Goyang beb..!!

|



Tengok pada lambang je dah ramai yang berpoluh,menggigil,cemas,risau,tak senang duduk,tak lolap tapi berdengkur jugak dan mcm2 lg karenah luar biasa akan berlaku termasuk la aku ni..apa taknya,selama ini aku rasa apa yg aku buat utk kebaikan bersama,keuntungan bersama,kebajikan bersama serta segala2nya bersama (makan seramai laa kata setengah orang) telah disalah anggap oleh sesetengah pihak...

Tapi dalam kes aku ni bukan masalah salah anggap tapi lebih kepada sakit hati,dengki,busuk hati dan pelbagai lagi sifat negatif datang untuk mengenakan aku..aku tak berdendam tapi setidak-tidaknya aku harap 'malaun' ni sedar yg niat dia tu tak elok..aku jgk sering berdoa agar perbuatan itu hanya Allah jua yg akan membalasnya dan aku akan tuntut bila tiba di 'mahkamah agung' nanti..

Selain dari busuk hati,'malaun' ni berbangga kerana telah berjaya menyusahkan aku serta beberapa orang yang berkaitan..tak pe..aku redha..mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini dan mana tahu ianya juga mungkin satu kaffarah atas dosa-dosa yang pernah aku buat ataupun kelalaian aku terhadap perintahNya..

Selain itu,benarlah kata orang tua-tua 'kawan ketawa ramai tapi amat sedikit kawan menangis'..disaat aku menghadapi kesukaran dan musibah ini, ramai yg menjauhi diri aku dengan harapan mereka tidak terlibat sama serta tidak dikaitkan dgn sebarang salah laku..sekali lagi,TAK PE..setidak-tidaknya mulai saat ini aku kenal hati budi masing-masing serta dapat menilai siapa teman siapa musuh..yang duduk atas pagar pun ada..pun TAK PE jugak..

Aku serik dah nak berlembut,bertimbangrasa,terlampau berlembut dan berbaik-baik sampai dipijak kepala..bukan aku mengharapkan simpati dan balasan..namun,sekurang-kurangnya kenanglah apa yang telah aku buat utk mereka..ye lah,dah nama pun manusia mana pernah nak hidup susah kerana orang lain..masing-masing nak lepaskan tengkuk sendiri..

Tunggulah nanti..suatu hari..suatu ketika..akan tiba masanya....

0 comments: