Lawatan

|


Setiap hari untuk pergi ke kelas kena jalan kaki dan naik bas..dari rumah ke bus stop pun lebih kurang 1 km..naik bas turun bas..naik lagi turun lagi..lepas tu menapak lagi dalam 1km..hari-hari macam ni boleh sihat jantung anda..


Berjalan kaki ke sekolah..ehh kelas ada masanya seronok kalau cuaca elok..terjumpa pulak kedai ni..agaknya windmill kat Seremban 2 tu sempena kedai ni kut...hahaha


Kebanyakan hari hujan..jadi suasana dingin dan beku terasa sampai ke tulang..tapi bila berjalan dapat mengurangkan sedikit kesejukan anda..


Pada tahun 2012 ini, pihak JPA dan JAKIM menghantar pelajar pada musim sejuk..kebiasaannya pelajar sebelum ini datang ke London pada musim panas dan bunga..maka mereka akan menetap di Thames Valley University..musim sejuk bermakna sessi semester telah bermula..hostel penuh serta rumah-rumah sewa yang elok pun dah penuh..


Tahun ni pelajar MCL bersetuju untuk memasak lauk pauk di rumah dan membawa ke kolej untuk makan tengahari..nasi masak di kolej je..time makan kami makan bersama dengan kakitangan yang ada di situ..
 


Hari ketiga kami diajar cara untuk menaiki TUBE..lebih kurang macam LRT kat Malaysia tu..sistem ini amat berjaya menyurai dan mengurangkan kesesakan bandar London..


Destinasi yang dituju adalah Wesminster..apa yang ada di sini? banyak juga dan ianya menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar England..yang ni Big Ben..aku rasa hasil bijih timah kat Perak tu la yang menjadikan bangunan ni berjaya dibina..


Salah satu tarikan utama London..Eye of London..


Peluang bergambar tak akan dilepaskan begitu saja..nak update pesbuk le tu...:P


Macam nak hujan je ni..


Bersiar-siar menaiki bot juga salah satu lagi tarikan utama pelancong di sini..


Bangunan yang besar tu adalah Kementerian Pertahanan..


Eceh...bergambar lagi..


Sekadar gambar hiasan..



Kami ke Hospital St. Thomas untuk menumpang solat di surau yang disediakan..ramai juga pekerja di hospital ini yang beragama Islam..alhamdulillah..

Selesai sessi lawatan ini kami semua terus balik dengan menaiki tube..tiket yang dibeli secara kumpulan (minima 15 orang) akan menjadi lebih murah melebihi 50% dari harga asal..di London ni kalau bergerak je memang kena bayar..padan laa London dikatakan antara kota yang termahal di dunia..

0 comments: