Saja suka-suka

|

1. Utusan Malaysia Online 07/01/2010 -

PETALING JAYA 6 Jan. - Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas tuduhan bersubahat mencuri serta melupuskan dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM.

Sarjan N. Tharmendran, 42, dan K. Rajandra Prasad, 37, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

aku ~ ternanti-nanti perbicaraan bermula pada 11 Februari nanti...

2. Utusan Malaysia Online 07/01/2010 -

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly berikutan persetujuan Menteri Dalam Negeri dan Gereja Katolik demi kepentingan negara.

Hakim Datuk Lau Bee Lan memutuskan demikian di kamar beliau petang ini setelah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan peguam mewakili Gereja Katolik, Derek Fernandes mencapai kata sepakat supaya perintah tersebut ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

aku ~ elok la tu bawak bertenang dulu... pesan orang tua-tua : jangan main api..

3. Utusan Malaysia Online 07/01/2010 -

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Perubahan harga rokok pada kadar minimum sebanyak RM6.40 bagi 20 batang, dilihat tidak memberikan sebarang kesan besar kepada para pengeluar utama syarikat rokok.

Penganalisis OSK Research, Vincent Lim berkata, pandangan itu mengambil kira harga paling murah bagi rokok berkualiti di pasaran adalah RM7.80 sekotak.

Malah, peraturan harga minimum mungkin memberi kelebihan kepada British American Tobacco, Japan Tobacco International dan Philip Morris kerana jurang perbezaan di antara harga rokok yang berkualiti tinggi dan rendah terlalu hampir.

aku ~ hahahahahaha....

0 comments: