
Tingginya kepekaan rakyat Malaysia kepada soal halal haram pemakanan mereka semakin meningkat hingga kadang-kadang bapak-bapak menteri terpaksa bercakap di Parlimen berkaitan isu tersebut..alhamdulillah..darah daging yang tumbuh pada diri kita dapat dijaga dengan baik bagi menjaga amanah yang telah dikurniakan oleh Allah sebelum kita kembali menemuinya..aku bukan nak ulas tentang bab dalil atau nas tentang halal ni tapi berkaitan sikap kita selama ini..

Bagi aku kalau nak sibuk soal kopitiam halal ke tidak, kita juga perlu sibuk kepada peniaga mee goreng kedai melayu ni..mee kuning beli kat mana..siapa pembuatnya..taufu beli dengan siapa..siapa pembuatnya.. halalnya sesuatu makanan bukan kerana penjualnya beragama Islam tetapi melibatkan bahan-bahan serta cara mendapatkan bekalan tersebut..memang betul kita tak perlu menyiasat sampai ke akar umbi tapi kalau nak sibuk pasal kopi,teh,roti bakar kat kopitiam kita juga perlu sibuk tentang kicap kat kedai seafood peniaga selatan Thai ni..
Atau nanti kerajaan perlu mewajibkan setiap premis makanan perlu mendapatkan sijil halal..mau mengamok peniaga melayu ni..menyusahkan rakyat la, mengkayakan kroni menteri la..macam-macam lagi la yang akan dicakapkan tapi diri sendiri yang bermasalah tak nak tengok..masyarakat Melayu kita ni tak dapat menerima kalau isu agama dikomersilkan..semua nak lillahi Taala.. maskawin naik - marah.. fee borang nikah naik - marah.. upah gali kubur naik - marah.. upah menyiapkan jenazah naik - marah.. penceramah demand harga - marah.. nak murah buat sendiri la..!! kalau untuk pak imam baca tahlil kat rumah bagi RM10 pun kemain la susah tapi kalau selain itu berbelanja mahal pun tak pe.. berkualiti la,barang oversea la, branded la..

ahh..lantak la korang...!!!adios...