Duit Raya..!!

|

(gambar pinjam dari collectorbox.blogspot.com)

Hari ni semua orang gomen gi opis dengan senyum lebar..ini adalah kerana mereka bakal mendapat duit raya..hahahaha...lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan menerima khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan akan memberi bantuan khas kewangan RM500 seorang sebelum 1 Syawal ini...fuhh,kompem dalam kepala hotak masing-masing tengah fikir macam mana nak ngabihkan duit ni..paling senang beli je lauk untuk raya nanti..daging,ayam dan rakan-rakan seangkatan dengannya..

Pemberian ini juga melibatkan orang pencen..huh..untung betul duduk negara Malaysia ni..dengan pengumuman ini akan melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta untuk kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara..hampir 1 billion..nampak gayanya macam tak de bonus la tahun ni..aduihh...

Apa pun terima kasih daun keladi kepada kerajaan Malaysia sebab perihatin pada kakitangan awam kesemuanya..hahaha..nanti hujung tahun jangan lupa bonus lagi...

~best wo dapat pegang not RM500 ni..hehehe..

0 comments: