Peristiwa 27 Rejab

|


Mafhum firman Allah dalam surah al Israk ayat 1 :

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Alahai..

|


Sekolah baru nak mula..dah jadi macam ni..hehehe.. dapat la kopral..

Makan Time..

|


Ntah apa ke wabak yang melanda Malaysia sekarang ni..suatu ketika dulu restoran tomyam ni tumbuh bak cendawan lepas hujan..sekarang ni restoran nasi mandhi / nasi arab dah ada di mana-mana..kalau dulu setakat nak lepas gian merasa nasi arab kena gi KL..sekarang ni kat Seremban je yang aku tau dah ada 3 buah kedai..cuma yang boleh aku katakan sedap mengikut tekak dan porut aku cuma 2 buah kedai ajer..nak rasa betul-betul Arab kena la cari chef Arab kat KL tu..tapi harga maut tak hengat punya...huhuhuhu...

Setiap zon negara Arab ni berbeza cara hidangan dan penyediaan nasi diaorang ni..member aku banyak tanya kenapa kedai tu lain, kedai ni lain cara masak dia..hahaha..tontu arah la bai..asam pedas Johor mana nak sama ngan Perak punya...kompom la Syria, Mesir, Saudi ngan Hadramaut lain caranya..

Best sangat ke layan nasi ni...???? peerrgghhh...sekali rasa nak lagi...layan..

Kering Idea..

|


Apa punya bahalol la sekarang ni..samada dah tak ada idea untuk memaparkan program yang menjana minda mahupun sekadar strategi pemasaran bagi melonjakkan ranking..bagi aku apapun jawapannya tetap tak boleh nak diterima oleh akal aku yang agak kekampungan ni..

Walaupun apa saja la orang kata seksi itu subjektif, tapi tak payah la nak bohong..dalam kepala hotak seorang lelaki yang normal ni kalau sebut seksi kompem la yang bersifat menaikkan syahwat..sapa la yang bagus sangat nak cakap seksi tu kat lubang hidung..

Hampeh...

Selamat Menyambut Hari Polis..

|


Kepada semua warga Polis DiRaja Malaysia diucapkan Selamat Menyambut Hari Polis ke 204.. semoga sentiasa menjadikan keutamaan tugas melebihi dari tuntutan peribadi..
Laman web rasmi PDRM..

Ke Jelobak Ke Jelobu

|


Semalam merupakan hari yang amat memenatkan..seharian bekerja di pejabat satu hal, time nak balik ada pulak masalah yang lain..setiap hari ni lah jalan yang aku lalui sejauh 35km, pergi balik dah jadi 70km..tapi sampai je satu kawasan tu habis semua kereta stuck..sepanjang hampir 4km...hahaha, padan muka aku..tahulah aku bahawa satu kemalangan telah berlaku..nak pulak asyik hujan je sekarang..


Makluman dari rakan di pejabat keselamatan bagitau ada lori bawak getah sekerap terbalik melintang di tengah jalan..maka, laluan ke Seremban adalah terputus sementara..dijangka akan dapat diselesaikan dalam pukul 8-9 malam..hampehnya..

Nak tak nak terpaksa patah balik ke Klawang..lopeh tu kono jugak aku ke Jempol..tu je pilihan yang ada..satu perjalanan yang amat jauh nak balik rumah..berpusing tu yop..!!siap lalu jalan pintas yang amat mengerikan kalau melintasinya ditengah malam..jangan pandang belakang!!!hahaha...ini merupakan kali pertama aku lalu ikut Kampung Geylang terus tembus di Kampung Jelutung, Batu Kikir..


Kalau la selalu kemalangan memang hampeh aku jadinya..aku kira hampir 95km perjalanan yang aku tempuhi semalam..huiyoo..!!best giler..boleh konvoi ramai-ramai lagi macam semalam..kepada Tuan KPPD Jelebu Raja Norazli : tq sebab belanja kuey teow kat Pilah..!!

~ bila agaknya nak buat jalan pintas terus ke Kuala Pilah ni???

Berhati-hati..

|