Tak Berbau..

|


Hari-hari aku ulang alik kerja lebih kurang 70km..satu perjalanan yang bagi aku agak biasa dan tak jauh mana walaupun agak menyakitkan poket nak mengisi petrol yang dikira sedikit membebankan..tayar pun cepat je nak licin..orang cakap 'alah bisa tegal biasa', perjalanan yang berliku-liku menjadi lurus dek kerana melaluinya setiap hari..sesekali time gi keje tu rasa macam dalam filem Initial D pun ada..kawasan bukit bukau berkabus bersama selekoh-selekoh tajam yang boleh mengundang padah..

Cuma kalau dah terlampau biasa hingga mengambil mudah bakal membawa padah..setakat ni dah banyak kemalangan yang aku temui sepanjang tahun lepas..yang ringan hinggalah kepada kemalangan maut..yang di atas itu salah satu darinya..malang tidak berbau, dalam pada berhati-hati pun boleh kena..cuma dalam banyak-banyak kemalangan tu aku dapati hampir kesemuanya atas faktor kelalaian dan sikap..

Aku sentiasa berdoa dan berharap semoga perjalanan aku setiap hari dalam lindungan Allah jua..Amin..

Macam tu la..

|

Utusan Online

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Peguam yang menimbulkan kontroversi kerana mempertikaikan azan, Ng Kian Nam hari ini memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas kesilapannya itu.

Katanya, perkara itu terjadi kerana beliau sebenarnya tidak tahu membezakan antara laungan azan dengan ceramah ataupun kuliah subuh.

“Saya perlu jelaskan saya tidak pernah meminta ataupun berniat untuk menghentikan atau mempertikaikan azan yang merupakan elemen yang begitu penting dalam sembahyang umat Islam.

“Saya perlu mengaku tiap-tiap orang ada kelemahannya termasuk saya. Sebagai seorang bukan Muslim, semasa saya tulis surat tersebut, saya langsung tidak tahu membezakan antara azan dan ceramah.


~ Arwah ayah selalu cakap = kalau tak tahu, tanya..jangan jadi tengin..!!

Apa masalah kau..??

|


Menurut Wikipedia - Paria atau Paraiyar ialah satu kumpulan sosial (kasta) di India kuno, yang tarafnya dianggap sama dengan binatang dan tidak diakui keadaannya. Paria mengalami diskriminasi dan penderitaan yang sangat teruk pada masa itu. Namun pada masa ini hak asasi manusia mereka sudah diakui banyak negara termasuk India, maka daripada itu perbezaan warna kasta sudah beransur-ansur hilang.

Utusan Online -

Dekan Fakulti Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ambigapathy Pandian berkata, dari sudut akademik, Interlok telah ditulis dengan begitu baik sekali dan tidak mempunyai apa-apa masalah.

Menurutnya, pembaca sebenarnya perlu membaca dari muka surat pertama sehingga ke akhir untuk memahami apa yang hendak disampaikan penulis melalui Interlok.

“Ia bukan isu orang India di negara ini tidak boleh menerima hakikat siapa mereka. Tetapi ia lebih kepada sikap sesetengah pihak yang memanipulasikan isu ini.

“Apabila ada pihak yang bertindak demikian, maka ia telah menyebabkan kaum India tersalah tafsir.

“Bagi saya buku ini bukan masalah tetapi yang penting adalah bagaimana kita menggunakannya untuk memahami makna sebenar ceritanya,” katanya.

~ Siapa yang bingai sangat nak manipulasi isu ni? apa yang diaorang ni dapat? kalau nak jadi isu dah lama mendiang Tan Sri M.G Pandithan bersuara dalam Parlimen..

Bahalol..!

Panasnya sekarang..

|

Makin lama Malaysia merdeka semakin banyak perkara yang sensitif dibicarakan secara terbuka..sudah tiada lagi semangat toleransi dan persefahaman yang wujud antara kaum yang kelihatan..yang ada cuma ketika meraikan sambutan upacara keagamaan dan berbentuk nasional semata-mata..apa kejadahnya nak sebut lagi kontrak sosial dan statut yang termaktub dalam perlembagaan jika dibandingkan dengan hak kebebasan bersuara..WTF..!!


Laungan azan telah berkumandang semenjak dari tahun pertama Hijrah Rasulullah SAW..dah lebih 1400 tahun yang lampau..semenjak merdeka juga di mana-mana masjid dalam Malaysia ini telah melaungkan azan apabila tibanya waktu solat fardhu lima waktu..jadi, apa masalahnya sekarang ni? azan telah disyariatkan oleh Islam sebagai satu seruan kepada umatnya supaya berkumpul dan mengerjakan solat..untuk memastikan fungsi dan objektif pensyariatan azan ini tercapai maka perlu dilaungkan dalam nada yang lantang dan jelas kepada ahli kariah..apa kejadahnya nak azan kalau orang tak dengar..!!

Aku bukannya ekstremis apatahlagi terroris..cuma dalam hal ini tak dapat rasanya nak bertolak ansur..dah terlampau banyak masyarakat Islam Malaysia ini tertolak dan teransur ke tepi sampai dah masuk dalam longkang..sesekali perlu bertegas terutama yang berkaitan dengan syiar Islam..belum ada dalam sejarah manusia menjadi pekak atau tidak siuman kerana mendengar laungan azan..

Hampeh..!

Memecah Kebuntuan

|

Agak lama jugak aku tak menulis..dan rasanya memang dah lama..seperti biasa alasan busuk yang semua orang akan pakai ialah - sibuk.. hahaha.. ni bukan main-main lagi tapi tahap dewa punya sibuk di hujung tahun yang lalu.. maka aku menjangkakan di awal tahun ni dapat la tempoh berehat sementara membuat perlaksanaan perancangan tahunan..


Rupa-rupanya, sama jugak.. bermula dari sasaran kerja tahunan, perancangan program peringkat daerah untuk sepanjang tahun membawa kepada persediaan menghadapi event yang besar.. untuk jangkamasa yang terdekat ini, Negeri Sembilan akan bercuti.. yeehaaa.. 14 Januari adalah merupakan Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni al Marhum Tuanku Munawir yang ke 63.. jadi sebagai rakyat jelata dan penjawat awam perlu menyiapkan keperluan bagi sambutan ini..baginda merupakan Ketua Agama Islam dan menjadi tunjang bagi Islam di Negeri Sembilan..Daulat Tuanku..



Tak sempat nak berehat di susuli pula dengan sambutan yang lebih besar dan mulia iaitu bersempena dengan kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiul Awwal bersamaan dengan 15 Februari 2011.. aku rasa ramai yang lebih ingat dan nak celebrate valentine daripada Maulidur Rasul ni.. huhuhu.. kaya tokeh bunga lepas ni.. untung di kaut setahun boleh makan punya...

Dalam pada itu, isu terhangat masa kini adalah berkaitan dengan YB Menteri yang menerajui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.. aku pun tak tau apa yang kecoh sangat orang kita ni.. aku bukanlah minat sangat ngan politik tapi dari segi logik akal memang tak terjangkau pemikiran aku yang dia ni desperate nak melopeh kan 'air'..logik akal aku very simple, dengan jawatan dan tahap kewangan yang dia ada takkan la nak tibai seorang amah.. lain la kalau ada isu dengan artis atau mana-mana model..adoii..sangap bonar ko?

Yang nyata pada aku dari isu ini ialah pilihanraya bakal menjelma tidak lama lagi..HAHAHA.. bersedia lah kita mengasah pensil..

Zaman Berubah..

|

Aku ingat lagi dulu-dulu masa zaman aku belajar ramai yang kecoh pasal penggunaan jenama arak pada pakaian dan lain-lain aksesori..masa tu yang top brand 'Budweiser'..lepas tu senyap la kejap..tak lama kemudian kecoh plak lagi dengan remaja yang berbangga memakai salah satu pasukan EPL iaitu Liverpool dengan menayangkan 'Carlsberg' kat dada diaorang..punya la eksen anak-anak muda ni menjadi duta kecil mempromosikan arak ni ke serata tempat..


Sekarang ni pelik gak aku bila nampak ramai yang tak kesah bila pakai baju yang mempamerkan jenama Jack Daniel ni..diaorang ni tak tau ke, tak perasan ke, aku pun tak paham..best sangat ke kalau dapat bagitau orang lain yang kita ni pemabuk..kat pasar malam hatta bazaar Ramadhan baru-baru ni pun aku tengok banyak kedai yang menjual baju T yang tertera logo macam ni..bangga sangat ke kalau dapat minum whiskey ni..aku tak paham betul la..

Agaknya diaorang dapat duit kut jadi model iklan untuk air kencing setan ni...

Sekali Lalu..

|

1. Utusan Malaysia Online

PUTRAJAYA 22 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan sebarang transformasi kerajaan dan ekonomi yang diusahakan ketika ini tidak akan berlaku tanpa perpaduan nasional antara kaum dan agama.

Tegas Perdana Menteri, di mana-mana negara di dunia sekali pun jika pemerintahnya asyik bertumpu kepada soal pembangunan dan ekonomi semata-mata, negara terbabit boleh hancur lebur apabila ketegangan kaum dan agama bermaharajalela.

Sebab itu, kata Najib, selaku ketua kerajaan beliau memberi sokongan padu dan terbuka kepada Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama yang dipengerusikan oleh Penyelaras Khas Jemaah Menteri, Datuk Ilani Isahak.

Menurut beliau, jawatankuasa tersebut berfungsi sebagai satu platform dan mekanisme penting yang mampu membendung ketegangan antara kaum yang mungkin timbul daripada kenyataan-kenyataan berunsur kontroversi dan perlakuan provokasi.

~ tak kesah la mcm mana pun dan apa juga peranan jawatankuasa ni..bg aku dah sampai masanya kita bertegas dalam berlembut..dah lama kena tolak dan kena beransur ni..


2. Utusan Malaysia Online

JAKARTA 22 Sept. – Kira-kira 500 rakyat Indonesia melancarkan protes bermotosikal di luar kediaman Duta Besar Malaysia di Jakarta hari ini untuk mengutuk penderaan ke atas pembantu rumah dari negara ini oleh majikan di Malaysia.

Berang dengan kes terbaru membabitkan rogol dan dera terhadap seorang pembantu rumah Indonesia, mereka mengepung kediaman Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan mendesak beliau meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari.

Mereka juga mengancam untuk merayau-rayau di sebuah gedung membeli-belah berdekatan dan mengarahkan mana-mana rakyat Malaysia yang dijumpai supaya pulang ke Malaysia.

“Kami mahu Duta Malaysia meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari. Jika tidak, kami akan mengeluarkan semua barang di rumahnya.Malaysia sudah melampau. Sekali lagi mereka menyeksa dan merogol pembantu rumah kami. Kami sudah hilang sabar. Mereka menghina Indonesia dan rakyatnya,” kata anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), Mustar Bonaventura.

~ poie mampuih la korang..Presiden kau dah tak de isu lain ke nak alihkan dari kepala otak rakyat..yang sepatutnya isu korang ialah kenapa kerajaan korang tak dapat membantu rakyat sendiri..bahalol..


Adios..