Jalan-jalan

|

Bersempena Hari Raya Aidil Adha yang lalu tiada acara penyembelihan yang dapat dilihat..juga tiada rumah terbuka mahupun jamuan lemang beserta rendang disajikan maka dengan usaha sendiri agar tidak bosan di rumah kami pakat-pakat untuk merayau sekitar kota London...destinasinya adalah muzium..tak semua muzium dapat pegi sebab kekurangan maklumat dan juga destinasi yang agak berjauhan setiap satunya..


Ini adalah Victoria and Albert Museum..nak merayau je makan masa 4-5 jam..aku amik masa sejam je..


Koleksi yang ada..dari mula tertubuhnya UK ni sampai sekarang..



Aku suka tengok sentuhan senibina manusia..


Antara koleksi yang ada untuk seksyen Eropah ( Kerajaan Uthmaniyyah )..


Dikatakan sebagai atlas moden yang pertama di dunia..



Selesai melawat muzium, melawat tempat membeli belah termahal di dunia..keluasannya saja melebihi 5 ekar..
mottonya 'Omnia Omnibus Ubique'..ingat bas je pakai omnibus.. :P


Yang ni pulak adalah Royal Albert Hall..


Yang ni macam kuil Siam je..tapi batu peringatan kut..aku pun tak tau sebab tak minat nak ambil tau..


Memang olskool beb...


Muzium Sains..dah malas nak ambil gambar..tapi memang sesuai untuk dilawati..


Ini bahagian belakang Muzium Victoria and Albert tadi..saja snap..


Satu lagi muzium..Geological Survey and Museum..muzium hal ehwal geologi..agak membosankan..

Ikutkan nak pergi ke British Museum tapi masa terlalu singkat musim sejuk ni..secara tak langsung waktu solat juga agak singkat antara Zohor, Asar dan Maghrib..dah la nak cari masjid susah..balik je rumah terus..huhuhu..

0 comments: