impose ekk.

JiMi said...

tak tau la kak..dulu2 saya ada dpt..pastu borak2 ngan member diaorg pun ada dpt..maknanya ramai la yg tau..semlm bila tanya uncle google gambar tu je dekat 6 keping kluar..kekekeke..mmg femes gambar ni..
tipu ke apa ke saya tak pasti la pulak..

gbone said...

kau tak kena apa2 ke jimi?
hati2 wat keje tuh...

nape ko tak henjut adikbradik carik mamat tuh...?fundek btoi laa!!!!

JiMi said...

aku ok je..dia tak acu senapang kat aku pun..aku bkn x nak jumpa adik beradik tp klu dah dia pun sama baju sdhnya nnt setel kedai kopi jgk..buat sakit kepala aku je..
nak senang aku henjut Mahagari la..kekeekeke..bagi org tengah buat keje..paling tidak pun kalau tak de tindakan, goyang la jgk telo dia..