Kembara Ilmu Pt.4

|

Satu lagi tajuk yang didedahkan adalah berkaitan dengan fahaman Buddha..untuk itu pihak Muslim College telah menjemput Dh. Srivati..Dh ni bermaksud Dharma Charini yang memberi makna pengikut setia anutan fahaman Buddha..beliau asalkan merupakan penganut Kristian dengan nama Joanna..


Buddha = the awaken..namun amalan dan fahaman mereka ini berbeza mengikut budaya dan persekitaran masing-masing..maka tak seperti penganut Buddha di Malaysia mahupun Tibet..


Bersungguh-sungguh menyampaikan maklumat yang terkini..


Lawatan ke St. John Eye Hospital..mereka banyak memberikan misi kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang ternyata tidak mampu untuk mendapatkan rawatan mata apatah lagi nak membuat pembedahan katarak..


Halal Food In UK oleh Dr. Yusoof Abu Bakar..


Label yang boleh diyakini kerana SoP yang dilaksanakan adalah berpandukan kepada kriteria yang ditetapkan oleh pihak JAKIM..


Melalui Regent's Park..


Syok betul melalui kawasan ini..


Damai dan tenang..namun cuaca tak mengizinkan untuk lepak lebih lama..


Jinak betul merpati di sini..


Bersebelahan Regent's Park ini terdapat sebuah masjid yang besar dan terletak betul-betul di tengah kota London..tanah ini adalah merupakan hasil usaha dan jasa yang amat besar oleh Raja Farouk yang memerintah kerajaan Mesir..sebagai gantinya kerajaan Mesir mengurniakan sebidang tanah di Kaherah bagi pembinaan sebuah gereja Kristian.. 


Namun kini pentadbiran masjid ini di bawah seliaan kerajaan Arab Saudi sebagai penyumbang utama dana pengurusan masjid manakala imam-imam pula adalah graduan al Azhar Mesir..masjid ini juga dikenali sebagai Pusat Kebudayaan Islam (ICC)..


Dr Ahmad al Dubayan selaku Ketua Pengarah ICC sekarang bersama Ketua Seksyen Pendidikan dan Pegawai Perhubungan Awam.. 


Kebetulan kehadiran kami ini pada ketika ICC sedang mengadakan pameran..


Galeri pameran..


Sungguh kreatif dan interaktif untuk menimbulkan minat orang awam..


Teknologi digunakan semaksimum mungkin..

Yahudi British

|

Antara tujuan kursus yang diadakan di sini adalah untuk mempelajari dan memahami agama lain..untuk itu satu lawatan ke rumah ibadat Yahudi @ Synagogue telah diatur..dianggarkan UK mempunyai lebih 400 buah synagogue..kitaorang melawat satu je, iaitu kumpulan Central Ortodok..kat UK ni ada banyak kumpulan Yahudi tapi Central Ortodok adalah yang paling ramai..


Papan Tanda..


Bahagian depan..telah wujud sejak 1879..


Sessi dialog bersama Rabbi Nathan dan Henry..


Ruang dimana Yahudi akan membaca Taurat..


Penerangan dengan panjang lebar..


Ruang berkhutbah oleh pendeta Yahudi..di belakang tabir merah tersimpannya Taurat..


Ruang atas..


Kitab Taurat..


Rabbi Nathan ada menunjukkan satu tempat di bahagian ini yang kalimahnya tidak diketahui cara sebutannya..tapi bermaksud Tuhan..pastinya Allah tapi mereka enggan membenarkannya..


Khazanah Yahudi yang tersimpan dipamerkan..


Sesungguhnya mereka sama sekali tidak akan redha dengan Islam..


Himpunan kitab-kitab Taurat..


Tempat berkhutbah..


Kitab Taurat versi Jerman..


Ruang duduk wanita..


Senarai Rabbi..

Jalan-jalan

|

Bersempena Hari Raya Aidil Adha yang lalu tiada acara penyembelihan yang dapat dilihat..juga tiada rumah terbuka mahupun jamuan lemang beserta rendang disajikan maka dengan usaha sendiri agar tidak bosan di rumah kami pakat-pakat untuk merayau sekitar kota London...destinasinya adalah muzium..tak semua muzium dapat pegi sebab kekurangan maklumat dan juga destinasi yang agak berjauhan setiap satunya..


Ini adalah Victoria and Albert Museum..nak merayau je makan masa 4-5 jam..aku amik masa sejam je..


Koleksi yang ada..dari mula tertubuhnya UK ni sampai sekarang..



Aku suka tengok sentuhan senibina manusia..


Antara koleksi yang ada untuk seksyen Eropah ( Kerajaan Uthmaniyyah )..


Dikatakan sebagai atlas moden yang pertama di dunia..



Selesai melawat muzium, melawat tempat membeli belah termahal di dunia..keluasannya saja melebihi 5 ekar..
mottonya 'Omnia Omnibus Ubique'..ingat bas je pakai omnibus.. :P


Yang ni pulak adalah Royal Albert Hall..


Yang ni macam kuil Siam je..tapi batu peringatan kut..aku pun tak tau sebab tak minat nak ambil tau..


Memang olskool beb...


Muzium Sains..dah malas nak ambil gambar..tapi memang sesuai untuk dilawati..


Ini bahagian belakang Muzium Victoria and Albert tadi..saja snap..


Satu lagi muzium..Geological Survey and Museum..muzium hal ehwal geologi..agak membosankan..

Ikutkan nak pergi ke British Museum tapi masa terlalu singkat musim sejuk ni..secara tak langsung waktu solat juga agak singkat antara Zohor, Asar dan Maghrib..dah la nak cari masjid susah..balik je rumah terus..huhuhu..

Kembara Ilmu Pt.3

|

Sepanjang minggu ini sessi pembelajaran agak membosankan..banyak juga faktor yang mempengaruhi kebosanan ini..pertama, jarak perjalanan antara tempat kediaman dengan kolej yang agak jauh..kena naik bas dua kali campur dengan berjalan kaki hampir 2 km setiap hari..kedua, masing-masing dah teringat kepada kampung halaman..tambahan pula bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha..sayu je memasing..ketiga, sessi kelas yang mendedahkan berkaitan dengan agama lain yang kesemuanya menyatakan kesamarataan dan menumpukan kepada kesantunan norma-norma agama ( aku lebih suka menyatakan fahaman@isme ) mereka..


Mr Jay Lakhani - Hinduism


Tegas menyatakan kesesatan penganut Hindu di dunia khususnya Malaysia..


Mr Birinder Singh - Sikhism


Lawatan ke Gurdwara

Nasib baik tak de lawatan ke kuil Hindu..di kuil benggali ni suasana yang hampir menyamai masjid...setiap orang perlu berpakaian sopan serta menutup kepala..kawasan penyembahan yang memang seperti ruang solat di mana-mana masjid di Malaysia..nak masuk ke ruang penyembahan perlu membasuh tangan..

Cuma yang lebih mengujakan aku ialah di sini makanan disediakan 24 jam sehari..tak kira nak makan berapa kali dan banyak mana nak amik..semuanya disediakan secara percuma melalui dana kuil..penyediaan juga dilakukan oleh sukarelawan yang juga bekerja secara percuma..alangkah indahnya kalau dapat dipraktikkan di masjid-masjid..


Kunjungan Hormat 2

|

Selesai mengunjungi TYT di waktu pagi, kami terus menaiki bas untuk menghadiri pula sessi taklimat di Pejabat Pelajaran Malaysia (EM) yang dulunya lebih dikenali sebagai Jabatan Penuntut Malaysia (MSD)..


Pengangkutan yang paling efisyen di London..


Di sini terletaknya pejabat Pelajaran Malaysia bersama dengan JPA, MARA dan Petronas..


Di sini juga ada restoran Melayu serta surau untuk menunaikan solat Jumaat..


Sebelum Jumaat kami dihidangkan dengan nasi beriyani..kambing tuuu..


Selesai solat Jumaat sessi taklimat pihak JPA oleh En. Zaki Zakaria..


Diikuti pula taklimat oleh Pejabat Pelajaran..


Carta organisasi..


Kunjungan Hormat

|

Jumaat 19 Oktober 2012 - adalah hari untuk kami membuat kunjungan hormat ke atas TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London..


Nak pegi kena naik tube..cepat dan tepat..


Dari jauh dah nampak bendera Malaysia..


Macam biasa..sessi bergambir..


Diruang lobi


Bersama TYT di kamar beliau


Sessi taklimat dan bertukar pandangan..



Acara yang tak pernah tertinggal..



Bersama TYT..