SELSEMA..

|

Dalam seminggu ini, kesihatan aku tak berapa baik.. musim pun tak menetu sekarang..tiap-tiap hari pasti akan turun hujan samada pagi, tengahari, petang maupun malam.. kadangkala sepanjang hari hujan berterusan tanpa henti hinggakan di beberapa negeri seperti Kelantan dan Kedah banjir mula menyerang dan menggugat kehidupan seharian mereka..

Aku masih bersyukur kerana hanya demam selsema dan batuk sahaja.. nasib baik tak banjir kat Seremban ni.. tapi dalam pada itu, cuak jugak ku nak gi keje kalau hari hujan.. almaklumlah, harus menempuhi bukit bukau dan cerun yang agak dalam.. kejadian tanah runtuh akibat hakisan tanah pernah berlaku.. alhamdulillah, anak-anak aku semuanya sihat dan tak berjangkit selsema ini kepada mereka.. cuma wife aku je terjangkit.. hehehe

Aku masih lagi menunggu hasil siasatan SPRM terhadap aku ni.. tu pun antara penyumbang kepada sakit kepala dan demam aku.. ikutkan hati mahu saja aku terajang 'malaun' tu.. tapi kali ini aku ingin sekali mencuba pendekatan terbalik.. dia garang aku lembut.. dia kasar aku halus.. dan aku nampak 'malaun' ni semakin tension dengan karenah aku yang tak pedulikan dia langsung kat opis tu.. ye lah, kalau dah staff aku patutnya ikut la cakap aku.. ni tak, dia saja yang betul.. memang la kaduk naik junjung..

Apapun aku berharap masalah ini akan selesai secepat mungkin.. dah tak mampu aku nak tengok muka 'malaun' ni lagi kat dalam opis..

Aduhai...


0 comments: