Bajet..

|


Tahun 2011 penuh meriah dengan bantuan kerajaan..bermula dengan setiap murid mendapat habuan RM100 ditambah dengan pemansuhan yuran persekolahan..pastu disusuli pula dengan bantuan kepada keluarga berpendapatan bawah RM3,000 yang dikenali juga dengan nama BR1M...

Tak kira la bajet pilihanraya ke, rasuah pengundi ke bagi aku sepatutnya rakyat bersyukur menerima bantuan tersebut serta tidak menyalahgunakan peruntukan yang diberikan..

Cuma yang tak berapa sedapnya mentaliti masyarakat fakir miskin di Malaysia ni masih terbelenggu dengan budaya subsidi..dah dapat bantuan RM100 ditambah lagi dengan RM500 pun masih lagi meminta-minta di pejabat JKM serta BaitulMal..siap menipu lagi kena bayar yuran sedangkan kerajaan dah umumkan pemansuhan yuran..baju sekolah sepasang siap kasut dan beg sekolah siap disediakan untuk setiap anak yang bersekolah..

Tak paham aku apa lagi yang tak cukup..

Melabuh Tirai

|

Tahun 2011 bakal berakhir dalam 2 hari sahaja lagi..sepanjang tahun 2011 ini banyak juga peristiwa yang aku tempuhi..yang aku rasa paling mencabar ialah bermula dengan adik aku masuk hospital kerana masalah jantung diikuti pula dengan abang aku pulak kena strok..namun alhamdulillah kedua-dua mereka kembali pulih dan sihat...

Tahun 2011 juga menyaksikan begitu ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada tanggal 11 November..dapat nombor cantik..11.11.11...apadahal bro..!!tahun depan agaknya ramai yang pilih 12 Disember pulak..tahun 2013 pula pada 11 Disember..chehh..ntah apa yang best nombor-nombor macam tu pun ntah laa..senang nak ingat?hahahaha

Apapun kepada rakan-rakan semua, SELAMAT TAHUN BARU..

Best Giler..

|

Ramai yang berkata sekarang ni Islam semakin diterima dan semakin banyak diamalkan oleh masyarakat dunia..di Malaysia sendiri kita lihat masyarakatnya berlumba-lumba nak membuat kebaikan serta kebajikan atas nama Islam..penghayatan mereka tentang Islam cukup tinggi..

Contoh paling sempoi aku pernah jumpa :-

"Adegan (ranjang) itu memang perlu ada untuk menggambarkan kasih sayang yang terjalin antara watak Izzah dan Hariz tetapi ia tidak berlebihan.

“Saya sendiri sudah diberitahu awal tentang kewujudan adegan itu. Pada hari penggambaran adegan itu, saya memang berdebar-debar. Malah sejam sebelum itu, saya berasa pelik kerana tidak pernah melakonkan adegan intim di atas katil seperti itu, tambahan pula Aaron merupakan suami orang. Jadi saya agak bimbang adegan itu berlebihan.

“Tetapi Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dan muncul di skrin. Rasanya orang yang menontonnya pun boleh menerimanya,” tutur Maya yang mengakui, dia sendiri menyukai filem Ombak Rindu.

Paling best yang ni :-


"Isteri saya tidak kisah kerana dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Malah, dia yang baca skrip terlebih dahulu dan ada ketika sesi latihan serta penggambaran berlangsung. Jadi, tidak ada sebarang isu yang timbul kerana isteri saya sentiasa bersama saya ke mana sahaja saya pergi," bicara Aaron.

Huhuhu..sah dahsyat penghayatan diaorang ni..silap gaya tak lama lagi kalau berzina pun tak pe sebab bini dia ada bersama..




Aduyai...