MEMORI SILAM..

|

Hari ni ntah cmana aku teringat masa aku mula kenal dunia yang serba luas ni.. ye lah, masa sekolah rendah dahulu mana pernah bebas.. apa-apa hal kena dapat permit dari ayah bonda.. masuk je Tingkatan 1 dan dihantar ke sekolah asrama tua ni, ligat dan pantas kaki aku melangkah.. masa tu mana ada dalam kepala otak aku ni perkataan 'belajar' apatah lagi 'tanggungjawab' atau 'amanah'.. tiap-tiap hari 'main'.. sekolah yang aku maksudkan ini ialah Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak..

Aku cuba jugak mencari gambar-gambar yang agak sedikit lama iaitu tatkala aku mula masuk pada tahun 80'an dahulu.. memang tak jumpa.. kalau ada pun dalam album yang disimpan dalam almari la.. yang ada ni merupakan gambar-gambar yang aku tak pernah tengok semenjak aku keluar lebih 20 tahun dahulu.. osah lamo eh.. anak sungai kat belakang sekolah rasanya dah tak ada.. perigi mata air pun dah ditutup agaknya..kang jadi port merokok plak ye tak..?? hahaha..

Masa aku masuk dulu, memang serba-serbinya dhaif.. dah nama pun sekolah agama rakyat.. apa lagi yang boleh aku katakan.. tapi yang bersyukurnya ialah sekolah ini mendapat bantuan dari tabung amanah al Marhum Sultan Idris Murshidul 'Azam Shah serta sokongan yang kuat dari Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.. tambahan pula, Mudir pada masa itu allahyarham Ustaz Musa Zainuddin merupakan seorang yang begitu kental dan berani menaikkan nama sekolah ini.. siang malam keluar berdakwah dan mempromosikan sekolah ini dan pernah jua beberapa kali aku diajak sama mengikut beliau..

Memang terasa beruntungnya pelajar MIBCKK ini selepas masuknya tahun 90'an.. serba serbinya elok dan indah..bertuah sungguh kerana dikhabarnya MIBC merupakan antara sekolah berasrama pilihan utama ibubapa di negeri Perak dek pencapaian akademiknya yang semakin cemerlang dari tahun ke tahun.. teringat aku masa mula-mula masuk dulu..tak ada langsung tapisan hinggakan ada sorang tu dapat 5E dalam penilaian darjah 5 pun diterima.. main tangkap muat aje tapi bermula dari tahun itu jugalah MIBC mengorak langkah menuju kejayaan..

Namun, aku dapat juga berita dari sahabat yang dapat aku hubungi.. ramai yang berjaya dalam hidup dan ramai jugak yang menjadi 'manusia'.. mungkin berkat doa dan usaha para guru dan ustaz tapi ada juga beberapa kerat yang tersungkur dan rebah ditengah jalan.. aduhai..


~ ntahlah..

2 comments:

gbone said...

byk tokoh2 agama di malaysia lahir dr skolah tuh kan?...

JiMi said...

mmg ramai tapi x ramai yg aku tahu..yg aku tau Tan Sri Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman, Tan Sri Yusuf Nor, Dato Harussani Zakaria..malah aku kat n9 ni pun ada jumpa ustaz2/imam2/guru2 takmir yg pernah belajar di sana suatu ketika dahulu..