LABU..LABU...

|

Apa nak jadi dengan Malaysia kini..??



02/06/2009 - Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter.

Ia menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP).

Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu termasuk pengarahnya, Ahmad Sabri Hussin berada di tempat kejadian bagi mengumpul maklumat serta keterangan berhubung kejadian itu.

Aku :
Projek bernilai RM292 juta?? Pastinya menjatuhkan kredibiliti kontraktor Malaysia dimata dunia..benda macam ni pun tak dapat nak bertahan.. bayangkan projek berbillion dollar di luar negara yang akan terlepas jika Malaysia dijadikan sebagai asas untuk menolak sebarang projek.. aduhai..

Apa pun eloklah disiasat betul dan ada tindakan susulan.. jangan nanti sudahnya KIV sampai kiamat.. pandang je lah fail siasatan itu dek adanya 'tangan-tangan' ajaib serta 'wahyu' yang turun dari langit..