Jalan-jalan menikmati Panaurama..

|









Relax...

|

Last week sempat jugak aku memenuhi jemputan IPD untuk mengadakan sessi ujian kemahiran menembak bagi orang awam yang mempunyai lesen..aku tak de lesen pun..datang atas kapasiti ketua jabatan je..hehe..memula tu agak gementar juga,ye la aku risau kok pistol tu meletup sendiri tak tentu arah..memula kasi panas barrel 5 das.. lepas tu acara pun bermula..


Hahahaha..menggigil tangan nak menembak bro..apapun memang best dapat merasai pengalaman yang amat bermakna ni..bagi aku tak heran la kalau penjenayah ni tembak polis tak kena..sebab kalau nak tembak tepat kena banyak latihan dan tahu teknik yang baik dan betul..kalau asal main tembak memang hancur..


So,pix kat bawah ni menerangkan bahawa pembelajaran selama 10 minit sambil dibantu oleh pengasuh kat tepi akan menghasilkan kerja yang tak berapa sempurna..hahahaha...memang la hampeh..

Selamat Hari Lahir

|


Hepi Besday yang ke 7 kepada anakanda Muhammad Nazhan.. dah besar ni jangan manja lebih-lebih tau..


Pilu..

|

Aku rasa minggu ni agak sedih bagi family aku..dalam pada ayah masuk wad hospital,pak sedara aku ngan suami dua pupu aku meninggal pada hari yang sama..kebetulan tarikh 13 Jun merupakan tarikh lahir bagi arwah mak aku..

Aku rasa sedih sebab bapa saudara aku yang glamour dengan nama Pak Awi ni jenis yang peramah dan rapat dengan saudara mara..dulu masa aku tunggu result SPM sempat juga aku bekerja dengan dia di kantin sekolah..mulut memang becok,tak kira anak sedara kalau salah tetap kena marah..suami dua pupu aku ni pulak kebetulan menantu kepada kakak Pak Awi..kedua-dua jenazah diuruskan sekaligus serta dikebumikan di kampung moyang aku di Air Papan,Tanjung Tualang..moga roh mereka mendapat rahmat dari Allah swt...Amin...

al Fatihah...

Dah prepare lum..?

|

Haa..dah tak lama lagi dah... ada 8 hari je lagi lebih kurang.. maka dengan semangat kentalnya aku pegi ke pasaraya gergasi untuk membeli persiapan untuk memastikan kelopak mata terangkat sepanjang FIFA 2010 ni..tu belum kira jajan lagi..almaklumlah, anak aku pun dah tanya tiap-tiap hari bila nak start..kekeke..padahal baru darjah satu...tapi best gak ada geng tengok, setakat tengok sorang-sorang baik aku layan tidur...


Paling tidak pun dapat tengok first game pun jadi la..nak tunggu pukul 2.30 pagi memang parah skit la sebab sekarang ni dah tua, stamina dan semangat semakin kurang untuk tengok 23 orang manusia berkejar-kejaran merebutkan sebiji bola bulat hanya untuk disumbatkan dalam gawang lawan..pilihan aku ke separuh akhir untuk 2010 ni - Sepanyol, Argentina, Belanda dan Jerman..bukan sebab diaorang ni bagus tapi sebab aku minat je..dan aku harap sangat England kalah awal-awal lagi...hahahahaha...

MAI SECAWAN....!!!


eh eh...apsal kopi O lak ni... kasi tukaarrrr...!!!