Kembara Ilmu

|

Alhamdulillah masa ni dah selamat tiba di kota London..banyak jugak dugaan dan cabaran untuk aku mendapatkan sedikit sebanyak peluang untuk melawat negara orang sambil menuntut ilmu serta mempelajari cara hidup dan budaya masyarakat di sini..

Aku amat berterima kasih kepada pihak JAKIM kerana telah memberi peluang kepada aku untuk mengisi kekosongan yang ada..jadi pemain gantian pd masa separuh kedua pun ok apa...hehehe...juga kepada pihak JPA yang telah meluluskan aku ke sini..tak lupa kepada JHEAINS yang telah memberi pelepasan kepada aku walaupun sebelum ini aku pernah mohon tapi tak diberi peluang..


Janji kat airport kul 8 malam..heheh..biasa la janji dicapati..apa pun yang penting selamat check in luggage..memula tu lebih dalam 80 kg..huiyoo..memang gi kursus ke gi makan2 ni..hahaha...yg berat tu semua barang makanan dengan baju2 winter..tp dapat di selesaikan dengan baik..kontra sana sini lepas jugak barang2 tu semua..tq MAS..


Selesai check in masa untuk mendengar taklimat dan amanat dari YBhg Dato' KP JAKIM..terima kasih atas kesudian Dato' meluangkan sedikit masa bersama kami semua..


Semua tekun je dengar..tapi ntah apa la yang difikirkan...:P


Lambaian terakhir dari keluarga..selamat tinggal semua..insyaAllah Disember nanti kita berjumpa semula.. huhuhuhu...sob..sob..sob..memang touching time ni..kut tak cover macho dah lama banjir KLIA tu..terima kasih pada JPA yang telah upgrade tiket ke Kelas Bisnes..naik pulak Airbus A380..huhuhu..mmg berbaloi untuk perjalanan selama 13 jam ni..tapi bagi aku best camana pun tidur kat atas katil sendiri lagi syiookk..aku dapat lelap dua tiga jam je..pastu terjaga langsung payah nak tidur..


Alhamdulillah selamat tiba di LHR jam 5.50 pagi waktu tempatan dan berjaya melepasi halangan imigresen dan kastam tanpa sebarang masalah..luggage pun tak kena periksa apa lagi nak kena bukak..memang betul jangkaan pihak JPA time ni kastam tengah pasif..hehehe..


Hahaha..masing2 gayat..apo tak eh.. asal bercakap keluar asap..hombuih napeh pun borasap deh...masa turun ni suhu sekitar 4 darjah celcius..menggigit tulang jugak..nasib baik dah stanby baju dan apa yang patut..


Tolong menolong antara satu sikap yang perlu ada bila bermusafir secara berkumpulan..kalau tak memang kau jadi kera sumbang...hahahaha..


Muka-muka gembira campur penat..


LHR..antara port yang paling sibuk dalam dunia..


Matahari di awal pagi..harap2 panas la skit hari ni..bulan Disember sok nanti ntah camana laaa agaknya..


Dah sampai di kawasan penempatan..Acton Town..kejiranan mmg best..sunyi je..kami dibekalkan dengan 2 buah rumah..pembahagian dibuat mengikut suka hati sendiri..hehehe..satu kat Brassie Ave satu lagi kat Fairway Ave..aku amik yg kat Fairway..bukan pilih pun tapi malas nak rebut2..asalkan ada tempat aku nak letak kepala pun jadi laaa..datang bukan nak berehat..


Sessi mesyuarat untuk penyelarasan kerja dan bahan2 mentah..ingatkan dapat duduk serumah bersama..rupa2nya kena berasingan jugak..tak pe lah..pihak Muslim College tak sempat nak uruskan penginapan kerana tempoh persetujuan dari JPA pendek..sekarang dah mula semester jadi rumah sewa dah banyak yang dah berpenghuni..


Rumah ni mmg cantek dan selesa..tapi aku tak duduk sini daaa..rumah aku lain..buruk banyak..hahaha..antara masalah yang timbul ialah keselesaan..kena berkongsi bilik satu hal..tapi yang paling hampeh ialah alat pemanas rumah aku tak berfungsi..adoiii..macam duduk dalam peti ais ( 'petes' kata anak aku )..memang rasa nak balik malaysia je rasanya..nasib baik ada wifi free..laju plak tu..sejuk skit hati ni..

Dah tu beli la ( bukan kitaorang tapi organizer la ) pemanas letrik..baru nak panas je bilik terus blackout..adoii..overload pulak..macam2 dugaan ni..tapi alhamdulillah dapat diselesaikan..setiap bilik dapat satu pemanas..kurang2 tak la tebal selimut..tapi nak masak, nak gi toilet, nak makan, nak tengok tv ( hampeh boto..dapek 1 channel je..ntah po namo eh ) masih tahap peti ais..sabar yo laaahhh..

Cadangan kepada pihak JAKIM dan JPA : kursus musim sejuk ni sebaiknya tak payah le...kalau still nak buat pastikan dah booking rumah awal2..kalau tak jadi laa macam ni..kalau dapat beli lagi bagus..dah lebih 20 tahun kursus ni berjalan tapi masih menyewa..lagi pun banyak agensi lain yang pasti akan berkursus di london ni jugak..

Cadangan untuk Muslim College : sama juga..kalau ada lebihan dana buat le asrama untuk student luar..sebagai tuan rumah kena laa melayan tetamu..ye dak..hehehe...

0 comments: