Sambal

|

Ni sapa plak..
kata orang kalau makan nasi sama dengan sambal belacan sungguh enak.. begitu juga dengan hidup ini malah apa jua dalam dunia ini..kadang-kadang yang aksesori itu lebih utama dari kerangka asas.. nama pun hidup dalam dunia...

ntah la...

Apa Ek??

|

Agak lama aku tak dapat meluangkan masa untuk melakarkan sesuatu di laman ini..
semenjak aku bertukar tempat bertugas disamping beberapa tanggungjawab dlm masyarakat, komuniti jiran serta pertubuhan yang agak mengekang suasana pergerakan jari jemari ini.. tambahan pula baru-baru ini bertambah seorang lagi ahli dalam keluarga aku maka bertambah lah jugak kesibukan dlm diari harian aku..
begitu banyak isu dan permasalahan yang berlaku dlm negara mutakhir ini.. masing-masing tetap menegakkan kebenaran tersendiri tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima apatah lagi hendak memikirkan perasaan pihak sebelah..yang penting hati sendiri puas..ye lah, nama pun perjuangan ( iya ke..? )
pun begitu byk jugak kisah berkaitan dengan hak kita yang gagal mempamerkan akhlak serta peribadi sesuai dengan janji yang telah diluahkan.. sebelum dapat pelbagai janji dan sikap yang indah dipamerkan..dah selesai diterima langsung nampak taring sebenar tari laku mereka..mcm mana nak berjuang, mcm mana nak duduk dibarisan hadapan, mcm mana nak berjihad dan bermacam-macam lagi lah kalau rukun yang lima sebagai asas itu pun masih tak dapat nak diselesaikan..
ntah lah...