Sepintas Lalu..

|

1. RILEK BRO..!!
6 September 2010 - Tan Sri Musa Hassan mengakui luahannya berhubung campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sebelum ini, adalah merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata, campur tangan itu yang melibatkan pengeluaran sesuatu arahan tanpa pengetahuannya, tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN.

"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar.

"Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan membelakangkan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Ditanya lebih lanjut tentang campur tangan itu, Musa memberitahu, sesetengah orang ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

- biar la bro..dah memang orang nak naya lu..sekarang lu duduk diam-diam..gi berlakon ngan adik lu ke..tak pun ikut abah lu ngajar muqaddam..lagi banyak pahala yang Allah bagi..biarkan mereka yang tak puas hati tu bertepuk tangan tapi sebenarnya kapal sedang bocor..biarkan..


2. ULANG TAYANG..

PUTRAJAYA 6 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat negara ini agar tidak mempersoalkan perkara-perkara yang sudah disepakati oleh para pengasas negara khususnya Perlembagaan Persekutuan yang berdasarkan kontrak sosial di antara kaum.

Perdana Menteri juga meminta rakyat untuk sentiasa mengelakkan diri daripada bertindak atau mengeluarkan tutur kata yang boleh mengguris perasaan kaum-kaum lain.

Beliau menegaskan perkara itu merupakan aspek penting dalam menjiwai gagasan 1Malaysia dan dapat menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional.

Najib yakin jika perkara-perkara itu dijiwai, ia mampu meredakan 'suhu panas' yang melanda negara sejak akhir-akhir ini.

''Kita semua selalu sebut tonggak negara ini adalah perpaduan nasional dan kestabilan politik dan ini akan terancam kalau kita tidak dapat menguruskan perhubungan kaum dengan begitu baik.

''Sebab itu gagasan 1Malaysia amat perlu difahami, dihayati serta diamalkan dan sehubungan itu saya harap para penjawat awam dapat menjiwai konsep 1Malaysia dalam apa saja perkara yang kita lakukan," katanya.

- Bos..dah banyak kali ulang ayat tu..sesekali cuba la buat tindakan..memang dasar kelompok mereka-mereka itu tidak mahu dan tidak akan cuba untuk memahami bahawa di sini adalah merupakan Tanah Melayu..

3. HAMPEH BOTO KAU NI...BOZO PUNYA OLANG..


Apsal tak de tindakan apa-apa kat bahalol ni hah?sebab dia ni pendatang ke?kalau amik tindakan kita ni perkauman ke?..ke sebab 1 Malaysia maka rakyat dimaafkan..

Nah amik kau..!!!

0 comments: