Siapa Mereka dan Keluarga Mereka..??

|


Seseorang itu apabila dia berkata-kata, manusia akan menilai percakapan dan isinya..dari situ mereka akan tahu samada si penutur itu seorang yang cerdik pemikirannya ataupun sekadar seorang yang biasa saja mahupun seorang yang bebal tahap bangang..maka apabila kita nak memberi pendapat ataupun pandangan biarlah sesuatu yang menampakkan kecerdikan kita sesuai dengan taraf sosio ekonomi dan pendidikan kita..

Beberapa hari lepas aku ada terbaca artikel yang dipetik dalam The Star Online..ikutkan aku malas nak komen isu yang diperdebatkan kerana nanti ianya bersifat politik..tapi pada sudut ilmiahnya jelas menampakkan betapa bangang telah menguasai pemikiran si penutur..

Pelajar dan pengamal undang-undang bukannya tak tahu bahawa undang-undang yang diwujudkan mesti bersifat mencegah..nak mencegah pula mesti sesuatu yang boleh menakutkan atau menggerunkan hati manusia..setiap hari kita boleh tengok dan dengar berita berkaitan kes jenayah yang melibatkan kecurian dan pembunuhan..bagi aku, itu bukan salah PDRM tidak rajin bekerja tetapi undang-undang yang ada GAGAL menghalang pelaku daripada melakukan jenayah..

Secara warasnya, kita boleh agak siapa yang akan/mahu mencuri kalau kesan dan akibat dari perbuatan itu boleh menyebabkan pelakunya dipotong tangan..pun begitu, tidak sewenangnya hukuman itu dilaksanakan..perlu juga kepada perbicaraan dan pensabitan kes dalam mahkamah..mana-mana penzina tegar akan pikir 1000 kali nak berzina..gila kau nak kena rejam/sebat..

Apa yang ditekankan oleh syariat Islam berkaitan hudud bukanlah hukumannya (samada bunuh balas bunuh, potong tangan, rejam atau sebat) tapi yang lebih UTAMA adalah pencegahan..dalam kata lainnya manusia tak akan terfikir untuk melakukannya..kalau terfikir pun pasti akan terhalang dek gerunnya dengan hukuman yang bakal diterima..pemikiran dan pemahaman umat itu lebih utama..MENCEGAH la bodo..bukannya nak hukum..bangang..!!

Letih laaa..!!!

0 comments: