Sempurnakah Kita..?

|

Alhamdulillah..aku amat bersyukur kepada Allah kerana Malaysia masih lagi dapat mengekalkan keamanan dan perpaduan di kalangan rakyatnya.. walaupun ada sebahagian rakyatnya yang cuba melakukan tindakan yang tak berapa nak matang tapi kejadian yang lebih buruk tidak berlaku..semoga mereka-mereka yang belum baligh ni diberikan hidayah oleh Allah jua..


Dah hampir sebulan lebih aku di paparkan dengan berita yang ntahapahapa..sampai tahap nak baca / dengar berita pun boleh termuntah.. tiap-tiap hari asyik cerita yang boleh aku ibaratkan seumpama begini - 'aku sorang je yang betul, orang lain semua salah'.. malah kadang-kadang boleh aku ibaratkan juga seumpama - 'aku sorang je masuk syurga, korang semua sesat masuk neraka'.. dheyy!!!

Kenapa suka sangat buat kerja Allah Taala..kita pulak yang menentukan seseorang itu layak atau tidak masuk syurga..apakah kita dilantik sebagai ahli jawatankuasa untuk menapis borang kemasukan ke syurga..?? ada begitu..?? dah tentu jawapannya tidak, tapi realitinya tindakan kita yang macam tu.. contohnya, kita hanya boleh menyatakan bahawa sesiapa yang tak sempurna rukun solatnya maka solatnya tidak sah..namun sampai tahap nak menunjukkan si polan bin si polan solatnya tidak sah bukanlah tanggungjawab kita.. ada perbezaan yang perlu kita lihat dan nilaikan..

Apabila terlalu beremosi maka segala pengucapan dan tindakan kita juga tidak melambangkan kematangan pemikiran yang cuba kita bawa dalam masyarakat..macam orang bangang bercakap, otak letak kat lutut..segala dalil dan hujah kita kemukakan tetapi tidak konkrit..membawa hujah itu ini dan segala mak nenek punya pandangan untuk menyokong kenyataannya itu tapi realitinya sampah aje..sebab kita tidak cuba memahami dan menghormati pandangan orang lain..

Senang sangat nak labelkan seseorang itu macam-macam..kita hanya ambil satu dua pendapat yang bersesuaian dengan kita.. mana-mana yang tak mengikut selera dan citarasa, senang-senang je bakul sampahkan..memang bodoh sombong..

Mempunyai perbezaan pendapat dengan orang lain adalah fitrah dan normal bagi manusia..kalau orang tak sependapat dengan kita jangan di hina pandangannya apatah lagi memaki hamun..kalau kita ada hujah dan dalil maka mereka juga sedemikian..

Cuba belajar menghormati pandangan orang lain..

Mana Silapnya..

|



Betapa kronik tahap ilmu dan pemikiran masyarakat Melayu sekarang..bila dikatakan jahil agama pasti akan melenting tak tentu arah..memang syurga neraka bukan ditentukan oleh manusia tetapi jangan bercakap hal sesuatu kalau tidak pasti akan kesahihannya..

Maksud dan pengertian 'maksiat' pun tak boleh nak paham..seolah-olah minum arak bukan satu masalah besar yang tergolong dalam kategori maksiat..dalam surah al Maidah ayat 90 begitu jelas, terang lagi bersuluh Allah swt menyebutkan hal ini..

Aku jadi takut dengan masyarakat sekarang ini sebab 10-20 tahun lagi anak-anak aku akan hidup dalam suasana yang amat jahil..tak reti nak bezakan antara halal dan haram..mana satu adat mana satu ibadah..

Entah lah..

Cuba dulu..

|


Tengok pada gambar ni memang tak tahan..meleleh ayaq lioq beb..selalu pekena sup gearbox ni boleh bikin pusing kapla..

tapi ni bukan sup punya cerita..

ini cerita gearbox kereta..yeahh,kereta auto plak tu..sekali 'R' menendang boleh bikin kapla 2 kali pusing lebih..hahahaha...

Bulan lepas my love ngadu kereta dia ada problem..bila masuk gear 'R' je menendang semacam..ada sesekali tu langsung tak 'lock'..ahh, parah ni..aku pun mcm pomen try la tengok mana yang boleh tapi kompom la tak dapat nak buat apa-apa..

Bukan gearbox den..hehehe

Last2, hantar ke Perodua..mekanik tu dengan selambernya bercakap 'Bro..! gearbox lu ada mekanikal problem..' bagai nak jatuh jantung gua.. Perodua ada jual gearbox baru dengan harga 15 riban seketul..punya la hampeh..

Cari kedai repair gearbox kat seremban ni umpama mencari kuman dalam gua..akhirnya dapat satu kedai dengan harga 2.3k complete dengan waranti sebulan..deng!!! punya la mahal..

Akhirnya, pencarian aku bersama dr google menemukan dengan iklan INI di mudah.my..atas dasar murah dan waranti yang panjang aku try je ngan mamat ni..paling tidak jaminan yang diberikan adalah panjang dan jimat belanja..memang puas hati setakat ni..

Harap2 dapat la bertahan 4-5 tahun lagi..amin..!!

Jalan-jalan Hujung Cuti

|

Nelayan kecil..

Tenang je..

Peduli apa diaorang dengan dunia luar

Lapang..

Sejauh mata memandang

Agak mahal.. :P

Bajet..

|


Tahun 2011 penuh meriah dengan bantuan kerajaan..bermula dengan setiap murid mendapat habuan RM100 ditambah dengan pemansuhan yuran persekolahan..pastu disusuli pula dengan bantuan kepada keluarga berpendapatan bawah RM3,000 yang dikenali juga dengan nama BR1M...

Tak kira la bajet pilihanraya ke, rasuah pengundi ke bagi aku sepatutnya rakyat bersyukur menerima bantuan tersebut serta tidak menyalahgunakan peruntukan yang diberikan..

Cuma yang tak berapa sedapnya mentaliti masyarakat fakir miskin di Malaysia ni masih terbelenggu dengan budaya subsidi..dah dapat bantuan RM100 ditambah lagi dengan RM500 pun masih lagi meminta-minta di pejabat JKM serta BaitulMal..siap menipu lagi kena bayar yuran sedangkan kerajaan dah umumkan pemansuhan yuran..baju sekolah sepasang siap kasut dan beg sekolah siap disediakan untuk setiap anak yang bersekolah..

Tak paham aku apa lagi yang tak cukup..

Melabuh Tirai

|

Tahun 2011 bakal berakhir dalam 2 hari sahaja lagi..sepanjang tahun 2011 ini banyak juga peristiwa yang aku tempuhi..yang aku rasa paling mencabar ialah bermula dengan adik aku masuk hospital kerana masalah jantung diikuti pula dengan abang aku pulak kena strok..namun alhamdulillah kedua-dua mereka kembali pulih dan sihat...

Tahun 2011 juga menyaksikan begitu ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada tanggal 11 November..dapat nombor cantik..11.11.11...apadahal bro..!!tahun depan agaknya ramai yang pilih 12 Disember pulak..tahun 2013 pula pada 11 Disember..chehh..ntah apa yang best nombor-nombor macam tu pun ntah laa..senang nak ingat?hahahaha

Apapun kepada rakan-rakan semua, SELAMAT TAHUN BARU..

Best Giler..

|

Ramai yang berkata sekarang ni Islam semakin diterima dan semakin banyak diamalkan oleh masyarakat dunia..di Malaysia sendiri kita lihat masyarakatnya berlumba-lumba nak membuat kebaikan serta kebajikan atas nama Islam..penghayatan mereka tentang Islam cukup tinggi..

Contoh paling sempoi aku pernah jumpa :-

"Adegan (ranjang) itu memang perlu ada untuk menggambarkan kasih sayang yang terjalin antara watak Izzah dan Hariz tetapi ia tidak berlebihan.

“Saya sendiri sudah diberitahu awal tentang kewujudan adegan itu. Pada hari penggambaran adegan itu, saya memang berdebar-debar. Malah sejam sebelum itu, saya berasa pelik kerana tidak pernah melakonkan adegan intim di atas katil seperti itu, tambahan pula Aaron merupakan suami orang. Jadi saya agak bimbang adegan itu berlebihan.

“Tetapi Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dan muncul di skrin. Rasanya orang yang menontonnya pun boleh menerimanya,” tutur Maya yang mengakui, dia sendiri menyukai filem Ombak Rindu.

Paling best yang ni :-


"Isteri saya tidak kisah kerana dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Malah, dia yang baca skrip terlebih dahulu dan ada ketika sesi latihan serta penggambaran berlangsung. Jadi, tidak ada sebarang isu yang timbul kerana isteri saya sentiasa bersama saya ke mana sahaja saya pergi," bicara Aaron.

Huhuhu..sah dahsyat penghayatan diaorang ni..silap gaya tak lama lagi kalau berzina pun tak pe sebab bini dia ada bersama..




Aduyai...