Tau Tak Tau Liah..

|


Hahahaha..lawak paling sengal dan bodoh aku pernah jumpa..kalau buat pilem leh pecah panggung ni..tahap dewa dia punya lawak..tapi lawak ke benda ni..??

Apa yang jadi isu sangat tentang tauliah ni..sejak zaman berzaman tauliah ni dah wujud..bukan cerita baru bai..tak percaya? boleh tanya Tuan-tuan Guru zaman tahun 50-an yang kesemuanya mendapat surat tauliah daripada istana untuk mengajar agama...tak pernah baca sejarah agaknya..cakap bergegar dunia tapi ilmu tak de..sah bahalol..

Mewujudkan undang-undang pentadbiran berkaitan tauliah sejajar dengan kehendak semasa..termasuk dalam norma preventif yang dapat menjaga kebaikan dan kemaslahatan masyarakat secara total..bukan atas kepentingan individu mahupun sekelompok manusia..

Cubo kau semak guru-guru yang mengajar di sekolah..semua ada tauliah mengajar iaitu Diploma Perguruan..samada dia ada M.A ke PhD ke tak penting bagi Kementerian..jurutera-jurutera yang ada di Malaysia ni berapa ramai yang dapat pakai Ir. pada awalan nama..?? dunia kaunselor juga telah mewujudkan badan untuk mengiktiraf kaunselor yang berdaftar dan bertauliah..itu semua perkara dunia...

Jadi, apa yang kecoh sangat kalau jabatan Agama mensyaratkan tauliah untuk mengajar agama..??ni soal akhirat ni..esok kalau orang tak tentu arah mengajar agama sampai kecoh satu malaysia siapa yang kena marah???jabatan agama jugak..

Kemon laaaa...pakai akal skit kalau nak bercakap tu..

0 comments: