APA DIA GST..?

|


Apa itu CBP(GST)?

CBP adalah cukai kepenggunaan berperingkat yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat rantaian bekalan. CBP akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (CJP). Ianya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif, efisien, telus dan mesra pelanggan.

Kita perlu membayar cukai supaya kerajaan dapat membiayai pembangunan sosio-ekonomi; yang meliputi penyediaan infrastruktur, pendidikan, kebajikan, kesihatan, keselamatan negara dsb.

"Konsep CBP diperkenalkan oleh pegawai cukai dari Peranchis pada tahun 1950an. Kini, hampir 90% penduduk dunia adalah di negara-negara yang melaksanakan CBP termasuk China, Indonesia, Thailand, Singapura dan India

Bagaimana CBP dilaksanakan?

CBP dikenakan ke atas nilai tambah di sepanjang rantaian pembekalan bermula dari pengilang sehingga peruncit. Pengeluaran dan penjualan akan melalui beberapa peringkat pungutan dan pembayaran CBP:

Mengapa perlu CBP?

CBP merupakan suatu sistem cukai yang lebih baik dan lebih adil berbanding dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (CJP). CBP akan:

a. Mengurangkan kos perniagaan

Di bawah CJP, setengah perniagaan membayar cukai berganda dan cukai di tahap yang lebih tinggi kerana berlakunya cukai atas cukai (cukai bertindih). Dengan CBP, perniagaan bermafaat kerana boleh mendapatkan balik cukai input atas bahan mentah dan perbelanjaan yang ditanggung. Kos perniagaan dikurangkan.

b. Mempertingkatkan daya saing global

Harga eksport Malaysia akan lebih berdaya saing di persada global kerana eksport tidak dikenakan CBP dan CBP yang ditanggung ke atas input boleh didapatkan semula di sepanjang rantaian pembekalan. Ini akan memperkukuhkan industri eksport negara, dan membantu negara untuk lebih maju.

c. Meningkatan pematuhan

CJP mempunyai banyak kelemahan tersendiri yang menyukarkan pentadbiran. CBP mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri dan dengan ini akan mempertingkatkan pematuhan.

d. Mengurangkan karenah birokrasi

CJP berkehendakkan peniaga memohon kelulusan bahan bebas cukai dan pengecualian khas untuk harta alih. Kehendak ini tidak perlu di bawah CBP.

e. Kesaksamaan

CBP dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada diperingkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.

f. Harga berpatutan kepada pengguna

CBP menghapuskan cukai bertindih di bawah CJP. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barang /perkhidmatan berbanding CJP .

g. Lebih Telus

CBP adalah lebih telus dari CJP kerana pengguna akan tahu sama ada barang atau perkhidmatan diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.

Tidak dikenakan CBP

Kita tidak membayar CBP ke atas setengah barang dan perkhidmatan :

i. Berkadar sifar

Pembekalan bercukai yang tertakluk kepada kadar sifar. Peniaga layak menuntut kredit cukai input di dalam menghasilkan pembekalan ini.

ii. Dikecualikan

Bukan merupakan pembekalan bercukai. Peniaga tidak layak menuntut kredit cukai input di dalam menghasilkan pembekalan ini, dan tidak boleh mengenakan cukai output kepada pembeli.

Sumber : KDRM

~ korang paham? yang aku paham satu perkara je..sapa byk beli barang dia yg banyak kena cukai GST/CBP ni..abis tu?tak payah la beli barang/berbelanja/shopping??duduk je kat rumah diam2 tak payah beli makanan dan keperluan harian..ke aku yang salah paham?
aku harap sangat agar dengan kenaan cukai ini harga barangan di pasaran akan kekal untuk tempoh masa yg lama sekalipun mustahil nak turun..ye la,selama ini pengguna yang menyerap harga cukai maka tiba masanya semua rantaian merasakannya sekali..aku dah tak dapat nak serap lagi dah..letih kena cukai ni..kekeke..incometax aku bayar woi...berlebih lagi aku bayar..zakat??of course la bro...

ntah lah...


0 comments: