Best Giler..

|

Ramai yang berkata sekarang ni Islam semakin diterima dan semakin banyak diamalkan oleh masyarakat dunia..di Malaysia sendiri kita lihat masyarakatnya berlumba-lumba nak membuat kebaikan serta kebajikan atas nama Islam..penghayatan mereka tentang Islam cukup tinggi..

Contoh paling sempoi aku pernah jumpa :-

"Adegan (ranjang) itu memang perlu ada untuk menggambarkan kasih sayang yang terjalin antara watak Izzah dan Hariz tetapi ia tidak berlebihan.

“Saya sendiri sudah diberitahu awal tentang kewujudan adegan itu. Pada hari penggambaran adegan itu, saya memang berdebar-debar. Malah sejam sebelum itu, saya berasa pelik kerana tidak pernah melakonkan adegan intim di atas katil seperti itu, tambahan pula Aaron merupakan suami orang. Jadi saya agak bimbang adegan itu berlebihan.

“Tetapi Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dan muncul di skrin. Rasanya orang yang menontonnya pun boleh menerimanya,” tutur Maya yang mengakui, dia sendiri menyukai filem Ombak Rindu.

Paling best yang ni :-


"Isteri saya tidak kisah kerana dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Malah, dia yang baca skrip terlebih dahulu dan ada ketika sesi latihan serta penggambaran berlangsung. Jadi, tidak ada sebarang isu yang timbul kerana isteri saya sentiasa bersama saya ke mana sahaja saya pergi," bicara Aaron.

Huhuhu..sah dahsyat penghayatan diaorang ni..silap gaya tak lama lagi kalau berzina pun tak pe sebab bini dia ada bersama..




Aduyai...

0 comments: