Ada Berani...??

|


Dah lama dapat email ni tapi hari ni baru ada kelapangan nak upload.. hehehe.. bukan nak promosi pasal iklan ni tapi nampak gayanya sekarang ni dah ada individu yang berani membuka bisnes membuat 'lawatan kerja' ke Selatan Thailand..

Fikir-fikirlah sendiri.. pakej saja dah 2.5k..balik nanti turun naik Pejabat Agama bagi urusan pendaftaran nikah..lepas tu turun naik Mahkamah pulak bagi urusan pengesahan nikah dan perbicaraan kesalahan melanggar undang-undang..bayar denda 1k bagi setiap kesalahan..biasanya sepasang kena 3k sebab lelaki 2 kesalahan iaitu bernikah tanpa kebenaran dan keduanya berpoligami tanpa kebenaran manakala pasangannya bernikah tanpa kebenaran sahaja.. lepas tu turun naik balik Pejabat Agama untuk urusan pertukaran sijil nikah..

Bagi yang berduit dan 'ber uang' mungkin tak jadi masalah tapi buatnya Hakim bagi hukuman penjara bagaimana agaknya ?? baru nak ada akaiiii...mungkin juga bagi sesetengah orang tak fikir pasal menyusahkan orang awam dan juga pentadbiran Agama negeri-negeri..bagi dia yang penting dari segi Hukum Syara' nya 'sah' pernikahan tersebut.. bab nikah nak pakai Hukum Syara' tapi bab lain ikut sedap kepala lutut dan 'tut tut' dia aje..

entah laahhh...

1 comments:

putihmerah said...

macam-macam dh sekarang..terang2 duit punya pasal,sanggup buat apasaja,agama pon dikotak-katik..