Jalan-jalan Hujung Cuti

|

Nelayan kecil..

Tenang je..

Peduli apa diaorang dengan dunia luar

Lapang..

Sejauh mata memandang

Agak mahal.. :P

Bajet..

|


Tahun 2011 penuh meriah dengan bantuan kerajaan..bermula dengan setiap murid mendapat habuan RM100 ditambah dengan pemansuhan yuran persekolahan..pastu disusuli pula dengan bantuan kepada keluarga berpendapatan bawah RM3,000 yang dikenali juga dengan nama BR1M...

Tak kira la bajet pilihanraya ke, rasuah pengundi ke bagi aku sepatutnya rakyat bersyukur menerima bantuan tersebut serta tidak menyalahgunakan peruntukan yang diberikan..

Cuma yang tak berapa sedapnya mentaliti masyarakat fakir miskin di Malaysia ni masih terbelenggu dengan budaya subsidi..dah dapat bantuan RM100 ditambah lagi dengan RM500 pun masih lagi meminta-minta di pejabat JKM serta BaitulMal..siap menipu lagi kena bayar yuran sedangkan kerajaan dah umumkan pemansuhan yuran..baju sekolah sepasang siap kasut dan beg sekolah siap disediakan untuk setiap anak yang bersekolah..

Tak paham aku apa lagi yang tak cukup..

Melabuh Tirai

|

Tahun 2011 bakal berakhir dalam 2 hari sahaja lagi..sepanjang tahun 2011 ini banyak juga peristiwa yang aku tempuhi..yang aku rasa paling mencabar ialah bermula dengan adik aku masuk hospital kerana masalah jantung diikuti pula dengan abang aku pulak kena strok..namun alhamdulillah kedua-dua mereka kembali pulih dan sihat...

Tahun 2011 juga menyaksikan begitu ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada tanggal 11 November..dapat nombor cantik..11.11.11...apadahal bro..!!tahun depan agaknya ramai yang pilih 12 Disember pulak..tahun 2013 pula pada 11 Disember..chehh..ntah apa yang best nombor-nombor macam tu pun ntah laa..senang nak ingat?hahahaha

Apapun kepada rakan-rakan semua, SELAMAT TAHUN BARU..

Best Giler..

|

Ramai yang berkata sekarang ni Islam semakin diterima dan semakin banyak diamalkan oleh masyarakat dunia..di Malaysia sendiri kita lihat masyarakatnya berlumba-lumba nak membuat kebaikan serta kebajikan atas nama Islam..penghayatan mereka tentang Islam cukup tinggi..

Contoh paling sempoi aku pernah jumpa :-

"Adegan (ranjang) itu memang perlu ada untuk menggambarkan kasih sayang yang terjalin antara watak Izzah dan Hariz tetapi ia tidak berlebihan.

“Saya sendiri sudah diberitahu awal tentang kewujudan adegan itu. Pada hari penggambaran adegan itu, saya memang berdebar-debar. Malah sejam sebelum itu, saya berasa pelik kerana tidak pernah melakonkan adegan intim di atas katil seperti itu, tambahan pula Aaron merupakan suami orang. Jadi saya agak bimbang adegan itu berlebihan.

“Tetapi Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dan muncul di skrin. Rasanya orang yang menontonnya pun boleh menerimanya,” tutur Maya yang mengakui, dia sendiri menyukai filem Ombak Rindu.

Paling best yang ni :-


"Isteri saya tidak kisah kerana dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Malah, dia yang baca skrip terlebih dahulu dan ada ketika sesi latihan serta penggambaran berlangsung. Jadi, tidak ada sebarang isu yang timbul kerana isteri saya sentiasa bersama saya ke mana sahaja saya pergi," bicara Aaron.

Huhuhu..sah dahsyat penghayatan diaorang ni..silap gaya tak lama lagi kalau berzina pun tak pe sebab bini dia ada bersama..




Aduyai...

Iklan..

|


Hahahaha... giler sempoi..!!

Besar Punya Cerita..

|



Hari ni sibuk paper pasal isu obesiti di kalangan penduduk asean terutamanya Malaysian..perrgghh..aku pun risau gak pasal hal ni,bukan sebab gemuk yang aku risau tapi tahap kesihatan yang bakal mengundang segala perkara di belakang hari..masa kenduri kahwin sepupu aku hari tu pun bapak sedara aku cerita pasal lutut dia yang sakit dek tak mampu nak menampung berat badan..huhuhuhu..comeh gilo den..jadi mari lah sama-sama kita bersenam untuk kesihatan..balik ni kena la pasang balik treadmill tu..



Adik aku kat CCU..hehe..abang aku dah ziarah IJN, ni adik aku plak..


Aku???adehh..

Tau Tak Tau Liah..

|


Hahahaha..lawak paling sengal dan bodoh aku pernah jumpa..kalau buat pilem leh pecah panggung ni..tahap dewa dia punya lawak..tapi lawak ke benda ni..??

Apa yang jadi isu sangat tentang tauliah ni..sejak zaman berzaman tauliah ni dah wujud..bukan cerita baru bai..tak percaya? boleh tanya Tuan-tuan Guru zaman tahun 50-an yang kesemuanya mendapat surat tauliah daripada istana untuk mengajar agama...tak pernah baca sejarah agaknya..cakap bergegar dunia tapi ilmu tak de..sah bahalol..

Mewujudkan undang-undang pentadbiran berkaitan tauliah sejajar dengan kehendak semasa..termasuk dalam norma preventif yang dapat menjaga kebaikan dan kemaslahatan masyarakat secara total..bukan atas kepentingan individu mahupun sekelompok manusia..

Cubo kau semak guru-guru yang mengajar di sekolah..semua ada tauliah mengajar iaitu Diploma Perguruan..samada dia ada M.A ke PhD ke tak penting bagi Kementerian..jurutera-jurutera yang ada di Malaysia ni berapa ramai yang dapat pakai Ir. pada awalan nama..?? dunia kaunselor juga telah mewujudkan badan untuk mengiktiraf kaunselor yang berdaftar dan bertauliah..itu semua perkara dunia...

Jadi, apa yang kecoh sangat kalau jabatan Agama mensyaratkan tauliah untuk mengajar agama..??ni soal akhirat ni..esok kalau orang tak tentu arah mengajar agama sampai kecoh satu malaysia siapa yang kena marah???jabatan agama jugak..

Kemon laaaa...pakai akal skit kalau nak bercakap tu..