Hepi Besday Kakak n Adik..

|



Hepi besday kakak.. 28/12
Hepi besday adik.. 24/01

Alasan..

|

Dengan muka begini ditambah dengan alasan sakit pinggang memang setiap pagi aku tensen sambil nak tergelak dengan ragam budak ni.. adooiii... tiap-tiap pagi sakit pinggang.. hahahaha.. apo la kau ni Nazhan... kok main bola tak pulak sakit pinggang..?

Cubo tenung muko eh tu... kan muko pemaleh poie sekolah... hahaha..

Bersantai..

|

View mengadap Carlton Star Hotel..

View mengadap Padang MPS..


Seremban..ya.. bandar Seremban semakin terang benderang di waktu malam..tak la susah aku nak bawak famili bersantai di tengah bandar ni.. dah tempat lain semua gulap gulita..pujian harus diberikan kepada Majlis Perbandaran Seremban atas usaha menaik taraf kawasan tengah bandar ini yang dulunya menjadi tumpuan penagih melepaskan gian..setidak-tidaknya diaorang segan la jugak nak buat kegiatan haram tu.. kawasan ini terletak betul-betul depan Terminal 1 dan bersebelahan dengan Courts..
Aku pun tak tau kawasan ni dah upgrade..tetiba je dah siap mcm ni..hahaha..nampak sangat aku tak pegi tengah bandar ni sejak sekian lama..sakit kepala nak masuk tengah bandar Seremban ni..jem bangang nak mampus..sesekali bawak famili jalan-jalan sini ambil udara malam di tengah bandar best jugak..disyorkan bawak anak ramai-ramai supaya agenda couple nak buat maksiat tergendala..hahahaa..

challo...

Masa dah time..???

|

Ahh..
dah mula ke..?
bila mula..?
kau biar betul..?
jangan main-main..

huh..
tak boleh biar camni..
kena pastikan betul-betul..
tapi aku tak nampak lagi..
korang dah nampak..?
apa yang korang nampak..?
apa yang aku tak nampak..?

iskk..
iya lah ni..
takkan tidur lagi..
selalu dah ada terpacak..
mesti lena ni..
mesti leka ni..
mesti lalai ni..
atau,
dah bersekongkol dengan setan..

adoii..
nak tunggu lagi ke..?
perlu ke tunggu..?
apa faedahnya..?
kena hantar tuisyen diaorang ni..
sekolah dah tak boleh ajar lagi..

tapi mana dia..
orang-orang hadapan..
imam aku tak nampak..
makmum baris depan aku tak nampak..
takkan aku solat sorang-sorang..
kata nak berjemaah..
atau,
diaorang solat dalam gelap..
atau,
diaorang solat kat rumah je..
atau,
dah lama diaorang tak solat..
atau,
diaorang memang tak bersolat..

tak mungkin..
kan dah sain kontrak..
cuba ingat balik..
ingat betul-betul..
dah lupa la tu..
ke buat-buat lupa..
ye la..nak buat camana..
dah sedap,dah kenyang,dah puas..

ingat bro..
jangan sampai terbatal kontrak..
nanti kau jugak yang rugi..
rugi kat dunia tak pe..
rugi kat akhirat camana..?
cuba jawab..

Kepada Yang Berkenaan

|

Bazooka kami
Peluru kami
Berjuang kita tentang kepuraan
Belati kita
Semangat kita
Berjuang kita tentang hipokrasi

Lu persis musang berbulu ayam
Bertuhan syaitan serakah penaka
Lulah dedalu di batang nafsu
Bertopeng handsome tanpa harga diri

Janganlah lu overacting
Lu terover berlagak

Lu sudah terlupa
Taraf lu cuma
Pencuci pentas
Kuli upahan
Jangan lu lupa
Bazooka kami
Belati kita

Hepi Besday

|



Hari ini merupakan hari ulangtahun keputeraan salah seorang pewaris takhta aku..hehehe
Muhammad Nadzif

24 Januari 2009

Pulut...

|


Jurutera bercakap hal keselamatan ...
- orang akan kata : eh apa hal kau sibuk? kau apa tau?

Polis mengulas isu pembangunan ...
- maka kedengaran lah : kau buat je la keje kau tu..yang ini jgn kau nak kecoh2..tau la kitaorang buat keje..

Ustaz bercakap isu politik ...
- keluar lah dalam paper : ni apa hal plak lebai tu sibuk sangat? apa yang dia tau pasal politik? baca je la yasin tu.. urus kan je lah orang meninggal tu...

Penoreh getah menyentuh isu pentadbiran ..
- di tempelak orang : ek eleh pakcik ni..kok handal sangat pegi la keje kat opis...

Tapi.. iya.. tapi

Bila orang BAHALOL bercakap hal AGAMA ..
- diaorang sendiri akan cakap : aku pun ngaji agama jgk..aku pun baca buku agama jgk..jahil2 aku pun tau jgk..jgn igt kitaorg bodoh..kau ingat aku kapir ke?

Apa ke pundek diaorang ni...jangan lah memandai-mandai bercakap kalau kurang pengetahuan ..biarlah orang yang arif isunya mengulas apa yang berlaku..

Ada perkara yang perlu kita ikut norma dan peraturannya..jgn terikut-ikut dengan apa yang berlaku diluar persekitaran kita.. apa perlunya kita mencontohi negara Indonesia dalam isu kalimah Allah ini.. memang mereka mentertawakan kita tetapi kesannya rakyat dan agamawan Indonesia mentertawakan diri mereka sendiri.. biarkan luncai terjun dengan labunya..

Betapa bodohnya mereka ini yang tidak sensitif dengan isu ini.. seolah-olah tidak memberi kesan kepada akidah masyarakat awam..lihat apa yang berlaku.. perkahwinan berlainan agama dibenarkan di sana sedangkan dalam Islam secara jelas melarangnya.. siapa ahli Kitab yang harus dikahwini oleh orang Islam?

Imam Syafie r.a ketika berhijrah ke Mesir mempunyai pandangan yang berbeza dengan fahamannya sendiri ketika beliau berada di Iraq.. maka apakah sama situasi di Indonesia dengan keadaan sebenar yang berlaku di negara kita? masyarakat Islam di Indonesia memang dah bercelaru dan bersimpang siur pemahaman mereka.. memang bahalol lagi jahil murakkab kita menilai isu penggunaan kalimah ALLAH andai kita melihat kepada hak segelintir Kristian dlm negara kita.. apa pulak hak mereka yg kita nilai sedangkan hak kita terabai dan terbiar di ambil tanpa rela..!!!

Al Quran meletakkan agama kita pada kedudukan yang tertinggi.. Perlembagaan Persekutuan juga telah memberikan keistimewaan dan taraf yang mulia kepada agama Islam.. TAPI, kita yang menjadi penganutnya sendiri yang meletakkan tarafnya di bawah telapak kaki.. maka cadangan untuk mengkaji semula enakmen agama Islam yang ada kerana kununnya telah ketinggalan zaman adalah sememangnya datang dari orang yang memang BAHALOL..sah la kau ni BAHALOL...

~ entah lahhh...

Senyum Sumbing

|

PUTRAJAYA 21 Jan. - Bukan 700 atau 500 lori tetapi hanya 10 lori pasir sahaja dari Johor memasuki Singapura setiap hari.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Mohamed Khalid Yusuf hari ini bagi menjawab kontroversi mengenai jumlah berbeza lori pasir memasuki republik itu.

Menurutnya, kemasukan lori pasir ke Singapura tidak menyalahi undang-undang selagi pihak terbabit memiliki dokumen sah mengikrarkan jenis dan berat pasir yang dibawa.

"Itupun 10 buah lori tersebut kita (Kastam) kira dari segi purata sehari bermula awal Januari lalu, misalnya dari 1 hingga 20 haribulan, tentu ada dalam beberapa hari, lori tidak masuk. Jika ini berlaku, angkanya tentu lebih kecil lagi.

~ aku :
Maknanya, Tun Dr M salah maklumat..
Maknanya, Dato' Shaziman silap lapor..
Maknanya, pemberi maklumat kepada menteri dan bekas PM dungu..
Maknanya, data Kastam lebih tepat..
Maknanya, Menteri Kewangan pun tak tahu..

Apa kejadahnya lagi nak bagi permit jual pasir ke Singapura ni?

Selingan

|

Dek kerana masyarakat Melayu kita suka berhibur, maka sesekali aku pun bagi la hiburan kepada dunia Melayu ni..asyik nak serius je kan..kang berasap plak kepala..

~ baru boleh nak berjuang ye tak?


~ baru la maju ye tak?

~ baru la setanding Amareka ye tak?

~ baru la dikatakan barisan hadapan ye tak?


Artis : M.Nasir
Lagu : Anak-anak Kita
Album : Canggung Mendonan

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir...Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir...Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir...Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir...Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir...Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir...Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu


Apa nak jadi?

|


Pagi tadi time sarapan tergerak hati nak baca paper..kelazimannya jarang sangat aku nak baca surat khabar ni kecuali ada info yang maha penting sahaja..cuma pagi ni aku tertarik dengan tajuk muka depan Berita Harian edisi N9 ni..Tajuk maut abis..apo tak eh.."Bertunang dengan isteri orang"..sah gila masyarakat Melayu Islam kat Malaysia ni..itu anggapan aku ketika mula2 tgk tajuk ni..

Dah baca baru aku paham rupa2 nya bakal pengantin lelaki kena tipu..adohai..dah la anggota polis berpangkat Inspektor..kena tipu pulak dengan polis jugak berpangkat L/Kpl..senang2 je polis kena tipu ngan polis..abis jugak la lelaki ni sampai 25k ketika bertunang dulu..gila apa bertunang sampai 25k..memang byk duit atau anak jutawan atau saja nak buang duit...

al-kisaaaaahhh.. ( toiyyyiiibbbb ) maka tersebut lah kisaaah... ( toiyyyiiibbbb )

Masa bertunang dulu mak bapak perempuan pun tak hadir..aku rasa budak laki ni samada BAHALOL atau pun kena nasi kangkang sampai biol atau memang dah stim berair sangat sampai tak boleh nak pikir yang dia ni dah masuk lubang buaya..sedih..memang aku simpati dengan lelaki malang ni..masa sampai ke masjid untuk akad nikah,sorang umat pun tak ada kat situ..call perempuan tu, dia suruh datang rumah..sampai rumah pun sekali lagi terkejut dek tiadanya khemah kenduri dan kosong tiada orang..malah dengan selamba bodoh babi melintas, si perempuan ni turun dengan hanya berkain batik serta berbaju T..padahal lelaki ni punya la bersongket bagai..KAHKAHKAHKAH...!!!pastu siap ajak gi nikah kat SIAM...sekali lagi bahalol..

Rupa-rupanya dah ada suami..malah siap ada anak berusia 8 thn lagi..peerrggghh..memang terkayu dibuatnya..maka bermula lah episod saman menyaman..kata mengata..kutuk mengutuk..keluarga perempuan salahkan lelaki kerana tak usul periksa.. ye la..patutnya lepas bertunang bertandang lah rumah bakal mertua ke, rumah bakal mak sedara ke..berkenal-kenalan dengan ipar lamai ke..bapak perempuan cakap si lelaki tak pernah datang langsung..

Apa punya tuurrr laa manusia sekarang sampai macam ni punya hal boleh berlaku..aku tak kisah kalau yang kena tipu ni tak berpelajaran dan tak berakal fikiran..ini seorang terpelajar dan berpangkat pulak tu..lepas tu pulak yang menipu seorang yang menguatkuasakan undang-undang..aku tak salahkan PDRM tapi manusia tu agaknya dimana letak kepala hotak dia ni..mana dia letak mak ayah dia..mana dia letak majikan dia..mana dia letak keluarga dia..adooiiii..

BANGANG LAAHHHH...

Tiris jugak ke?

|


Utusan Malaysia Online 13/01/2010 -
PUTRAJAYA 12 Jan – Sejumlah 39,046 warganegara India ‘hilang’ di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu merupakan isu yang membimbangkan negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

bla.. bla.. bla...

“Mereka ini yang datang ke Malaysia melalui kemudahan visa waktu ketibaan mungkin telah kembali ke India atau masih berada di negara ini...(mungkin) bekerja di restoran-restoran India.

“Kami tidak tahu di mana mereka ini berada sekarang...kemungkinan masih berada di Malaysia atas alasan ekonomi,” katanya dalam temu bual dengan para wartawan India yang sedang dalam rangka lawatan ke sini, di pejabatnya di sini semalam.


~ 1.mana lah diaorang ni menyorok..?
2. susah sangat ke nak cari?
3. payah sangat ke nak tangkap?
4. kenapa terlalu berdiplomasi?
5. imigresen tak ada lampu ke?
6. ada lampu tapi terbakar ke?
7. apsal nak jaga hati orang lain aje?
8. perlu ke nak berbudi bahasa dengan bangsa tak ada adab ni?
9. nak tunggu PDRM tolong cari jugak ke?


chee bye laaaa ....

Peringatan Bagi Yang Lupa..

|


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2. Sesungguhnya Allah kekal.
3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.


Maha Suci Allah..

MEMORI SILAM..

|

Hari ni ntah cmana aku teringat masa aku mula kenal dunia yang serba luas ni.. ye lah, masa sekolah rendah dahulu mana pernah bebas.. apa-apa hal kena dapat permit dari ayah bonda.. masuk je Tingkatan 1 dan dihantar ke sekolah asrama tua ni, ligat dan pantas kaki aku melangkah.. masa tu mana ada dalam kepala otak aku ni perkataan 'belajar' apatah lagi 'tanggungjawab' atau 'amanah'.. tiap-tiap hari 'main'.. sekolah yang aku maksudkan ini ialah Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak..

Aku cuba jugak mencari gambar-gambar yang agak sedikit lama iaitu tatkala aku mula masuk pada tahun 80'an dahulu.. memang tak jumpa.. kalau ada pun dalam album yang disimpan dalam almari la.. yang ada ni merupakan gambar-gambar yang aku tak pernah tengok semenjak aku keluar lebih 20 tahun dahulu.. osah lamo eh.. anak sungai kat belakang sekolah rasanya dah tak ada.. perigi mata air pun dah ditutup agaknya..kang jadi port merokok plak ye tak..?? hahaha..

Masa aku masuk dulu, memang serba-serbinya dhaif.. dah nama pun sekolah agama rakyat.. apa lagi yang boleh aku katakan.. tapi yang bersyukurnya ialah sekolah ini mendapat bantuan dari tabung amanah al Marhum Sultan Idris Murshidul 'Azam Shah serta sokongan yang kuat dari Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.. tambahan pula, Mudir pada masa itu allahyarham Ustaz Musa Zainuddin merupakan seorang yang begitu kental dan berani menaikkan nama sekolah ini.. siang malam keluar berdakwah dan mempromosikan sekolah ini dan pernah jua beberapa kali aku diajak sama mengikut beliau..

Memang terasa beruntungnya pelajar MIBCKK ini selepas masuknya tahun 90'an.. serba serbinya elok dan indah..bertuah sungguh kerana dikhabarnya MIBC merupakan antara sekolah berasrama pilihan utama ibubapa di negeri Perak dek pencapaian akademiknya yang semakin cemerlang dari tahun ke tahun.. teringat aku masa mula-mula masuk dulu..tak ada langsung tapisan hinggakan ada sorang tu dapat 5E dalam penilaian darjah 5 pun diterima.. main tangkap muat aje tapi bermula dari tahun itu jugalah MIBC mengorak langkah menuju kejayaan..

Namun, aku dapat juga berita dari sahabat yang dapat aku hubungi.. ramai yang berjaya dalam hidup dan ramai jugak yang menjadi 'manusia'.. mungkin berkat doa dan usaha para guru dan ustaz tapi ada juga beberapa kerat yang tersungkur dan rebah ditengah jalan.. aduhai..


~ ntahlah..

1..2.. Mula!

|


Bermula tahun 2005 aku dah tak ambil tahu langsung cerita bola ni..tak kira la bolasepak tempatan mahupun luar negara..cuma pada malam minggu yang lalu tatkala membawa keluarga untuk merasai nikmat Nasi Arab Damsyik, kelihatan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi gegak gempita dan terang benderang dek Piala Sumbangsih membabitkan Negeri Sembilan menentang Selangor yang berkesudahan dengan keputusan memihak kepada Selangor dengan 2-1.. nampaknya sedikit sumbang langkah mula N9 pada tahun ni..

Apa yang menjadi perhatian aku ialah kesan pertandingan ini.. walaupun kalah dan bermain di gelanggang sendiri, penyokong-penyokong N9 tidaklah membakar stadium.. tidak pula menanti penyokong Red Giants untuk dibelasah di luar stadium.. biasalah kalau ada unsur provokasi di sana sini.. namun, semuanya berjalan dengan baik dan aman.. dah adat pertandingan ada kalah ada menang..


Moga-moga tahun ni jgn la lagi berlakunya insiden seperti tahun lepas.. hehehe..

Ohh gitu..

|

Utusan Malaysia Online 8/1/2010 -

PUTRAJAYA 7 Jan. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan nilai sebenar sebuah enjin pesawat F5-E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk 'afterburner' ialah RM303,570.

Beliau berkata nilai itu adalah berdasarkan kontrak pembelian pada tahun 1972 dengan mengambil kira nilai tukaran matawang negara pada masa itu.

Bagi pesawat yang mempunyai dua enjin pula, nilai sebenar adalah antara RM3.895 juta hingga RM28.047 juta bergantung kepada kecanggihan peralatan pada ketika itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.


....



Beliau berkata, nilai RM50 juta itu mungkin anggaran pihak lain berasaskan harga enjin baru pada masa ini, memandangkan kementeriannya dan pihak yang membuat siasatan tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.


aku ~ uhuk..uhuk..uhuk... sapo la yang menyobut namo den ni haa.. terbatuk la plak..

DIALOG BERSAHAJA .. hehehe

Ada Berani...??

|


Dah lama dapat email ni tapi hari ni baru ada kelapangan nak upload.. hehehe.. bukan nak promosi pasal iklan ni tapi nampak gayanya sekarang ni dah ada individu yang berani membuka bisnes membuat 'lawatan kerja' ke Selatan Thailand..

Fikir-fikirlah sendiri.. pakej saja dah 2.5k..balik nanti turun naik Pejabat Agama bagi urusan pendaftaran nikah..lepas tu turun naik Mahkamah pulak bagi urusan pengesahan nikah dan perbicaraan kesalahan melanggar undang-undang..bayar denda 1k bagi setiap kesalahan..biasanya sepasang kena 3k sebab lelaki 2 kesalahan iaitu bernikah tanpa kebenaran dan keduanya berpoligami tanpa kebenaran manakala pasangannya bernikah tanpa kebenaran sahaja.. lepas tu turun naik balik Pejabat Agama untuk urusan pertukaran sijil nikah..

Bagi yang berduit dan 'ber uang' mungkin tak jadi masalah tapi buatnya Hakim bagi hukuman penjara bagaimana agaknya ?? baru nak ada akaiiii...mungkin juga bagi sesetengah orang tak fikir pasal menyusahkan orang awam dan juga pentadbiran Agama negeri-negeri..bagi dia yang penting dari segi Hukum Syara' nya 'sah' pernikahan tersebut.. bab nikah nak pakai Hukum Syara' tapi bab lain ikut sedap kepala lutut dan 'tut tut' dia aje..

entah laahhh...

Saja suka-suka

|

1. Utusan Malaysia Online 07/01/2010 -

PETALING JAYA 6 Jan. - Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas tuduhan bersubahat mencuri serta melupuskan dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM.

Sarjan N. Tharmendran, 42, dan K. Rajandra Prasad, 37, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

aku ~ ternanti-nanti perbicaraan bermula pada 11 Februari nanti...

2. Utusan Malaysia Online 07/01/2010 -

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly berikutan persetujuan Menteri Dalam Negeri dan Gereja Katolik demi kepentingan negara.

Hakim Datuk Lau Bee Lan memutuskan demikian di kamar beliau petang ini setelah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan peguam mewakili Gereja Katolik, Derek Fernandes mencapai kata sepakat supaya perintah tersebut ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

aku ~ elok la tu bawak bertenang dulu... pesan orang tua-tua : jangan main api..

3. Utusan Malaysia Online 07/01/2010 -

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Perubahan harga rokok pada kadar minimum sebanyak RM6.40 bagi 20 batang, dilihat tidak memberikan sebarang kesan besar kepada para pengeluar utama syarikat rokok.

Penganalisis OSK Research, Vincent Lim berkata, pandangan itu mengambil kira harga paling murah bagi rokok berkualiti di pasaran adalah RM7.80 sekotak.

Malah, peraturan harga minimum mungkin memberi kelebihan kepada British American Tobacco, Japan Tobacco International dan Philip Morris kerana jurang perbezaan di antara harga rokok yang berkualiti tinggi dan rendah terlalu hampir.

aku ~ hahahahahaha....

Lafz Jalalah

|


Dipetik dari BAHRUS SHOFA.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Bil. Muzakarah : Kali Ke-82

Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008

Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah

1) Ulasan/Hujah

  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
  12. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.

2) Keputusan

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
  2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Cuti-cuti Malaysia Pt.II - PanauRama Edisen

|





Pantai ni masih lagi cantik dan bersih berbanding dengan Port Dickson...

Cuti-cuti Malaysia Pt.I

|

Tahun 2009 berakhir dengan percutian aku n family ke Melaka..niat hati nak jugak bawak budak-budak gi jauh skit tapi bila memikirkan hari persekolahan makin hampir aku pikir ke Melaka pun jadi lah.. yang penting diaorang hepi untuk berjalan-jalan bersama keluarga..pilihan kali ni dibuat oleh Kak Long Sofea..dia cakap nak mandi laut je..dah last minit ni tinggal kat Tanjung Bidara aje la..


Dengan semangat yang berkobar-kobar aku pun bertolak 2 kereta..aku sekeluarga and keluarga mertua aku.. sampai je kat sana macam-macam hal terjadi..1st,hotel tak terima tempahan yang telah aku buat..punya la hampeh tapi lepas aku call organizer tu rupanya ada kesilapan teknikal..nasib baik ramai yang dah check out maka dapat la aku sebijon chalet..2nd,anak aku frust sbb swimming pool tak bleh pakai..pump air rosak,hehehee..selamat skit nak melayan diaorang mandi satu tempat..
Terus check in ajer dah rasa selesa sebab sekeliling tak ada orang..huhuhuhu..ini kampung aku yang punya..kira selesa jugak chalet ni sbb ada dua bilik..kira muat la famili aku mertua aku ni..lepas solat asar terus ajak anak-anak gi laut..


Tapi sebelum turun laut maam biasa laa..kasi posing dulu satu kali..saja nak biar diaorang ni hepi especially Angah Nazhan sbb dah nak masuk darjah satu..nampak la nervous dia ni nak masuk alam persekolahan..hahaha..baru kau tau dunia ini amat luas wahai anakku...tapi dia tetap dia dan bersama dunianya..

Sampai tepian laut masing-masing takut nak cecah air..tapi lepas seminit dua langsung tak mau naik..tau pun syok kan..tapi kena paksa jugak naik sebab esok masih ada..


Petang tu mandi dalam 30 minit je..jadi la sebagai mukaddimah..hehehe.. malam tu kitaorang tak kemana-mana..layan lauk yang dimasak dari rumah je..best wo makan kat serambi malam-malam ni..

SELAMAT TAHUN BARU

|

Alhamdulillah.. aku rasa masih belum terlewat untuk aku ucapkan kepada semua..dengan tibanya tahun baru Masihi kali ini yang agak hampir dengan ketibaan tahun baru Hijriah sepatutnya dapat memberi pengertian yang amat besar buat semua.. yang pasti, umur semakin pendek sedangkan hidup semakin lama..apakah kita telah bersedia untuk kembali ke negara asal kita?? allahu akbar..

Isu yang sering kita fikirkan ialah apa azam baru sedangkan sepatutnya yang lebih difikirkan ialah apakah misi kita sepanjang tahun lalu telah berjaya dilaksanakan..huhuhu..aku sendiri pun agak termenung juga memikirkan apakah misi aku bagi tahun 2009 yang lalu telah berjaya aku tunaikan.. ye apa dia ek?? kekekeke..

Apa pun diharapkan kepada semua agar tahun 2010 ini lebih memberi makna kepada kehidupan kita di dunia dan akhirat..amin...