Ke Jelobak Ke Jelobu

|


Semalam merupakan hari yang amat memenatkan..seharian bekerja di pejabat satu hal, time nak balik ada pulak masalah yang lain..setiap hari ni lah jalan yang aku lalui sejauh 35km, pergi balik dah jadi 70km..tapi sampai je satu kawasan tu habis semua kereta stuck..sepanjang hampir 4km...hahaha, padan muka aku..tahulah aku bahawa satu kemalangan telah berlaku..nak pulak asyik hujan je sekarang..


Makluman dari rakan di pejabat keselamatan bagitau ada lori bawak getah sekerap terbalik melintang di tengah jalan..maka, laluan ke Seremban adalah terputus sementara..dijangka akan dapat diselesaikan dalam pukul 8-9 malam..hampehnya..

Nak tak nak terpaksa patah balik ke Klawang..lopeh tu kono jugak aku ke Jempol..tu je pilihan yang ada..satu perjalanan yang amat jauh nak balik rumah..berpusing tu yop..!!siap lalu jalan pintas yang amat mengerikan kalau melintasinya ditengah malam..jangan pandang belakang!!!hahaha...ini merupakan kali pertama aku lalu ikut Kampung Geylang terus tembus di Kampung Jelutung, Batu Kikir..


Kalau la selalu kemalangan memang hampeh aku jadinya..aku kira hampir 95km perjalanan yang aku tempuhi semalam..huiyoo..!!best giler..boleh konvoi ramai-ramai lagi macam semalam..kepada Tuan KPPD Jelebu Raja Norazli : tq sebab belanja kuey teow kat Pilah..!!

~ bila agaknya nak buat jalan pintas terus ke Kuala Pilah ni???

0 comments: