Tinggal Kenangan..

|

Aku dalam seminggu dua ni memang lemau.. semua yang aku buat serba tak kena.. serabut kepala otak aku ni.. ntah apa yang aku pikirkan pun aku tak tau.. kosong segala-galanya..

24 Jun lalu ayahanda aku yang dikasihi telah kembali ke rahmatullah..selang beberapa selepas itu, pada 26 Jun, pakcik aku pulak iaitu adik kandung ayah aku juga kembali ke hadrat ilahi..terduduk aku dibuatnya..begitu berat rasanya ujian dari Allah taala buat keluarga aku..

Sebagai anak aku sentiasa mendoakan agar roh almarhum ayahanda dan pakcik mendapat rahmat dari Ilahi..

Ya Allah.. Kau limpahkanlah rahmatMu kepada roh kedua ibubapaku dan juga saudara mara aku yang lainnya.. taburilah kubur mereka dengan titisan embun dari syurgaMu.. tempatkanlah mereka bersama para solihin.. Amin..

0 comments: