HALAL KE..??

|

"Halal ke?" - itu yang biasa kita dengar pertanyaan kalau diajak untuk makan di premis yang agak meragukan terutama bila melibatkan premis yang beridentitikan negara luar atau menjual makanan bangsa asing selain melayu.. tak pernah pulak aku dengar persoalan itu kalau dibawa ke premis yang nama atau tokehnya Melayu.. nak pulak pasar malam..

Tingginya kepekaan rakyat Malaysia kepada soal halal haram pemakanan mereka semakin meningkat hingga kadang-kadang bapak-bapak menteri terpaksa bercakap di Parlimen berkaitan isu tersebut..alhamdulillah..darah daging yang tumbuh pada diri kita dapat dijaga dengan baik bagi menjaga amanah yang telah dikurniakan oleh Allah sebelum kita kembali menemuinya..aku bukan nak ulas tentang bab dalil atau nas tentang halal ni tapi berkaitan sikap kita selama ini..

Namun disebalik kepekaan itu aku agak kurang selesa kerana peniaga Melayu Islam kita pula kurang peka dengan persijilan ini dek kerana mereka itu Melayu dan berada dalam zon selesa..belum pernah dipersoalkan soal halal terhadap barangan yang dijual mereka..aku yakin kalau ditanya bakal mengundang padah kepada mulut penyoal..silap gaya kena cili..orang kita pun kalau beli di kedai melayu jarang nak tanya dimana bahan masakan tersebut dibeli..siapa pembekalnya..kita sibuk marahkan 786 kedai maju ni (ye la - azeez maju, shareep maju, budeen maju dan segala-galanya maju) kerana sebenarnya kita iri hati ramainya pelanggan di kedai mereka..pertikaikan soal halalnya kuah kari kedai mereka..apa nak kecoh, diaorang kan Islam..dah tu yang korang ni halal sangat ke..???taugeh beli kat cina, ntah kena kencing anjing ke apa ke..

Bagi aku kalau nak sibuk soal kopitiam halal ke tidak, kita juga perlu sibuk kepada peniaga mee goreng kedai melayu ni..mee kuning beli kat mana..siapa pembuatnya..taufu beli dengan siapa..siapa pembuatnya.. halalnya sesuatu makanan bukan kerana penjualnya beragama Islam tetapi melibatkan bahan-bahan serta cara mendapatkan bekalan tersebut..memang betul kita tak perlu menyiasat sampai ke akar umbi tapi kalau nak sibuk pasal kopi,teh,roti bakar kat kopitiam kita juga perlu sibuk tentang kicap kat kedai seafood peniaga selatan Thai ni..

Atau nanti kerajaan perlu mewajibkan setiap premis makanan perlu mendapatkan sijil halal..mau mengamok peniaga melayu ni..menyusahkan rakyat la, mengkayakan kroni menteri la..macam-macam lagi la yang akan dicakapkan tapi diri sendiri yang bermasalah tak nak tengok..masyarakat Melayu kita ni tak dapat menerima kalau isu agama dikomersilkan..semua nak lillahi Taala.. maskawin naik - marah.. fee borang nikah naik - marah.. upah gali kubur naik - marah.. upah menyiapkan jenazah naik - marah.. penceramah demand harga - marah.. nak murah buat sendiri la..!! kalau untuk pak imam baca tahlil kat rumah bagi RM10 pun kemain la susah tapi kalau selain itu berbelanja mahal pun tak pe.. berkualiti la,barang oversea la, branded la..

Aku rasa kalau peniaga Melayu Islam pasar malam dapat ambil lesen halal ni lagi baik..dan dapat memberikan imej yang amat-amatlah menguntungkan kerajaan yang tengah sibuk mempromosikan Malaysia sebagai hub halal..nak jual produk halal, barangan halal tapi premis kat dalam negara banyak yang tak halal..jangan la sibuk sangat kafe hotel,starbucks,kopitiam ni halal ke tak..tengok diri sendiri sebelum menuding kepada orang lain..masak dan makan kat rumah sendiri je la..

ahh..lantak la korang...!!!adios...

Maulidur Rasul 1431H

|

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh sa'adah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Sebuah nasyid yang tidak asing lagi bagi kita umat Islam bila tibanya Rabiul Awwal..didendangkan oleh kumpulan nasyid al Mizan..maka seiring dengan itu jelas bagi kita bahawa sambutan Maulidur Rasul bakal menjelang tetapi berapa ramai yang alert dengan peristiwa ini..kita boleh ingat besday isteri(tu pun ramai yg 'terlupa'),anak-anak,adik beradik,ibu bapa,rakan taulan dan teristimewa kekasih hati..maka apa salahnya kita mengingati peristiwa kelahiran seorang yang bergelar Kekasih Allah ini..siapa lagi yang dapat memberi syafaat dihari akhirat nanti melainkan Kekasih Allah ini jua..

Biarlah segelintir menyatakan bahawa sambutan ini bidaah walaupun ia telah diamalkan sambutannya sejak sekian lama bermula dari Tanah Haram Makkah (boleh rujuk SINI)..mereka yang tidak mahu mengagungkan Rasulullah ini tidak memerlukan syafaat di hari akhirat..apakah mereka fikir dengan pahala semata-mata akan dijamin masuk syurga..??sepertimana kita menzahirkan kecintaan kita kepada makhluk atau apajua benda di dunia ini maka selayaknya lebih besar lagi kita menzahirkan kecintaan kita kepada Rasulullah dan tidak semestinya dengan mengadakan perarakan..aku harap di negeri yang kecoh tak dapat berarak ni janganlah sedih sebab perarakan hanyalah satu dari beribu method penzahiran cinta kita kepada Baginda..small matter lah tu bro..!

Bila tu Mauidur Rasul ni..??hehehe..jawapannya pada 26 Februari 2010 hari Jumaat nanti..moh leghaih yeop..!!!

Siapa??

|

Utusan Malaysia Online 08/02/2010 -

PERSOALAN siapakah Menteri Besar Perak yang sah akan terjawab apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusannya esok (Selasa). Keputusan itu akan menentukan sama ada Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dari Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan jawatan disandang atau Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari pakatan pembangkang mendapat semula jawatan tersebut.

~ Hahahaha..

Sapa-sapa pun jadi MB kat Perak tu buatlah yang terbaik untuk rakyat jelata..jangan asal boleh je semua orang nak jadi MB..berperang sesama sendiri, akhirnya maruah dan jati diri Melayu tergadai kepada bangsa asing.. yang menang dan bersorak dek kejatuhan bangsa kita ni memang ramai..termasuklah orang-orang yang mengaku dirinya Melayu tapi sanggup menikam Melayu dari belakang..

Belajarlah dengan apa yang telah berlaku di negeri-negeri yang berjiran..takkan tu pun dan kena tunjuk ajar lagi..sesekali cuba la pakai otak sendiri..bagi aku, hujan emas di negeri orang tapi tempat jatuh lagikan dikenang..

Ape ke hey nye yeop..!!!!

UPDATE ~ Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah.