Permulaan Detik Gemilang..

|

Gambar hiasan


Hari ini hampir 50 ribu ibu bapa yang tersenyum gembira kerana dapat mengecapi dan melihat kejayaan anak mereka meraih keputusan 5A di dalam peperiksaan UPSR yang telahpun diumumkan semalam..tidak kurang juga ada yang mengeluh kerana dilaporkan bahawa lebih daripada 3 ribu pelajar pula yang mendapat 5E.. antara 5A dan 5E ini pastinya ramai juga yg mendapat keputusan yang pelbagai dan bercampur baur hurufnya..

Pagi ini juga tatkala memandu ke tempat kerja seperti biasa aku gemar 'on' channel Sinar..dan topik yg dibincang pun sekitar emosi dikala keputusan UPSR ini diumumkan..memang ceria dgn gelagat dan celoteh SY,KE dan Kyrill walaupun ada jgk dikalangan sahabat aku yang menyampah dgn mereka tp bg aku sahabat aku ni pun bukanlah akademik sgt kalau bercakap pun..

Sebagai bapa yang mempunyai anak, aku juga mengharapkan anak aku akan mencapai keputusan yang cemerlang seperti anak orang lain..sama-sama berkongsi kegembiraan atas penat lelah dan usaha demi mendapatkan lima keping huruf A..dulu aku tak de la cemerlang sangat tp kira ok aje dgn keputusan 4A1B..pun aku jugak tak dapat masuk mana-mana asrama penuh kerana kuota di bandar amat terhad..begitu rupanya sistem pendidikan di malaysia ini..bagus jugak untuk menggalakkan dan meramaikan anak-anak luar bandar mengecapi nikmat belajar di sekolah asrama penuh..

Tapi akhirnya berjaya juga aku melangkah ke menara gading dan perjalanan pembelajaran aku juga tidak pernah tersekat-sekat..tak pernah la aku repeat paper untuk mendapatkan segulung ijazah..alhamdulillah berjaya juga..mungkin berkat usaha guru-guru aku di sekolah menengah yang berjaya mendidik dan menyedarkan aku dan paling utama doa restu ayahbonda..terima kasih semua..

Cuma dikala aku melihat dan meninjau sekolah anak aku,didapati murid-murid dikelas bawah agak ketinggalan dalam beberapa aspek..ketinggalan dr segi pelajaran, ketinggalan dr segi perhatian guru, ketinggalan dr segi belaian ibubapa dan mcm2 lagi..seumpama tidak adil bagi mereka yg agak kurang cerdik ini dianaktirikan oleh sekolah..pastinya ibubapa mereka mengharapkan 100% didikan dan perhatian guru..maka aku amat-amat risau jika anak aku tercicir dek kerana sistem pendidikan kita memang sebegitu..Kelas A hanyalah utk yg terbaik dan kelas J dikalangan pelajar yg terendah markah peperiksaan mereka..dah la pemikiran kanak-kanak ni belum matang,ditambah pula dengan layanan guru yang juga bagi aku kurang memberi perhatian dek kenakalan murid tersebut..

Point aku untuk entry ini hanya lah satu : keputusan UPSR hanyalah permulaan detik kejayaan..andai tidak disusuli dengan bimbingan yang berterusan maka tidak mustahil disaat keputusan SPM nanti pelajar 5A UPSR ini akan mendapat 9E pula..UPSR bukan penentu kejayaan akademik seseorang dimasa hadapan..maka kepada yang kurang berjaya mendapat keputusan cemerlang semalam,masih ada ruang untuk memperbaiki rekod dan masih ada kesempatan untuk memilih jalan yang terbaik untuk masa hadapan..moga berjaya..

boboi...!!!

0 comments: