Yang Mana Patut..?

|



Aku dah cakap dah..tak jauh mana kau boleh lari..akhirnya datang jugak kau menyembah aku..

Dulu kau samseng sangat kan..?? (baca SINI) sudahnya kali ni aku dalam dilemma..bukan apa, dah bersungguh-sungguh datang dengan penuh hormat siap cium tangan aku lagi tu..ntah-ntah tangan ayah dia sendiri pun tak pernah cium...cuma aku ni cepat tewas bila orang mohon maaf walaupun dia sebelum ini buat kat aku macam-macam..itu la kelemahan aku..

Di pihak pengurusan tertinggi jabatan secara tidak rasminya meminta aku supaya tidak menarik semula aduan polis sedangkan dalam masa yang sama pihak suspek begitu merayu agar aduan ditarik semula demi kepentingan kerjaya dan keluarganya.. tersepit aku antara arahan dan kemanusiaan..namun aku tahu bahawa kes ini bergantung kepada pihak pendakwaraya untuk menentukannya..cuma apabila aku tarik semula aduan, dia ada justifikasi untuk tidak memanjangkan kes ke mahkamah..

Siapa yang patut aku dahulukan..??

3 comments:

echah_syed said...

ehhh...combi ni blur sikit.cerita ape ni yer.

JiMi said...

citer labu labi...hahaha

tak de la kak..ada dlm entry sebelum ni citer tu..nak perangat balik tak syok..

ibnu marzuki al firdaus said...
This comment has been removed by a blog administrator.