Kembara Ilmu Pt.II

|

Alhamdulillah..permulaan yang baru bagi semua peserta kursus kali ini..belum sempat menghilangkan penat mengharungi perjalanan yang jauh, kena pulak menghadiri kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan..dengan semangat yang membara perjalanan pun bermula..


Belakang dari kiri : Samal (Sabah), Zarakkhan (Sabah), Nik Zulhaiza (T'ganu), Zakaria (Pahang), Yusoff (Penang), Abdul Ghani (KL), Paimuzi (D.Quran), Mohd Fadzil (ILIM), Mohd Sodri (T'ganu), Luqman Jamil (Melaka), Zaiton (KL) dan Kartini (Sarawak).
Depan dari kiri : Kamarul (T'ganu), Norjeli (Sabah), Yusree (Johor), Rozimi (N9) dan Abdul Nasir (Jakim).
Tiada dalam gambar : Halid (Johor)


Masing-masing cemas nak naik bas..takut salah bas...hahaha...first time pakai kad Oyster..


Salam pengenalan dari pensyarah dan pentadbir Muslim College..
Dr kiri : Prof. Abdul Ali Hameed, Imam Shahid Raza, Prof. Gamal Solaiman dan Dr Faisal Hameed.


Ini perpustakaan Muslim College..


Bilik Mesyuarat..


Kelas..huiii..tak ada heater..


Lepas tamat sessi taklimat dan solat zohor, semua dah lapar..tak tahu kemana nak makan..akhirnya juruiring Shah Wiqar membawa kami ke sebuah restoran Turki di Acton Town..


Ini nama dia Lamb Kofta..harga 6.50 pound..tak payah darab 5..nanti tak lalu nak makan..


Shah cuba membuat aksi mangsa kebuluran..


Lepas makan kelas pun bermula..


Masing-masing tekun mendengar.. paham tak paham belakang cerita..Pakistan English..


Ni lah dia Muslim College...sebuah rumah yang dijadikan pusat pendidikan dan juga tempat berkumpul masyarakat Islam di sini..majoriti masyarakat Islam di England adalah kaum Pakistan..

0 comments: