LOBAI..LOBAI.. Ntah laaa

|

Sekali lagi dia buat hal...

Apa yg berlaku sehari dua ni agak meriuhkan komuniti agama (JAIN,MAIN,Jbtn Mufti & Kehakiman Syariah) serta masyarakat Islam. Apa taknya..seorang mantan mufti ditangkap kerana tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama..sekilas pandang kita sering berfikir bahawa perlukah orang yg berstatus agamawan (betul ke? peduli apa aku..!!) mendapatkan tauliah bagi pengajaran mereka..

Maka episod tegur menegur pun berlaku..semua orang nak ulas,komen n beri pandangan..termasuk lah pihak JAIS dan juga lobai sorang ni hatta PM sendiri pun bg komen (sah la handal lobai ni)..
2hb Nov 2009
-Lobai ni mempersoalkan isu beliau dibawa ke Mahkamah untuk perlanjutan bon..dah tak paham tatacara jenayah duduk diam2 la lobai..
3hb Nov 2009
-Pengarah JAIS mengulas bahawa penahanan lobai ini bukan dibuat secara semberono.. beliau telah beberapa kali diberi surat ttg perunya mendapatkan tauliah untuk mengajar agama..

Semua negeri begitulah peraturannya..mustahil bagi seorang bekas mufti tak maklum..atau beliau rasa dah terlampau besar kepala berikutan adanya YB-YB yang akan mempertahankan haknya maka tak perlu lagi mendapatkan tauliah..??

Bagi aku banyak isu yang perlu kita pandang dlm kes sebegini..

1. Peraturan/undang2 mensyaratkan pentauliahan perlu diambil sebelum mengajar agama adalah standard bg semua negeri2 di Malaysia..ianya digubal dan dibentangkan dalam DUN bagi mendapat kelulusan pengwartaan..apakah pada masa itu YB-YB ni berfikir bhw peraturan ini hanya untuk golongan hijau semata2 hingga tak fikir panjang meluluskan draf tersebut?

Peraturan ini meliputi semua orang termasuk mereka2 yg berkhidmat di institusi agama sekali pun.. peg jbtn mufti,peg jbtn agama,tuan kadi,tuan imam,tuan guru tiada pengecualian ataupun hak istimewa diberikan..apa lagi mau kecoh lobai??

2. Seringkali kita mengeluh ttg hak keistimewaan orang2 Melayu..Melayu tidak dpt lari dari kita memperkatakan ttg Islamnya mereka..istimewanya orang Melayu ialah secara otomatik mereka ini beragama Islam walaupun kdg2 tak melambangkan sebagai seorang Muslim..seringkali juga kita mengeluh bahawa institusi agama Islam ini tidak dihormati..aku nampak bahawa selagi orang Islam sendiri tak hormat maka selamanyalah hingga kiamat tak kemana Islamnya di Malaysia..

Yang ini bekas mufti pun mempertikaikan serta tidak mengendahkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri..apa lagi yang kita harapkan dari orang awam???sapa lagi nak hormat institusi agama Islam ni..??bagi aku sesiapa mempertikaikan kuasa agama yg ditadbir dan diuruskan oleh institusi agama ini maka otomatiknya mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu..mempersoalkan kuasa Majlis Agama..menghina Mufti Kerajaan Negeri serta tidak mengendahkan undang2 yg dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri itu sendiri..takkan itu pun tak nampak..bahalol lah..!!!

3. Sikap individu itu kadang2 dapat disembunyikan..tapi dr tingkahlaku,gerak gaya badan,tuturkata kita dapat menilai sedikit sebanyak sifat sebenar mereka..jelas pada aku yg mantan mufti ni tak boleh ditegur..dia sorang je pandai,alim,bijak dan segala2nya yg 'world' (pinjam ayat Mawi) ada padanya.. bekas pelajar Jordan pertengahan tahun 90an kenal siapa dia lobai ni.. mmg tak boleh ditegur.. budak2 Arab pun pernah dilempangnya dek kerana melempar kepalan salji..cakap dia sorang je yang betul,valid,sah dan mempunyai hujah dalam kitab yg muktabar..nasihat aku, ubah la perangai supaya dpt menjadi 'qudwah' kepada masyarakat..

Aduuuhaaiii....

0 comments: