Penat..

|

Sepanjang bulan Februari lalu aku kepenatan..macam-macam perkara nak dilaksanakan sempena masuknya tahun baru..Maulidur Rasul peringkat daerah dan negeri..lepas tu Majlis Tilawah al Quran lagi..huhuhu..memang penat tetapi terasa amat berbaloi andai tiada kecacatan yang disengajakan berlaku..

Namun, tak semua perkara berlaku seperti yang kita rancangkan..ada kalanya berlaku juga kesilapan dan kelemahan dimana-mana..cuma yang amat memedihkan ialah dek kerana kelalaian dan seakan-akan disengajakan..tak ke hampeh namanya..amat mudah menuding jari kepada orang lain bila musibah menimpa..amat payah nak mencari orang yang sanggup dan boleh memikul bebanan kesilapan yang berlaku..mana aku nak letak muka pun tak tau..

Selesai satu bab..datang pulak hal lain..aku cukup tak paham dengan jenis manusia yang sentiasa memikirkan keuntungan sendiri sahaja..semua benda nak free..semua hal nak subsidi..setiap perkara yang kita hendak laksanakan tentu ada peraturan dan dasarnya yang tertentu..belas ihsan dan budi bicara adalah bergantung kepada keadilan semua pihak..malangnya tak semua orang berfikir menggunakan otak..banyak yang lebih menggunakan kepala lutut..maka perlaksanaan program juga akan terjejas dek melayan seekor nyamuk yang bangang..

Apa la yang aku marah sangat ni..?? mungkin sebab cabut gigi agaknya.. hahahaha...

ni bukan gigi aku..

0 comments: